Sebagaimana diberitakan oleh media massa tempatan dan antarabangsa, di kem Guantanamo, Cuba, telah terjadi penghinaan dan pelecehan terhadap kitab suci umat Islam, al-Quran oleh para penyiasat AS di penjara Guantanamo ketika mereka menjalankan siasatan para tahanan. Tentera AS meletakkan kitab suci al-Quran di tandas dan bahkan dengan sengaja menjatuhkannya ke dalam ‘closet’. Peristiwa ini merupakan penghinaan dan pelecehan terhadap Islam dan umat Islam sedunia. 

 

Sementara itu, pemerintah AS melalui Kementerian Luar Negerinya hanya mengumumkan, bahawa Pentagon akan segera menyiasat kes penghinaan terhadap al-Quran tersebut.  Padahal, penghinaan tersebut bukanlah untuk pertama kali. Tareq Dergoul, 26, warga Inggeris yang dibebaskan dari penjara Guantanamo pada bulan Mac 2004 lalu, mengeluarkan surat terbuka melalui pengacaranya yang berisi tentang tingkahlaku pelecehan yang dilakukan oleh para pegawai penjara Guantanamo terhadap agama Islam dan al-Quran. Para pegawai penjara Guantanamo juga mengolok-olok umat Islam dengan menghina nama Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Disamping itu, mereka memukuli, menyiksa dan memaksa para tahanan untuk melihat gambar-gambar porno. Berulangnya kes serupa menunjukkan bahawa kejadian itu terjadi bukan tanpa sengaja. Tambahpula sejak tragedi 11 September, AS, islamfobia jelas-jelas ditunjukkan oleh para pejabat dan media AS dalam memperlakukan umat Islam.  Bahkan, adanya kesamaan perlakuan AS di Guantanamo dengan di penjara Abu Gharib, Iraq, semakin menggambarkan bahawa tindakan tersebut terjadi secara sistematik dan ter’organisasi’.

 

Wahai kaum Muslim,

 

Realiti seperti itu semakin menjelaskan bahawa :

 

1. Penghargaan terhadap keyakinan agama lain yang selama ini digembar-gemburkan atas nama demokrasi dan hak asasi manusia (HAM) adalah dusta.

2. Dialog antara agama dan antara peradaban hanyalah bualan (omong kosong). Semua ini ditujukan untuk menghambat tampilnya Islam dan umatnya memimpin dunia.  Berbagai peristiwa itu justeru menunjukkan perang peradaban merupakan suatu kepastian. Dan pelecehan al-Quran sebagai kitab suci umat Islam merupakan salah satu wujudnya.

3. Tanpa Khilafah Islamiyah, Islam dan umatnya terus dilecehkan dan dihinakan.  Sebab, tidak ada benteng yang dapat menjaganya.

       

Berdasarkan hal-hal tersebut kita sepatutnya menyatakan :

 

1. Kutukan keras penghinaan dan pelecehan al-Quran di penjara Guantanamo oleh para tentera AS

2. Isu perang melawan terorrisme yang digembar-gemburkan AS hanyalah merupakan salah satu alat mereka untuk menghancurkan Islam dan umatnya

3. Tuntutan para penguasa di negeri-negeri Muslim untuk kembali kepada Islam dengan perpegang teguh kepada al-Quran dan As-Sunnah, lepaskan kesetiaan kepada negara imperialis, serta memutuskan hubungan diplomatik dengan AS dan negara-negara kafir sekutunya yang telah melakukan penghinaan terhadap al-Quran.

4. Seruan kepada kaum Muslim untuk terus menyusun barisan bagi menegakkan syariat Islam dan menyatukan umat Islam dalam naungan Khilafah Islamiyah yang akan menerapkan syariat Islam dan memimpin kaum Muslim melawan negara-negara besar yang menghinakan al-Quran.

 

Wahai kaum Muslim, ingatkanlah firman Allah SWT:

 

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (kami), jika kamu memahaminya. (TQS. Âli ‘Imrân [3]:118).

 

WSL

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




Yahoo! Groups Links

Reply via email to