sekarang ni, trend nya.
kalau tak sokong pakatan rakyat, di kira penjilat UMNO.


2009/8/2 Khairil <creep_javaf...@yahoo.com>

> Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee
>
> SAYA dikecam hebat, apabila salah satu laman blog menyiarkan semula artikel
> saya minggu lalu dalam Mingguan Malaysia, bertajuk Nasib Melayu di Bumi
> Melayu. Saya dituduh penulis upahan UMNO, lupa asal usul diri, lebih Melayu
> daripada Melayu, Cina tidak sedar diri, rasis dan berbagai kecaman
> dilemparkan oleh golongan ultra kiasu ini.
>
> Saya mengucapkan terima kasih atas yang respons. Saya tidak berhasrat
> memberikan respons, kerana malas melayan idea-idea picisan yang menyerang
> peribadi dan tidak langsung menampakkan mereka ini profesional. Orang
> sebegini tidak layak dilayan, biarlah mereka terjun dengan labu-labunya.
> Lagipun saya tidak pasti sama ada mereka faham atau tidak, artikel yang saya
> tulis dalam bahasa Melayu, atau mungkin juga mereka lebih memahami bahasa
> Inggeris atau bahasa ibunda, daripada memahami bahasa kebangsaan itu sendiri
> sehingga mereka tidak faham apa yang saya maksudkan.
>
> Begitu juga dengan akhbar Cina, China Press dan Nanyang Siang Pau berniat
> jahat dengan secara sengaja memaparkan sebahagian kecil artikel saya
> berkaitan Beng Hock, mengenai anak luar nikah yang dikandung oleh teman
> wanitanya. Sedangkan simpati dan pembelaan saya terhadap mendiang tidak
> disiarkan langsung. Ini menunjukkan betapa rasisnya akhbar Cina. Saya
> dituntut oleh keluarga mendiang untuk meminta maaf. Terus terang, saya tidak
> perlu meminta maaf kerana saya berkata benar. Bersekedudukan sebelum nikah
> adalah haram di sisi agama apa sekalipun. Kenapa agama Islam sahaja yang
> dipersoalkan, adakah agama lain menghalalkan perbuatan sedemikian?
>
> Sebelum memeluk Islam, saya dahulunya pernah menganut agama Buddha dan
> Kristian. Kedua-dua ini mengharamkan sama sekali bersekedudukan sebelum
> nikah. Apakah kita mahu menghalalkan perkara ini sehingga menjadi budaya
> masyarakat kita? Apakah kita mahu ia turut berlaku kepada anak atau
> adik-beradik kita? Justeru, bila saya menulis, saya selalu meletakkan diri
> saya sebagai rakyat Malaysia atau bangsa Malaysia, bukannya orang Cina. Ini
> bertujuan supaya pandangan saya tidak berat sebelah atau bias. Jika orang
> Islam melakukan kesalahan saya akan tegur, begitu juga yang lain. Adakah
> kerana hanya saya berbangsa Cina, maka saya patut selindungkan sesuatu
> keburukan yang berlaku pada bangsa saya? Sudah tentu tidak kerana saya perlu
> berkata benar.
>
>
> >
>

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
          **************** HIGH SKOOL MUAR *****************

Korang semua telah menerima pesanan ini kerana korang semua telah melanggan di 
dalam Google Group "HSM(class of '91 -'95)
Kalau tgh bosan, hantar lah email ke hsm...@googlegroups.com.
Kalau takmo melanggan lagi email ke hsmuor+unsubscr...@googlegroups.com.

Untuk keterangan lanjut,lawat la website group hampehh nihh!!.....hahahaha!!
http://groups.google.com/group/hsmuor?hl=en-GB?hl=en-GB

"SOALAN : JIDON KALAU KENTUT,APAKAH REAKSI MUKA BELIAU?......

*******************************************************************************************
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke