Pertempuran ganas didalam mengawal Basra setelah pengeboman Baghdad dan Mosul
احتدام المعارك للسيطرة على البصرة بعد قصف بغداد والموصل


Al-jazeera.Net - 25-03-2003, waktu Mekah 07:41, waktu GMT 04:41

[Pengeboman udara British-Amerika keatas Baghdad semalam]

Koresponden Al-Jazeera di Basra telah mendengar bunyi berbalas tembakan dari kawasan Al-Zubair yang terletak diantara Bass dan Umm Qasr. Tambah beliau bahawa pertempuran itu adalah diantara pasukan British-Amerika dan pasukan Iraq yang cuba membebaskan Lapangan terbang Antarabangsa Basra yang dikuasai oleh pasukan bersekutu.

Pasukan Amerika telah memperkuatkan pertahanan di pelabuhan Al-Zubair, di Shatt-al-Arab, Selatan Baghdad, dan mereka telah mengantinya dengan pasukan armour yang ditambah peralatan meriam dan senjata automatik menggunakan kenderaan, disamping penambahan askar Marine.

Dari pihak kedua, ibukota Baghdad sedikit sebelum tengah malam berlakunya pengeboman yang ganas yang berlangsung sebanyak 2 peringkat dengan jarak masa beberapa minit. Ia mengakibatkan 6 letupan seperti bebola api yang menjulang ke langit. Sumber maklumat berkata bahawa Pasukan Iraq sekurang-kurangnya menembak 2 peluru berpandu anti-pesawat dan beberapa tembakan meriam anti-kapal terbang pada permulaan serangan pertama. Kematian dan mangsa serangan tersebut belum dapat diketahui.

Bandar Mosul di Utara Iraq telah terdedah kepada serangan udara dibeberapa sasaran yang berbeza didalam bandar tersebut dan serangan bersiri itu berlanjutan selama lebih kurang 45 minit. Korespodnen Al-jazeera di Mosul mendengar beberapa pengeboman ngeri dipelbagai tempat didalam bandar, dan beliau tidak nampak asap dari tempat yg di bom dan juga tidak mendengar bunyi siren yang biasa berbunyi sebelum sesuatu serangan berlaku.

Pegawal Republikan dijadikan sasaran


[Askar British memburu askar Iraq di bahagian Selatan]

Kementerian Pertahanan Amerika (Pentagon) menyebut bahawa pengeboman British-Amerika di Iraq semasa 48 jam yang lalu ditujukan kepada posisi regim iaitu di bangunan-bangunan kerajaan, Biro Perisikan dan Peralatan Keselamatan dan sebagai tambahan kepada jabatan Pengawal Republikan.

Berkata Jenderal Stanley McKristal, wakil Pengurus Operasi Pasukan Amerika bahawa serangan yang berterusan ditumpukan kepada :

أهداف أساسية للنظام العراقي بغية إزالة التهديدات بالصواريخ البالستية وإضعاف الحرس الجمهوري والوحدات الخاصة التابعة لهذا الحرس

"sasaran utama kepada regim Iraq bagi menbuangkan perluru berpandu ballistik, melemahkan Pengawal Republikan dan Unit Khas kepunyaan pengawal-pengawal".

Didalam sidang akhbar yang diadakan di Pentagon menyatakan bahawa lebih dari 200 biji bom telah dihantar secara tepat semenjak permulaan operasinya. Mereka menjelaskan bahawa helikopter Apache telah memulakan serangan keatas pejabat-pejabat di bandar yang dimiliki oleh Pengawal Republikan disekitar Baghdad. Menurut McKristal pasukan ini ialah "salah satu dari kumpulan yang terbaik dengan Pengawal Republikan".

Kejatuhan Helikopter Apache


[Rakyat Iraq dihadapan helikopter Apache Amerika yg dijatuhkan di Karbala semalam]

Di peringkat yang lain didalam Kementerian Pertahanan Amerika mendedahkan pemandu Helikopter model Apache yang dijatuhkan oleh rakyat Iraq di Selatan Baghdad semalam. Pentagon menyatakan bahawa pegawai yg terlibat ialah Williams Difd (30tahun) berasal dari Florida dan Pegawai Young Junior Roland (26 tahun) dari Georgia. Kedua-duanya telah berkhidmat di Houd, Texas.

Pentagon telah membuat pengakuan ini sebaik sahaja televisyen Itaq menayangkan gambar-gambar krew Helikopter Apache yang dijatuhkan oleh Iraq di Karbala, Iraq Tengah.

Koresponden Al-Jazeera di Washington melaporkan bahawa menurut sumber ketenteraan mengatakan bahawa 30 helikopter Apache telah pulan ke Kuwait setelah dimaklumkan kejatuhan "sebuah helikopter Apache yang memaklumkan kepada yg lain sedang menyertai operasi keatas karbala", 80 km selatan Baghdad. Sementara itu sumber Pentagon mengatakan bahawa Helikopter Apache Amerika yang menjadi mangsa di Karbala telah rosak "tidak boleh dimunafaatkan oleh Iraq".

Menganggar kehilangan nyawa


[Pasukan British telah memulakan perjalanan di Selatan Iraq semalam]

Dari pihak kedua menyatakan bahawa Pemimpin ketenteraan yang lepas menyatakan seramai 3,000 askat Amerika telah tercedera dan terkorban diantara tentera bersekutu yang diketuai oleh Amerika ke baghdad dan berkata bahawa Washington telah silap menganggar isu-isu keperluannya.

Jenderal bersara Barry McFairy yang mengetuai pasukan ke 4 dan juga 20 semasa Perang Teluk pada tahun 1991 berkata bahawa pasukan ini "telah menghadapi kesukaran dan pertempuran yang bahaya yang tidak boleh menjamin diteruskan 2 ke 3 hari" (تواجه معركة قاسية وخطيرة وغير مضمونة ستستمر يومين إلى ثلاثة أيام)didalam mengempur melalui Utara bandar Iraq.

McFairy becakap didalam siaran Televisyen BBC malam semalam mengatakan bahawa jika Iraq melawan "dan bukannya Amerika dan British yang persediaannya lengkap" (ولم يكن الأميركيون والبريطانيون مستعدون كفاية) maka pasukan ini akan menghadapi keadaan yang sukar untuk mengawal di Baghdad dan Tekrit di Barat Daya. Beliau menanggap bahawa Donald Rumsfled telah menyalah tafsirkan anggaran tersebut.

sumber : http://www.al-jazeera.net/news/arabic/2003/3/3-25-10.htm

=========

Berita ANN : Sila klik : http://ann.al-ahkam.com.my/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=37&mode=thread&order=0&thold=0

-wassalam-

- terjemahan oleh - [EMAIL PROTECTED]

جميع حقوق النشر محفوظة © شبكة أخبار الأحكام،2003



Do you Yahoo!?
Yahoo! Platinum - Watch CBS' NCAA March Madness, live on your desktop!

Kirim email ke