*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum ,

Baru-baru ini saya berjumpa sorang kawan , dengan demam F-1 beberapa hari lepas ( ada 
kaa Iraq kena
ceroboh kena serang kena bunuh kita dok seronok dgn F1 ) dia kata ,

“ aku dapat tiket F-1 , nak pergi tengok ker  …

lalu saya jawab , seronok sangat ke tengok F-1 , lalu depan zoomm ..dah tak nampak 
..tak tahu mana satu
kereta , kat TV lagi bagus kalau nak tengok …bola lain lah …tengok kat Stadium dgn Tv 
memang lain sangat
..

Ish ngko ni , tiket RM 1,000 free nie ….

Perbualan tamat begitu sahaja ,tetapi saya mula terfikir dengan segala mak nenek 
cerita F-1 , Twin Tower
, Airport Sepang dan lain-lain lagi tak tercerita di sini …kita tahu dan mereka pun 
tahu , pembaziran
yang terang dan nyata , kezaliman , penipuan dsb nya , cuma mereka-mereka itu 
melihatnya sebagai
kebangaan , konon nya …

Jika tiba-tiba masuk peraduan , atau sesetengah syarikat di kehendaki membeli , maka 
anda dapat tiket yg
berharga RM 1,000 itu adakah anda akan pergi ke Sepang sana ….??

Anda tidak perlu menjawab samaada akan pergi atau tidak , kerana itu hak anda 
masing-masing …..tetapi
bagaimana dari segi adakah kita serious , menetang kezaliman , pembaziran dan tidak 
menyokong walau apa
sekalipun , walau sedikit sekali pun ….adakah kita di anggap menyokong dengan hadir ke 
Sepang utk lihat
F-1 dengan tiket free ?….akan timbul suara – suara , sayang hang tak pi ..tiket macam 
tu mahal , bagi
aku pun tak paa….adakah membazir pula jika kita tak guna tiket yang bernilai Rm 1,000 
itu ….???…

Saya teringat satu ketika kuliah di surau kami di ceritakan oleh ustaz bahawa , 
seorang pegawai daerah
yang antara tugasnya meluluskan premis judi , kelab malam , karaoke dsbnya . Dia ( 
pegawai ini ) di
sebutkan ada sedikit kekuatan untuk tidak memberi saham dalam unsur maksiat ini  . Apa 
yang di lakukan
ialah meluluskan nya di saat-saat akhir , sekadar cukup memenuhi kouta , umpamanya : 
meluluskan minima 5
lesen dalam tempoh 6 bulan , maka hingga ke saat akhir 6 bulan baru diluluskan 4  
…Tetapi dia masih
tetap akan di persoalkan di hadapan Allah kerana kelulusan tsb .

Bila di tanya , kenapa tidak meletakkan jawatan , atau tinggalkan jawatan itu 
jawapannya “ Jika Jawatan
itu dipegang oleh orang lain , di bimbangi lebih banyak lesen di luluskan tanpa 
kawalan langsung
…sekurang-kurangnya dengan dia memegang jawatan itu dia hanya meluluskan minima dlm 
tempoh yang di beri
…mungkin beribu-ribu pulak lesen di keluarkan

Satu ketika yang lain dia biasa di tinggal kan wang di atas meja nya dengan tunai RM 
5,000 hingga 10,000
..tuan-tuan tahu apa di buatnya duit itu …di bakarnya duit 10,000 itu ….Alhamdulillah 
semoga Allah
mengampunkan nya …

Sekarang kita pula jika anda dapat 10,000 apakah anda akan bakar , atau taburkan di 
sungai Klang ,
taburkan di traffic light , atau hantarkan ke rumah anak yatim bukan Islam ? Atau 
turap jalan , buat
jambatan / titi …..kita tidak berhadapan dengan nya , cuba jawab dahulu apa akan anda 
buat jika anda
dapat tiket F-1 bernilai RM 1,000 itu percuma !….





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mohd. Nawawi Ismail" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke