Sayyid Qutb dalam fi-zilal-il-qur'an dalam mentafsirkan ayat 285 
Al-Baqarah berkata:

"Keimanan kepada kitab-kitab Allah dan kepada rasulNya tanpa membezakan 
di antara sesiapa pun dari rasul-rasul itu merupakan keimanan yang 
dikehendaki dan tabi'i yang terbit dari keimanan kepada Allah dalam 
bentuk yang digariskan oleh Islam, kerana keimanan kepada Allah 
memerlukan kepada kepercayaan kepada segala apa yang dibawa dari sisi 
Allah itu adalah benar belaka dan bahawa sekelian rasul yang 
dibangkitkan Allah adalah benar belaka, dan seterusnya mempercayai 
bahawa sumber yang menjadi asas kerasulan mereka dan asas pengajaran 
yang terkandung dalam kitab-kitab suci yang diturunkan kepada mereka 
adalah sama sahaja. Oleh sebab itulah tidak wujudnya titik perbezaan di 
antara para rasul itu di dalam hati seseorang Muslim. Seluruh mereka 
adalah datang dari sisi Allah membawa agama Islam dalam bentuk yang 
sesuai dengan keadaan kaum yang diutuskan mereka kepadanya sehingga 
berakhir kepada penamat anbia iaitu Muhammad s.a.w yang membawa bentuk 
yang terakhir dari agama Islam yang sama untuk diserukan seluruh umat 
manusia kepadanya sehingga hari Qiamat."

terjemahan oleh Yusuf Zaky Yaacob.

wassalam.



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Make a clean sweep of pop-up ads. Yahoo! Companion Toolbar.
Now with Pop-Up Blocker. Get it for free!
http://us.click.yahoo.com/L5YrjA/eSIIAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke