--------------------------------------------------------------------------------

Selasa, 1 Mac 2005

Lawatan kerja Duta Indonesia ke Temburong

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Duta Indonesia ke Brunei, Yusbar Djamil dengan 
rombongan terdiri daripada kakitangan kedutaan itu melawat Temburong selama dua 
hari yang berakhir semalam.

Lawatan adalah atas jemputan warga Indonesia yang bekerja dan menetap di 
Temburong yang bersimpati dan berhasrat membuat sumbangan untuk mengurangkan 
bebanan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa bencana tsunami di Aceh dan Sumatra 
Utara Disember tahun lalu.

Pertemuan dengan warga Indonesia diadakan di Sekolah Persediaan Arab Pekan 
Bangar Temburong ada 26 Februari dan dihadiri sekitar 100 orang, menurut 
kenyataan dari kedutaan itu hari ini.

Semasa pertemuan itu, warga Indonesia diberi penerangan oleh dua orang 
geologist Indonesia, Bambang Gumilar dan Herman Darman mengenai gempa bumi dan 
tsunami di Aceh dan Sumatra Utara. Kedua-duanya bekerja dengan Syarikat 
Petroleum Brunei Shell di Seria.

Ketika lawatan, Duta Yusbar Djamil turut mengadakan kunjungan muhibbah kepada 
pemangku pegawai daerah Temburong, Awang Syahminan Haji Tengah.

http://www.brunei-online.com/mp/selasa/mar1t5.htm

--------------------------------------------------------------------------------

Copyright © 2005 Brunei Press Sdn Bhd. All rights reserved.


---------------------------------------------------------------------
To unsubscribe, send email to: [EMAIL PROTECTED]
To subscribe, send email to: [EMAIL PROTECTED]
Visit IAGI Website: http://iagi.or.id
IAGI-net Archive 1: http://www.mail-archive.com/iagi-net%40iagi.or.id/
IAGI-net Archive 2: http://groups.yahoo.com/group/iagi
Komisi Sedimentologi (FOSI) : Deddy Sebayang([EMAIL 
PROTECTED])-http://fosi.iagi.or.id
Komisi SDM/Pendidikan : Edy Sunardi([EMAIL PROTECTED])
Komisi Karst : Hanang Samodra([EMAIL PROTECTED])
Komisi Sertifikasi : M. Suryowibowo([EMAIL PROTECTED])
Komisi OTODA : Ridwan Djamaluddin([EMAIL PROTECTED] atau [EMAIL PROTECTED]), 
Arif Zardi Dahlius([EMAIL PROTECTED])
Komisi Database Geologi : Aria A. Mulhadiono([EMAIL PROTECTED])
---------------------------------------------------------------------

Kirim email ke