6.4 Niat dari sudut Bahasa vs Syara'
Niat yg dimaksudkan oleh Hadis Umar alKhattab ra ini sepatutnya difahami dari sudut Bahasa (Lughawi) atau dari sudut Syara'?? *
[* sebelum ini kita telah membahaskan Niat dari sudut bahasa bermaksud umum iaitu qasad atau halatuju; manakala Niat dari sudut syara' ialah Niat mesti membaringi atau mengiringi Amal, sebagaimana kita berniat dalam takbir solat]
Dr Umar Sulaiman alAsyqar telah membuat kajian dalam Tesis alAzharnya mengenai Niat, adapun dalam hal ini (niat dari sudut Lughawi atau Syar'iy), ada dua aliran besar:
Aliran Pertama:
Niat yg dimaksudkan dalam hadis Umar ini ialah Niat dari perpespektif syara', yakni Qasad yg mengiringi perbuatan atau amalan. Pada asalnya Niat adalah umum tapi syara' mengkhususkannya.
Aliran kedua:
Niat dalam hadis itu kekal dalam maksudnya umum sebagaimana dari aspek Lughawi (bahasa), ia tidak dipindahkan ke dalam bentuk syara'iy. mereka menetapkan Niat adalah amalan hati.
Pandangan Ibn Qayyim alJawzea (w. 751H)
Huruf BA dalam "Innamal A'mal lu BI Niyyat" itu adalah LI ALSABABIYAH menunjukkan SEBAB
Maka maksud dari segi bahasa ialah:
Setiap amal itu disebabkan Niat atau bergantung kepada Niat.
Ia bukan LI AL MUSYABABIYAH yg bermaksud disertai Niat.
Yakni " setiap Amal itu DISERTAI dgn niat." [Zaad alMa'ad: 1/51]
Madzhab Syafi'iy misalnya termasuk dalam Aliran pertama: iaitu mereka melihat Niat dari sudut Syara' atau Li alMusyababiyah yakni setiap Amal hendaklah dibaringi atau disertakan dgn Niat. Sebab itu mereka memberatkan Niat semasa hendak bermulanya ibadah dan ditambah dgn Talaffudz Niat untuk membantu hati berniat.
Kebanyakan ahli hadis dan ahli tahqeeq dalam aliran kedua: Niat itu adalah dari aspek lughawi atau bahasa sahaja.
Dr Umar berkata: Pegangan aliran Niat dari sudut syara'iy atau li musyababiyah adalah aliran yg lemah pegangannya. Ini kerana jika benarlah kefahaman mereka, maka sudah tentu mereka kena berniat dalam semua urusan hidup bukan terhad pada wudhu', solat, zakat dan Haji.
Rumusan:
Maka dalam siri 9 ini kita telah menemui bagaimana terjadinya kekeliruan dan khilafiah serta polemik berpanjangan dalam bab Berniat sebelum Ibadah kerana para fuqaha' telah berselisih dalam takrifan Niat samada dari sudut lughawi atau Syara'iy dan Ibn Qayyim berkata, sebab khusus berlaku kekeliruan itu adalah kalimah BA dalam matan hadis itu.
sekian
Matn Hadis # 1
Dari Umar alKhattab ra" Bahawasanya segala amalan itu adalah dgn NIAT dans etiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yg dia NIATkan.." [Bukhari/kitab Iman; Muslim/kitab Imarah]
tarbiyah dan tasyfiyah
Yahoo! Messenger - Communicate instantly..."Ping" your friends today! Download Messenger Now
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Sponsor |
Get unlimited calls to U.S./Canada |
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.