Salam Saudara

Tak payah menjerit.
Kalau guna caps namanya menjerit.
Cuba tolong huraikan apa maksudnya tunduk dan patuh segala syariat Allah?
Bukankah sebahagian syariat dari ijtihad ulama dan ijtihad adalah dari
pemikiran manusia?

Mana pula saudara dapat perpatah baik di sisi manusia hanya mengundang
kezaliman?
Masya allah sungguh sempitnya dunia ini, bila manusia dijadikan
berakal fikiran dan disuruh untuk tidak mengunakannya!

Syariat Islam memang senang nak di sebut-sebut tetapi sebenarnya
banyak lagi yang belum selesai dibincang sebab dunia sekarang tidak
sama seperti zaman Nabi SAW dan banyak yang perlu difikirkan untuk
melaksanakan Syariah Islam.

Ada lima Aliran Undang Undang Islam yang utama dan ada banyak lagi
aliran-aliran yang kecil.

Di antara lima ini, nak ikut yang mana ? 

Saudara dah fikirkan ke?


Memang Al Quran dan Al Sunnah menjadi ikutan tetapi adakah saudara
juga menjadikan ulama silam sebagai ikutan sedangkan banyak yang
mereka olahkan dalam Syariat merupakan hasil pemikiran mereka.

Kalau kita mengambil syariat dari ulama silam , maka itupun dikira
sebagai menguna akal fikiran tetapi akal fikiran ulama zaman silam.
Macam mana nak terapkan kepada zaman sekarangkalau ada masaalah yang 
tidak boleh diselesaikan melalui undang undang yang telah digubalkan
oleh ulama silam, apa harus dibuat?

Saudara, kalau saudara nak berkata otak tak boleh digunakan kenapa
ayat Quran selalu sebut

Afala Tafakarun? Kenapa tidak berfikir?

Apa dia syariat Islam?

Dalam Al Quran ada 500 ayat Hudud dan itu saja yang ada dari Al Quran.
Ada juga undang undang dari Hadith tetapi banyak undang undang adalah
dari ijtihad  ulama.

Sedangkan fiqh pun banyak hukumnya datang dari ulama yang telah
menokok tambah kepada apa yang disebut dalam Quran dan Sunnah.
Ini bererti kebanyakkan fiqh juga dari otak manusia.

Pada pandangan saya, untuk mengabdikan diri kepada Allah swt
memerlukan kepada fikiran.

Ina fi khalki sama wa ti wal ardh wakh tilafilaili wanahari 
La ayat ti li ulil al bab

Sesunguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan kejadian malam dan
siang ada tanda bagi orang yang berfikir.

Islam yang Nabi Muhammad SAW bawa adalah agama fitrah manusia yang
cantik dan menawan dan membahagiakan manusia dunia dan akhirat
sehingga mempraktikan Islam membawa keamanan dan kegembiraan disamping
kebahagiaan.

Hiya Alal Salah, Hiya Alal Falah

Datang kepada Solat, datang kepada Kemenangan.

Apa yang saya nampak dari ungkapan saudara dengan perkataan huruf
besar adalah kekerasan , kebekuan dan kemarahan.

Saudara, dengan sendirinya saudara telah membuatkan ungkapan saudara
sebagai petunjuk bagi yang berfikir .

wasallam

Kak Su

--- In [EMAIL PROTECTED], Ridhuan Hakim <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
> 'BAIK' DISISI SYARAK ADALAH TUNDUK DAN PATUH PADA SEGALA PERINTAH
ALLAH SERTA MENJAUHI SEGALA LARANGANNYA. MELAKSANA SEPENUHNYA SYARIAT
ISLAM TANPA MENGIRA-NGIRA KEUNTUNGAN / MASLAHAT.
>  
> 'BAIK' DISISI MANUSIA HANYA MENGUNDANG KEZALIMAN.
>  
> WSL





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Make a clean sweep of pop-up ads. Yahoo! Companion Toolbar.
Now with Pop-Up Blocker. Get it for free!
http://us.click.yahoo.com/L5YrjA/eSIIAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke