27 sept=12 sya'ban
 
Siri 3: Bagaimana beramal dgn hadis Nisyfoo Sya'ban?
 
Ada lapan hadis Nisyfoo Sya'ban yg dijadikan dalil utk giat beribadah di dalamnya: Kita senaraikan secara ringkas dan kedudukan hadis2 tersebut:
 
1. Dari jalur Mu'adz bin Jabal ra, '(sabda Nabi saw)," Pada malam Nisyfoo Sya'ban, Allah melihat semua makhluq-Nya, kemudian mengampuni mereka kecuali yg musyrik dan mereka yg saling bermusuhan."
 
Hadis dikeluarkan oleh atTabrani, Ibn Hibban dan alBaihaqee.
Status hadis: sahih bil syawahid (sahih dengan cara diperkuatkan dgn hadis2 lain) Kata Syaikh alArnauth, takhreej/tahqeeq Sahih Ibn Hibban # 5665
 
2. Dari jalur Abu Bakar asSiddiq ra. Matannya sama spt hadis Mu'adz. Hadis ini dikeluarkan oleh alBazzar dan alBaihaqee. Ibn Mundzir memuatkan dalam kitab atTargheeb. Pentahqeeq atTargheeb, Imam alAlbani mensahihkan hadis ini dalam Sahih atTaghreeb # 1026
 
3. Dari jalur Abu Musa alAsy'ari ra. Matannya sama spt hadis Mu'adz. Ia dikeluarkan oleh Ibn Majah. Status hadis dha'ef kerana terdapat dua perawi yg dha'ef yaiatu Ibn Lahi'ah dan alWalid bin Muslim. Imam alBusyairi dalam Zawaid Ibn Majah
 
4. Dari jalur Abdullah bin Amr ra. Matan sama spt hadis Mu'adz. Dikeluarkan oleh Imam Ahmad. Menurut alMundziri, hadis ini dha'ef.
 
5. Dari Katsir bin Murrah. Matannya sama spt hadis Mu'adz. Dikeluarkan oleh alBaihaqee. alBaihaqee sendiri menilainya hadis mursal yg jayyid (baik). Katsir itu adalah tabi'in.
 
[* mursal = hadis dari tabi'en tanpa melalui sahabat]
 
6. dari Abu Tsa'labah. Matan sama spt di atas. Dikeluarkan oleh atTabrani dan alBaihaqee. Status hadis menurut alBaihaqee ialah mursal yg jayyid (baik). Abu Tsa'labah adalah tabi'en.
 
7. Dari Aisyah. [Matan hadis sama spt di atas] Dikeluarkan oleh alHakim atTermidzi. Dinilai munqathi' * (terputus) (ruj: alMubarakfoori, Tuhfah alAhwadzi: 3/441]
 
[* hadis munqathi'= hadis di mana dalam rantaian sanadnya terputus ditengah-tengahnya; ia termasuk hadis dha'ef]
 
8. Dari Aisyah ra dgn matan spt di atas. Dikeluarkan oleh alBaihaqee. Status hadis: Mursal jayyid atau hadis dari tabi'in tapi baik (tabi'in yg meriwayatkan dari Aisyah itu tidak hidup sezaman dgn Aisyah]
 
Itulah lapan hadis yg saling kuat menguat, sahih bil syawahid statusnya yakni hadis menjadi sahih dengan faktur penguat dgn hadis2 lain yg tidak fatal kecacatannya.
 
Jika nisfoo sya'ban ada disebut, apakah ada kaifiyat (tatacara) ibadah utk menyambutnya?
...............tunggu.
 
aa


tarbiyah dan tasyfiyah


Yahoo! Messenger - Communicate instantly..."Ping" your friends today! Download Messenger Now

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke