*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Boleh sesape yang arif menghuraikan / mentafsirkan
maksud ayat di bawah ini :-

" seni dan budaya asalkan ianya tidak bercanggah
dengan nilai moral masyarakat "

Antara persoalan:
1. Seni dan budaya yang bagaimana yang dianggap
kontradik dan tidak kontradik dengan nilai moral
masyarakat.

2. Nilai moral masyarakat manakah yang di ambil
sebagai skala untuk dibuat penilaian.

3. Apakah nilai moral masyarakat sahaja yang menjadi
penentu kepada boleh atau tidak sesuatu permit
dikeluarkan.

BERSATU !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 --- Number <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > 
> Kelantan benarkan pertunjukan seni yang tidak
> canggah dengan moral
> Friday, October 11 @ 15:59:55 MYT
> 
> 
> KOTA BHARU, 11 Okt (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan,
> Tuan Guru Dato' Nik
> Abdul Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri, sedia
> mengeluarkan permit
> kepada mana-mana penggiat seni dan budaya asalkan
> ianya tidak bercanggah
> dengan nilai moral masyarakat.
> 
> Katanya, bukan itu sahaja kerajaan negeri bersedia
> untuk bekerjasama sama
> ada dalam bentuk sokongan moral atau seumpamanya
> asalkan persembahan yang
> bakal diadakan tidak bercanggah dengan batas
> kemanusiaan.
> Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan
> Pesta Kebudayaan dan
> Kesenian Cina 2002, di Dewan Perniagaan Cina, di
> sini, Jumaat 11 Oktober.
> Menurutnya, kerajaan negeri tidak pernah menafikan
> hak semua bangsa di
> negeri ini termasuk dalam kebudayaan dan karyawan
> masing-masing kerana ia
> adalah identiti bangsa yang mesti dipertahankan.
> "Setiap bangsa mempunyai kebudayaannya yang
> tersendiri dan budaya inilah
> yang mesti dipertahankan selagi ianya tidak
> bercanggah dengan adat resam
> serta nilai bangsa sesuatu kaum itu sendiri,"
> ujarnya.
> Beliau seterusnya berkata, kerajaan negeri akan
> berusaha sedaya mungkin
> untuk menyingkirkan budaya negatif kuning yang jauh
> menyimpang dari tata
> susila masyarakat apa lagi agama.
> Tegasnya, budaya sebeginilah seperti rock, rap,
> disko atau seumpamanya akan
> menjurus kepada gejala sosial sehingga mereka boleh
> terjerumus pada dadah,
> pelacuran dan sebagainya.
> Sempena dengan majlis anjuran kerajaan negeri dengan
> kerjasama 46 persatuan
> Cina Kelantan, dianggarkan 600 orang peserta telah
> mengambil bahagian untuk
> mempersembahkan kebudayaan masing-masing.
> Turut diadakan juga ialah pameran kebudayaan Cina,
> di samping pertandingan
> melukis kanak-kanak dari sekolah jenis kebangsaan
> Cina.
> Sempena majlis perasmian ini juga Tuan Guru turut
> melakarkan tulisan khat
> Cina yang menyatakan sokongannya terhadap pendidikan
> dalam Bahasa Cina di
> sekolah jenis kebangsaan tersebut.
> Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan,
> Kesenian, Pelancongan dan
> Ngo negeri, Anuar Tan Abdullah, berkata tiada
> kerajaan lain kecuali Kelantan
> yang telah bersetuju untuk menggabungkan kumpulan
> persatuan Cina yang
> tersebesar untuk mempersembahkan kebudayaan
> masing-msing.
> Katanya, Kelantan adalah negeri pertama yang berbuat
> demikian bagi
> menyatakan sokongan serta hak mereka untuk
> mempertahankan kebudayaan
> masing-masing.
> Jelasnya, progam ini secara tidak langsung turut
> membuktikan betapa kerajaan
> negeri tidak pernah meminggirkan masyarakat minoriti
> di negeri ini untuk
> mempersembahkan kebudayaan mereka.
> Anuar turut berkata, kerajaan negeri turut mengambil
> pandangan positif
> terhadap penggunaan bahasa ibunda di sekolah jenis
> kebangsaan Cina
> sebagaimana juga dengan perjuangan PAS.
> "Isu penggunaan Bahasa Inggeris terhadap mata
> pelajaran Sains dan matematik
> sebenarnya telah menyatukan masyarakat Cina dan
> lain-lain khususnya dengan
> perjuangan Islam yang didokongi oleh PAS," ujarnya.
> Ini kerana, tambahnya mereka mempunyai matlamat yang
> sama iaitu ingin
> mengekalkan penggunaan bahasa sendiri dalam
> kedua-dua mata pelajaran yang
> penting itu, di samping tidak meminggirkan Bahasa
> Inggeris yang juga menjadi
> bahasa antarabangsa.
> > ATTACHMENT part 2
> application/x-microsoft-ole-object name=Picture 
> 
> 
> COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
> 
> 
> ---------------------------------
> Do you Yahoo!?
> Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
> faith.yahoo.com 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Everything you'll ever need on one web page
from News and Sport to Email and Music Charts
http://uk.my.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?aduka=20aduka?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke