Peristiwa Memali kerana desakan Umno - Dato' Radzi
Monday, October 14 @ 08:54:11 MYT


ALOR SETAR, 14 Okt (Hrkh) - Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Radzi
Sheikh Ahmad pernah menjelaskan bahawa polis mengambil tindakan menangkap
Ustaz Ibrahim Libya pada bulan November 1985 lalu setelah ada
desakan-desakan dari ahli Umno Bahagian Baling.

Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 April 1987 dalam mukasurat enam
itu, turut dijadikan sebahagian dari bukti dalam keterangan bertulis saksi
plaintif, Azmi Salim, 53 dalam perbicaraan kes Memali yang disambung semula
mulai semalam 13 hingga 15 Oktober ini.
Berita bertajuk, 'Radzi jelas sebab tindakan ke atas Ibrahim Libya' itu
dikepilkan bersama keterangan bertulis Azmi yang mula memberi keterangan di
Mahkamah Tinggi, di sini sebagai saksi ketiga plaintif.
Dalam keratan akhbar itu juga Radzi menjelaskan, desakan-desakan supaya
polis dan Kementerian Dalam Negeri mengambi! l tindakan menyekat kegiatan PAS
yang didakwa eksrtrim juga disuarakan di Perhimpunan Agung Umno pada bulan
September 1985 (dua bulan sebelum tragedi Memali) oleh dua wakil Negeri
Kedah, Yusof Rahman (Ketua Pemuda Kedah) dan Haji Abdul Manaf.
Keratan akhbar itu juga menyebut, Dato' Radzi berkata, antara orang yang
sentiasa mendesaknya membuat tindakan ialah Ketua Umno Bahagian Baling, Haji
Seroji Harun.
"Menurutnya, atas desakan dua orang wakil di Perhimpunan Agung Umno tahun
1985 beliau telah pergi ke Baling dan menemui ahli-ahli jawatankuasa Umno
bahagian yang turut dianggotai oleh Setiausaha Politik Dato' Seri Sanusi
Junid iaitu Encik Bahadur Shah."
"Mereka desak dan terus mendesak supaya sesuatu tindakan diambil."
"Bila balik ke Kuala Lumpur saya pun menyampaikan hasrat mereka kepada Datuk
Musa (Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri," kata Dato'
Radzi dalam laporan akhbar itu.
Plaintif iaitu 14 orang balu dal! am kes pembunuhan kejam di Kampung Memali,
Baling 19 November 1985 lalu, diwakili Mohideen Abdul Kader, Mohd. Taulan
Rasul, Shabrimi Mohd. Sidek dan Fariz Irwan Dato' Mustaffa.
Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Dato' Abdul Kadir Musa dan akan
bersambung semula pada jam 10.30 pagi hari ini, 14 Oktober 2002.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

Kirim email ke