Title: Message
 

 

Gurindam Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.......
> >
> >Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
> >Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
> >Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
> >Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
> >Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
> >Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
> >Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
> >Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
> >Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi
> >pesat.
> >
> >TETAPI AWAS,
> >
> >Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat
> >bangunan naik bertingkat-tingkat.
> >Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
> >Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
> >
> >KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
> >Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi
> >ulat.
> >Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin liat.
> >Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
> >Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
> >Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
> >Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
> >minyak gamat.
> >
> >Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
> >Semua nak tunjuk kuat.
> >Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
> >Tapi hidup pula yang melarat.
> >Tali kasut dah tak berikat.
> >Rambut pun jarang sikat.
> >
> >Yang perempuan,
> >Pakai mini sekerat.
> >Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)
> >Suka sangat menunjukkan pusat.
> >Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
> >Pakai pulak yang singkat-singkat.
> >Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
> >Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
> >Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
> >Duduk jauh berkirim surat.
> >Bila berjumpa, tangan berjabat.
> >Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
> >Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
> >
> >Usah peduli agama dan adat.
> >Usah takut Allah dan malaikat.
> >Yang penting apa kita nak buat?
> >Kita 'bukti' lah kita buat.
> >Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
> >Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang
> >tak cukup ifat.
> >Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
> >merata tempat.
> >
> >MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
> >Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
> >Habis manusia telah tersesat.
> >Inilah dia fenomena masyarakat.
> >
> >Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
> >Marilah kita pakat mengingat,
> >Bahawa dunia hari ini makin singkat,
> >Esok atau lusa mungkin kiamat,
> >Sampai masa kita semua akan berangkat! .
> >Berangkat menuju ke negeri akhirat.
> >Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
> >
> >Masa tu, sendiri mau ingat.
> >Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...?
> >Zaman muda mu, apa yang telah ka mu buat...?
> >Harta benda anda, dari mana anda a dapat...?
> >Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
> >
> >Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingati sesama insan!!!
> >Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan
> >maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
> >
> >
> >(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
> >Sebarkanlah ini agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat
> >yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...
> >Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar!)



=================================================================
"Morning greetings doesn't only mean saying 'Good Morning'.
It has silent message saying that I remember you when I wake up.
Wish you have a Great Day!" -- Ida & Krisna

Jangan lupa untuk selalu menyimak Ida Krisna Show di 99.1 DeltaFM
Senin - Jumat, pukul 06.00 - 10.00 WIB
SMS di 0818-333582
=================================================================




YAHOO! GROUPS LINKS




Reply via email to