sambungan dari bahagian 3.

Perempuan juga memiliki kuasa sakti yang menggoncang perasaan lelaki 
dengan hanya melepaskan pandangannya kepada lelaki.Dengan matanya 
perempuan boleh menundukkan lelaki dan jatuh cinta kepadanya.Tidak 
ada hati lelaki yang tidak luluh apabila perempuan memandangnya 
dengan mata yang bercahaya penuh kerinduan atau dengan mata yang 
digenangi air mata.Sepasang mata perempuan adalah fitnah. 
Adakalanya ia menggunakannya dengan pandangan yang lembut dan jernih, 
adakalanya dengan lelehan air mata.Dengan kedua-dua cara ini mereka 
boleh mencapai hasrat mereka.Kata orang, fitnah yang timbul dari mata 
dan suara sama-sama merbahaya kerana perempuan tahu mereka memiliki 
kedua-dua senjata ini.Mereka kadang-kadang tidak memakainya kepada 
yang disuruh iaitu suami mereka tetapi menggunakannya untuk lelaki 
lain. 

Oleh itu Islam melarang mereka memandang benda-benda haram seperti 
wanita memandang lelaki ajnabi dan juga sebaliknya kerana pandangan 
itu lamanya cuma satu atau dua saat tetapi kesannya kekal di dalam 
hati sepanjang hayat. 

Salah satu yang menarik perhatian lelaki pada diri seseorang 
perempuan adalah dandanan rambutnya.Perempuan tahu akan hal ini.Oleh 
itu perempuan berusaha menyisir dan membentuk rambut mereka supaya 
lebih menarik minat dan perhatian kaum lelaki.Selalunya perempuan 
berhias itu adalah bertujuan untuk mempamerkan kecantikannya terutama 
kepada lain jantina dan ia merasa megah apabila dipuji oleh lain 
jantina akan kecantikannya itu. 

Apabila suara wanita yang lembut dan intonasi yang sedap didengar 
mampu menggetarkan hati lelaki, mata yang dicelak dapat menundukkan 
hati lelaki maka rambut yang cantik dapat menawan hati lelaki. Oleh 
kerana itu Islam mewajibkan kaum wanita memakai hijab..menutup 
aurat.Dengan menutup aurat maka kaum wanita akan terpelihara daripada 
dosa dan noda serta fitnah, juga ia meletakkan wanita pada tempat 
yang selamat dari penglihatan kaum lelaki yang ada penyakit di dalam 
hatinya.

Rasullullah bersabda yang bermaksud, "Ada dua golongan yang bakal 
menghuni neraka di mana belum pernah aku melihatnya, iaitu golongan 
yang memiliki cambuk seperti ekor lembu, mereka memukul wanita 
dengannya dan wanita yang berpakaian seperti telanjang , memereng-
merengkan kepalanya seperti bonggol unta.Mereka ini tidak masuk 
syurga, tidak mencium bau syurga dan sesungguhnya bau syurga itu 
boleh dicium dari jarak yang sangat jauh". 

Sebagai wanita muslimah yang mempunyai agama dan maruah diri, 
janganlah kita melakukan sesuatu untuk memuaskan nafsu semata-mata, 
tetapi ingatlah bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara sedang 
yang kekal hanyalah Allah dan kehidupan yang kekal adalah kehidupan 
akhirat yang mana telah dijanjikan oleh Allah SWT kenikmatan syurga 
yang tiada tolok bandingnya bagi orang-orang yang beriman dan beramal 
soleh.Insya-Allah… 

wallahu'alam 

http://al-uda.sodeeq.com/archives/004850.html





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Make a clean sweep of pop-up ads. Yahoo! Companion Toolbar.
Now with Pop-Up Blocker. Get it for free!
http://us.click.yahoo.com/L5YrjA/eSIIAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke