Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee
SAYA dikecam hebat, apabila salah satu laman blog menyiarkan semula
artikel saya minggu lalu dalam Mingguan Malaysia, bertajuk Nasib Melayu
di Bumi Melayu. Saya dituduh penulis upahan UMNO, lupa asal usul diri,
lebih Melayu daripada Melayu, Cina tidak sedar diri, rasis dan berbagai
kecaman dilemparkan oleh golongan ultra kiasu ini. 
 Saya mengucapkan terima kasih atas yang respons. Saya tidak
berhasrat memberikan respons, kerana malas melayan idea-idea picisan
yang menyerang peribadi dan tidak langsung menampakkan mereka ini
profesional. Orang sebegini tidak layak dilayan, biarlah mereka terjun
dengan labu-labunya. Lagipun saya tidak pasti sama ada mereka faham
atau tidak, artikel yang saya tulis dalam bahasa Melayu, atau mungkin
juga mereka lebih memahami bahasa Inggeris atau bahasa ibunda, daripada
memahami bahasa kebangsaan itu sendiri sehingga mereka tidak faham apa
yang saya maksudkan. 
Begitu juga dengan akhbar Cina, China Press dan Nanyang Siang Pau
berniat jahat dengan secara sengaja memaparkan sebahagian kecil artikel
saya berkaitan Beng Hock, mengenai anak luar nikah yang dikandung oleh
teman wanitanya. Sedangkan simpati dan pembelaan saya terhadap mendiang
tidak disiarkan langsung. Ini menunjukkan betapa rasisnya akhbar Cina.
Saya dituntut oleh keluarga mendiang untuk meminta maaf. Terus terang,
saya tidak perlu meminta maaf kerana saya berkata benar. Bersekedudukan
sebelum nikah adalah haram di sisi agama apa sekalipun. Kenapa agama
Islam sahaja yang dipersoalkan, adakah agama lain menghalalkan
perbuatan sedemikian? 
 Sebelum memeluk Islam, saya dahulunya pernah menganut agama Buddha
dan Kristian. Kedua-dua ini mengharamkan sama sekali bersekedudukan
sebelum nikah. Apakah kita mahu menghalalkan perkara ini sehingga
menjadi budaya masyarakat kita? Apakah kita mahu ia turut berlaku
kepada anak atau adik-beradik kita? Justeru, bila saya menulis, saya
selalu meletakkan diri saya sebagai rakyat Malaysia atau bangsa
Malaysia, bukannya orang Cina. Ini bertujuan supaya pandangan saya
tidak berat sebelah atau bias. Jika orang Islam melakukan kesalahan
saya akan tegur, begitu juga yang lain. Adakah kerana hanya saya
berbangsa Cina, maka saya patut selindungkan sesuatu keburukan yang
berlaku pada bangsa saya? Sudah tentu tidak kerana saya perlu berkata
benar.


      
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
          **************** HIGH SKOOL MUAR *****************

Korang semua telah menerima pesanan ini kerana korang semua telah melanggan di 
dalam Google Group "HSM(class of '91 -'95)
Kalau tgh bosan, hantar lah email ke hsm...@googlegroups.com.
Kalau takmo melanggan lagi email ke hsmuor+unsubscr...@googlegroups.com.

Untuk keterangan lanjut,lawat la website group hampehh nihh!!.....hahahaha!!
http://groups.google.com/group/hsmuor?hl=en-GB?hl=en-GB

"SOALAN : JIDON KALAU KENTUT,APAKAH REAKSI MUKA BELIAU?......

*******************************************************************************************
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke