Bismillahirrahmanirrahim...
   
  Ayat rujukan dalam artikel ini boleh dirujuk melalui link asalnya di bawah 
ini:
   
  
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=611&Itemid=72
   
  Mercun, Ucapan Maaf & Duit Raya 
  Oleh 
  Zaharuddin Abd Rahman 
  http://www.zaharuddin.net/ 
  
  Dalam penulisan ini, saya ingin menyentuh 3 perkara berkenaan hari raya yang 
sering dilakukan oleh umat Islam. Apakah pandangan Islam terhadap Mercun, 
pemberian duit raya dan ucapan ‘Maaf Zahir Batin'?. 
  Main Mercun 
     
  Akta Bahan Letupan 1957. Seksyen 4 (2) memperuntukkan undang-undang sesiapa 
yang bersalah mengilang, memiliki dan mengimport mercun atau bunga api, boleh 
dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya. 
  
  Dari pandangan Islam pula saya kira amat mudah untuk diketahui hukumnya. 
Semua perkara yang membawa mudarat kepada diri dan orang lain adalah diharamkan 
di dalam Islam. 
     
    
  
  Secara ringkas, antara sebab yang menjatuhkan bermain mercun dalam kategori 
haram adalah :- 
  1)   Mudarat Kepada Diri 
  Ini tidak perlu lagi dihuraikan. Cukup laporan akhbar ini sebagai fakta : 
BUKA DI SINI 
   
  2)   Mudarat Orang Lain 
  Ia seringkali mengganggu masyarakat awam sekeliling dengan kebisingan 
bunyinya selain bahaya letupannya. Jelas ia termasuk dalam perkara yang 
diharamkan. Tahap pengharamannya lebih dahsyat apabila ia dimainkan di 
tepi-tepi surau dan masjid tatkala ahli jemaah sedang menunaikan solat. 
  Demikian juga apabila ia ditujukan ke arah rumah dan individu tertentu dengan 
niat ingin berseronok-seronok. Saya boleh menggangap ia terdapat persamaan 
dengan cubaan membunuh, kerana bakaran api itu boleh menyebabkan sebuah rumah 
terbakar atau seseorang kanak-kanak atau bayi hilang nyawanya. 
  Nabi s.a.w bersabda : 
  ãä ÖóÇÑøó ÃóÖóÑøó Çááå Èöåö æóãóäú ÔóÇÞøó ÔóÇÞøó Çááå Úáíå 
  Ertinya : Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudartkan 
dirinya sendiri, sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan 
menyuasahkannya pula" (Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; 
Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi) 
  Saya masih ingat kisah yang disiar oleh akbar tahun lepas, bagaimana mercun 
masuk dalam buaian seorang bayi. 
  Baca juga kisah ini "Dalam pada itu, ibu Mohd. Syafiq, Saripah Ali, 43, 
berkata, anaknya sedang mengangkat kain di kawasan jemuran asrama kira-kira 
pukul 6 petang apabila sebiji mercun bola dilemparkan ke arahnya. 
  ‘‘Mercun yang dilempar ke arahnya terkena di bahagian bawah mata kiri 
menyebabkan matanya cedera," katanya". 
  Baca Di Sini  
  3)   Pembaziran 
  Ia dikira satu pembaziran juga kerana wang yang digunakan dikira dibakar 
begitu sahaja untuk menikmati letupan yang tiada tentu arahnya. 
  Allah s.w.t mengurniakan kita harta untuk dibelajkan sebaiknya dan bukan 
untuk mengikut hawa nafsu atas alasan kemeriahan lalu membeli pelbagai jenis 
mercun. 
  Islam inginkan kita menjadi orang yang mampu mengurus kewangan dengan bijak 
di bulan Ramadhan. Malah inginkan kita memperbanyakkan sedeqah terutama di 
akhir Ramadhan. Bukannya membeli mercun yang haram hukumnya. 
  Saya kira, tidak perlu dihurai panjang isu ini disebabkan kejelasannya. 
  Sebagai kesimpulan, ibu bapa yang membelikan mercun ini tidak terlepas dari 
dosa pada pandangan Islam. Mereka sepatutnya bersifat tegas dalam hal ini 
melarang sebarang penglibatan anak-anaknya terutamanya jika mereka terjebak 
dalam membuat mercun sendiri seperti mercun buluh dan lain-lain. 
  Isu Duit Raya 
  Isu memberikan duit raya kepada kanak-kanak terdapat pro dan kontranya. Bagi 
saya, hukumnya berubah-ubah mengiku keadaan pemberi dan penerima. 
  Perspektif Baik : 
  Jika dilihat dari persepktif baik, ia dapat memupuk semangat dan sifat 
menderma sebagai bukti hasil keberkatan yang diperolehi dari tarbiyah Ramadhan. 
  Malah, sebenarnya ia lebih baik jika di berikan sebelum tamatnya Ramadhan, ia 
bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w dari Ibn Abbas r.a yang menyebut :- 
  ßÇä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÃÌæÏ ÇáäÇÓ ÈÇáÎíÑ , æßÇä ÃÌæÏ ãÇ íßæä Ýí ÑãÖÇä , 
Ííä íáÞÇå ÌÈÑíá , æßÇä íáÞÇå ßá áíáÉ Ýí ÑãÖÇä ÍÊì íäÓáÎ , íÚÑÖ Úáíå ÇáäÈí 
ÇáÞÑÇä , ÝÅÐÇ áÞíå ÌÈÑíá ßÇä ÃÌæÏ ÈÇáÎíÑ ãä ÇáÑíÍ ÇáãÑÓáÉ 
  Ertinya : "Adalah Nabi SAW adalah manusia yang paling bagus dan pemurah 
dengan segala jenis kebaikan, dan Nabi paling pemurah adalah di bulan Ramadhan, 
dimana ketika bertemu Jibrail yang datang di setiap hari di bulan ramadhan 
membentangkan (menyemak) al-Quran dari Nabi SAW, apabila ditemui Jibrail maka 
Nabi akan menjadi paling pemurah dengan kebaikan lebih dari angin yang bertiup" 
(Riwayat Al-Bukhari) 
  Justeru,  sekiranya ia dapat diberikan dalam bulan Ramadhan sebagai sedeqah 
sudah tentu keberkatan pahalanya berlipat kali ganda berbanding memberikannya 
di bulan syawal. 
  Oleh kerana kemungkinan pada hariraya sahaja kebanyakkan kita dapat berkumpul 
sekeluarga, mungkin kerana itulah akhirnya duit sedeqah kepada ahli keluarga 
yang eloknya diberikan di akhir Ramadhan itu menjadi ‘duit raya di hari raya' . 
  Saya harap masyarakat yang mengamalkannya akan memperbetulkan niat mereka 
dengan memasang niat ia sebagai sedeqah dari bulan Ramadhan dan bukan sekadar 
adat hari raya semata-mata. 
  Perspektif Negatif 
  Ia boleh menjadi amat buruk dan sewajarnya di jauhi apabila : - 
  1) Seseorang memberikannya dengan niat ingin menunjuk-nunjuk kekayaannya 
dengan menayangkan jumlah yang diberinya dan ada pula yang terpaksa berhutang 
demi memberikan ‘duit raya'. Ini tidaklah di benarkan sama sekali menurut 
Islam. 
  Justeru, perbezaan niat seseorang menentukan samada pemberian duit rayanya 
menjadi ibadat atau tidak. 
  2) Terdapat juga ‘duit raya rasuah' yang mungkin diberikan oleh ahli 
perniagaan kepada pegawai tertentu bagi mempengaruhi keputusan pegawai itu di 
kemudian hari. Ia adalah tidak dibenarkan sama sekali di dalam Islam. 
  3) Disebutkan juga, duit raya sebegini boleh membawa kesan negatif kepada 
kanak-kanak yang bersifat materialistik dan mengkritik individu yang tidak 
memberikan duit raya kepada mereka. 
  Ini boleh menjadikan kanak-kanak lebih bersifat rakus dengan harta dunia di 
setiap kali tiba hari raya. Pandangan ini ada benarnya. 
  Walaupun demikian, pada hemat saya faktor sebegini sukar untuk menjadikan 
seluruh amalan pemberian duit raya sebagai haram. Bagi mengelakkannya dari 
jatuh kepada haram, si pemberi mestilah mengingatkan penerima agar bersyukur 
dengan apa jua jumlah yang didermakan dan berhati-hati dengan keseronokan 
sementara dari fitnah bernama ‘duit' dan ‘wang' ini. 
  Jika seseorang itu lebih cenderung kepada pendapat ianya haram. Wajiblah ia 
untuk menahan diri dari memberikan sebarang duit raya kepada kanak-kanak. Tiada 
ertinya ia mengatakannya haram, dalam masa yang sama ia sendiri masih 
memberikannya sewaktu hariraya. 
  Justeru, pada hemat saya, pandangan membenarkan dengan syarat-syarat tertentu 
adalah lebih ringan dan mampu dilaksanakan oleh masyarakat hari ini yang telah 
membudayakannya sebagai amalan tahunan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah 
‘adjust' niat, dan beberapa hal lain agar pemberian itu menjadi sebuah sedeqah 
yang berguna buat ahli keluarga terdekat, pemberi dan penerima. 
  4) Bagi mereka yang amat sensitif isu halal haram, saya kira adalah amat 
terpuji jika dapat dipastikan sampul duit raya itu bukan dari mana-mana bank 
dan institusi kewangan konvensional yang haram. 
  Ini kerana ia boleh dianggap mempromosikan perbankan Riba yang amat haram. Ia 
jelas termasuk dalam larangan Allah s.w.t dan Nabi s.a.w dari memberikan 
bantuan dan promosi kepada perkara yang haram. 
  Sebuah hadis menyebut : 
  áÚóäó ÑÓæáõ Çááøóåö Ýí ÇáÎãÑö ÚÔÑÉð ÚÇÕöÑóåÇ æãõÚÊÕöÑóåÇ æÔÇÑöÈåÇ æÍÇãöáóåÇ 
æÇáãÍãæáóÉó Åöáíåö æÓÇÞíóåÇ æÈÇÆÚåóÇ æÂßáó ËãäöåÇ æÇáãÔÊóÑí áåÇ æÇáãÔÊÑì áåõ 
  Ertinya  : Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) 
yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) 
yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang 
menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta 
dibelikannya." (Riwayat Ibn majah, 2/1122 ; Tirmidzi, Hadis Gharib ; Albani : 
Hasan Sohih) 
  Keterangan : Walaupun hadith ini menyebut bab arak, tetapi ia merangkumi item 
haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam. 

Sebuah Hadith lagi : ertinya 
  ÞÇá áóÚóäó ÑÓæá Çááøóåö Âßöáó ÇáÑøöÈóÇ æóãõÄúßöáóåõ ÞÇá ÞáÊ æóßóÇÊöÈóåõ 
æóÔóÇåöÏóíúåö 
  Ertinya : "Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya 
dan penulisnya" ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih 
) 
  Justeru, jika ia berlaku juga, saya bimbang pahala hasil sedeqah duit raya 
itu pastinya tergugat. Ia sama seperti memberi duit raya menggunakan sampul 
duit yang tertulis jenama arak. Apa pandangan anda?. 
  Ucapan Maaf Zahir Batin 
  Ucapan Maaf Zahir Batin sering diberikan oleh rakan dan taulan sempena 
hariraya ini. Amalan maaf bermaafan asalnya adalah bersifat ‘neutral' dan boleh 
diteruskan di hari raya ini asalkan ungkapan kemaafan yang dipinta dan yang 
diberi adalah beserta penyesalan yang benar atas segala kesilapan yang 
dilakukan.   
  Ia selaras dengan objektif Ramadhan bagi mencapai keampunan Allah SWT 
sebagaimana di fahami dari Hadith : 
  ÌóÇÁöäí ÌöÈÑíáõ Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÝóÞÇá : ÔóÞí ÚóÈÏñ ÃóÏÑßó ÑãÖÇäó ÝÇäÓóáÎó 
ãöäåõ æáóã íõÛÝóÑ áóå ÝóÞáÊõ : Âãöíäó ¡ 
  Ertinya : "Datang kepadaku Jibrail lalu berkata : " Celaka ke atas seorang 
hamba yang sempat bertemu Ramadhan dan keluar darinya tetapui tidak mendpaat 
keampunan terhadap dosa-dosanya, lalu aku (Rasulullah s.a.w) berkata : Ameen. 
(tirmidzi, ibn hibban, Ahmad, Ibn Khuzaymah, Al-Hakim & disetujui oleh 
Az-Zahabi, Abu Yu'la, At-Tabrani dalam Al-Kabir & al-Awsat, At-Tayalisi, 
Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad, Ibn Al-Ja'd ; Sahih Lighairihi oleh al-Albani 
di dalam Sahih Adab al-Mufrad - no: 644) 
  Bagi seseorang yang berdosa dengan Allah SWT, amat diharapkan beroleh 
keampunan di bulan Ramadhan ini. 
  Bagaimanapun, jika melakukan dosa dari jenis kesalahan kepada manusia lain 
seperti mengumpat, memfitnah, memukul, merendahkannya, mencuri duitnya dan 
lain-lain. Seolah-olah keampunan yang sepatutnya diperolehi dari ramadhan 
tergantung kepada keampunan manusia yang pernah dizalimi ini. 
  Tatkala itu, mangsa sahaja yang mampu mengampunkan orang yang menzaliminya. 
  Pada hemat saya, objektif mendapatkan keampunan Allah sukar untuk dicapai 
sebaiknya jika tidak ada proses maaf bermaafan di hujung ramadhan atau di awal 
Syawal. 
  Mengambil peluang cuti dan bertemu di hari raya sebagai waktu yang sesuai 
untuk meminta ampun. Oleh kerana itu, saya secara peribadi tidak nampak 
sebarang masalah dalam amalan ini selagi mana ia dilaksanakan dengan ilmu dan 
ikhlas. Wallahu ‘alam. 
  Sekian 
  Zaharuddin Abd Rahman 
  http://www.zaharuddin.net/ 
  25 Ramadhan 1428 H 
  7 Oktober 2007 



       
---------------------------------
Don't let your dream ride pass you by.    Make it a reality with Yahoo! Autos. 

Kirim email ke