Berita // News : Kempen
Pencalonan Nobel 2003 Dimulakan Segera
hold=0>
Sunday, October 13, 2002 - 02:47 PM GMT



Pemuda
Keadilan akan memulakan dengan segera kempen mendapatkan pencalonan bagi
Anugerah Nobel 2003 bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut
Setiausaha Pemuda Saudara Adlan Benan Omar. Beliau berkata demikian ketika
diminta mengulas keputusan Anugerah Nobel 2002 yang diumumkan Jumaat lalu.
Bekas presiden AS, Jimmy Carter dipilih sebagai pemenang Anugerah Keamanan
Nobel tahun ini berasaskan usaha beliau selama lebih dua dekad mempromosikan
idea demokrasi dan pembangunan sosial. Saudara Adlan berkata bahawa adalah
kebiasaan seseorang tokoh dicalonkan bertahun-! tahun sebelum dipilih untuk
memenanginya. Presiden Jimmy Carter sendiri, kata beliau, telah dicalonkan
sejak tahun 1979 lagi. Mengenai pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim,
beliau meminta rakyat Malaysia jangan termakan dengan momokan propaganda
pemerintah yang akan cuba merendah-rendahkan pencalonan tersebut. "Walau
apa pun yang Mahathir hendak kata, hakikatnya Anwar Ibrahim adalah rakyat
Malaysia pertama yang dicalonkan bagi hadiah keamanan Nobel, dan ini
sepatutnya dilihat sebagai satu penghargaan kepada rakyat Malaysia," kata
beliau. Mengenai pencalonan Anugerah Nobel 2003, beliau berkata idealisme
yang diperjuangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus dibawa ke perhatian
ahli akademik dan ahli politik dunia. Pencalonan Anugerah Nobel hanya
boleh dibuat oleh ahli-ahli parlimen, pakar akademik atau bekas pemenang
anugerah tersebut.

> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 applic! ation/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

Reply via email to