Qanun Jinayah Syar`iyah

Bahagian 1

Bab 3

Fasal 3: Yang mewajibkan qisas.

 

Perkara 117 : Sebab-sebab menggugurkan hukuman qisas.

7) Dalam kes pembunuhan, jika si pembunuh itu telah berdamai dengan ahli waris orang yang dibunuh untuk membayar diyat, dan ahli waris orang yang dibunuh itu telah bersetuju untuk menerima diyat, maka gugurlah hukuman qisas yang telah dijatuhkan ke atas si pembunuh tadi.

 

[ Manakala dalam undang-undang sekular yang diamalkan dalam negara kita hari ini, khususnya yang berkaitan dengan penal code terutamanya dalam section 302 yang membabitkan kes-kes pembunuhan, tidak ada cara penyelesaian seperti yang disebut dalam perenggan di atas. Memang dalam Kanun Keseksaan, ada kesalahan-kesalahan tertentu boleh dikompaunkan, tetapi ia hanya membabitkan kesalahan-kesalahan yang ringan sahaja. Adapun dalam kesalahan-kesalahan serious seperti section 302 atau 304, ia tidak boleh dikompaunkan. Menurut ust Jailani, ada juga beberapa masalah berlaku apabila orang yang dituduh cuba menyelesaikan kes di luar mahkamah dengan meminta supaya mangsa atau keluarga mangsa menarik balik kes dengan memberi bayaran-bayaran tertentu. Masalah yang akan timbul ialah walaupun telah diberi bayaran-bayaran tertentu supaya mangsa atau keluarga mangsa menarik balik laporan polis, tetapi ia tidak secara automatik berlaku penarikan balik kes sebab kuasa untuk menarik balik kes berada di bawah bidang kuasa “Deputy Public Prosecutor”  (Timbalan Pendakwaraya). Kat Penang ni, pejabat dia kat bangunan Bank Negara. DPP inilah yang akan mengemukakan cadangan bagi menarik balik sesuatu kes kepada mahkamah yang terbabit. Bukannya apa; ana bagitau macam ni sebab dah pernah berlaku si tertuduh telah memberi bayaran tertentu kepada pihak keluarga mangsa, dan pihak keluarga mangsa bersetuju untuk menarik balik kes, tetapi masalah timbul apabila tidak mendapat persetujuan daripada pejabat DPP.

Nampak tak tuan-tuan perbezaan antara undang-undang Islam dan sekular dalam membabitkan compoundable offences. Dalam Islam, walaupun kes pembunuhan dilihat sebagai kes besar, tetapi ia boleh diselesaikan melalui bayaran. Ya memang kes bunuh adalah kes besar tapi ia bukan di bawah hudud, sebaliknya ia di bawah qisas. Bila sebut qisas, maknanya kuasa mutlak untuk melaksanakan hukuman itu diberi oleh hukum syara` kepada keluarga mangsa, bukannya pemerintah. Inilah perbezaan yang ketara antara undang-undang Islam dan undang-undang sekular. ]  

 

Perkara 118 : Sebab-sebab yang membebaskan dari hukuman qisas.

Seseorang yang melakukan pembunuhan boleh dibebaskan dari hukuman qisas disebabkan perkara-perkara yang berikut:

1) Orang yang dibunuh adalah anak dari orang yang membunuh hingga ke bawah (cucu).

 

[ Ini berdasarkan hadith yang pernah kita baca dulu. Di mana Nabi saw sebut, “Kamu dan harta kamu, milik ayah kamu.”…Tetapi bukan bermakna, si ayah/ibu boleh sewenang-wenangnya pi bunuh anak-pinak dia. Tak boleh. Seperti juga hudud, walaupun qisas juga tertolak dalam masalah macam ni, tapi ia tetap berdosa besar. Hukuman ta`zir boleh dikenakan. Bagaimana bentuk hukuman yang hendak dikenakan?…Ia terpulang kepada kebijaksanaan pemerintah. ]                       

 

2) Orang yang dibunuh tidak sedarjat dengan si pembunuh dalam perkara agama dan kemerdekaan.

 

[ Ini juga adalah ulangan apa yang kita dah mengaji dulu. Kalau orang Islam bunuh orang kafir, itu tidak dikira sebagai satu darjat. Cumanya kita kena tau beza antara kafir zimmi dan kafir harbi. Begitulah juga kalau berlaku kes orang yang merdeka pi bunuh orang yang berstatus hamba. Ini juga tidak dikira sebagai satu darjat, maka tidak boleh dikenakan hukuman qisas. Walaupun begitu, orang Islam sama sekali tidak dibenarkan membunuh orang bukan Islam atau hamba dengan sewenang-wenangnya sebab hukumnya adalah haram dan berdosa besar.

Sebab itu, apa yang berlaku di London, kita tak bersetuju. Dan kita juga tidak bersetuju dengan kenyataan Tony Blair yang berada di Scotland ketika kejadian itu berlaku, secara sembrono terus menuduh orang Islam yang melakukannya. Sehingga ke hari ini, beliau bersama barat masih tidak dapat lagi menyelesaikan isu-isu yang boleh meyakinkan masyarakat antarabangsa bahwa tuduhan terus dilemparkan kepada orang-orang Islam adalah tepat. Ini yang kata hipokrat tu tuan-tuan. Apa sahaja yang berlaku di dunia barat, semuanya terus dikaitkan dengan golongan yang disebut sebagai “pelampau Islam”. Tetapi yang menghairankan kita, apabila orang-orang yahudi membunuh orang-orang Islam, tidak pula disebut sebagai “pelampau yahudi”. Sepertimana yang berlaku di khemah pelarian Sabra-Shatilla pada tahun 1982, kita masih ingat bagaimana golongan Phalangist kristian bersama-sama tentera Israel telah menyembelih ribuan orang Islam Palestin; kenapa tidak digunakan istilah “pelampau kristian” kepada golongan phalangist tersebut?…Apabila golongan yahudi atau kristian membunuh, kenapa tidak dikaitkan dengan agama mereka?…Sedangkan kalau golongan Islam, terus dikekalkan istilah “pelampau Islam”. Ini yang kata berat sebelah tu tuan-tuan. Tapi walaupun jelas barat menunjukkan sikap biasnya, itu pun, ada juga orang Islam yang percaya berita dari sumber-sumber barat.

Sedangkan kalau kita tengok komen dalam Daily Mirror (akhbar omputih sendiri), mereka telah mempertikaikan laporan-laporan yang dikeluarkan oleh akhbar-akhbar lain di Britain berkenaan kejadian pengeboman pada  7 Julai 2005 hari tu. Berikut adalah antara komen mereka:

i) tentang 4 orang rakyat Britain berketurunan Pakistan yang disyaki sebagai pengebom berani mati. Daily Mirror komen, atas bukti apa 4 orang berbangsa Pakistan itu dituduh?…Sedangkan kalau diteliti dari segi circumstantial evidence, menunjukkan ada banyak keraguan. Contohnya, kenapa keempat-empat tertuduh itu parking kereta masing-masing di tempat parking yang berkupon?…Masih bolehkah mereka mematuhi undang-undang parking walaupun dah tahu mereka akan mati sebentar lagi?…Ini persoalannya tuan-tuan. Ditambah lagi, mereka beli tiket ulang-alik pula tu. Adaka orang yang tau depa akan mati satgi, boleh beli tiket pakej ulang-alik?…Inilah yang dipertikaikan oleh daily Mirror.

ii) Kemudian yang dipertikaikan lagi ialah bagaimana keempat-empat orang yang dituduh itu boleh membuat bom yang sebegitu canggih, berteknologi tinggi, yang hanya mampu dibuat oleh sebuah industri yang sepatutnya mempunyai specifikasi khusus untuk membuat bom?

iii) Kenapa bom tersebut menggunakan jangka-masa dan diletakkan dalam beg?…Sedangkan kita tahu bahwa pengebom berani mati tidak menggunakan bom jangka-masa. Sebaliknya mereka mengikat bom-bom di sekeliling tubuh mereka dan meletupkan dengan diri mereka sekali.

Inilah antara persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh Daily Mirror yang mengkritik tuduhan kerajaan British kepada golongan pelampau Islam. Sebab itu tuan-tuan kita jangan mudah terpedaya dengan tuduhan-tuduhan melulu yang dilemparkan kepada Islam sebab golongan yahudi/nasara ini mereka mempunyai agenda-agenda yang sempurna untuk mengaitkan orang-orang Islam supaya Islam itu sendiri dibenci. Dan terbukti selepas kejadian pengeboman tersebut, dilaporkan bahwa masjid-masjid dan pusat-pusat Islam di New Zealand, di Belanda,  di UK sendiri, dan di US telah diserang, dimaki hamun dan dibenci. Inilah sebenarnya matlamat golongan yahudi/nasara, sebab mereka dah nampak bahwa Islam semakin berkembang di Eropah especially di UK. Dengan tertubuhnya IBB (Islamic Bank of Britain) menunjukkan bahwa umat Islam mulai diterima di UK. Maknanya, sistem perbankan Islam dan sistem ekonomi Islam semakin diyakini oleh orang-orang bukan Islam. Ditambah lagi, dengan berlangsungnya suatu simposium yang dianjurkan oleh sebuah intitusi pendidikan di Rotterdam Belanda dan kemudiannya ke Jerman, ini memperlihatkan ke arah akan mewujudkan perbankan Islam di kedua-dua negara tersebut. Ini dia tuan-tuan. Bab ekonomi jangan buat main dengan kuffar tuan-tuan. Inilah kegelisahan sebenar yang sedang dialami oleh yahudi dan nasara. Mereka cukup takut dengan perkembangan tersebut. Mereka tidak nampak jalan lain melainkan melakukan sabotaj ke atas perkembangan Islam di Eropah. Inilah kemungkinan susulan berlakunya peristiwa pengeboman di Britain yang amat mengecewakan dunia Islam keseluruhannya.

Sebab itu tuan-tuan, kita percaya bahwa apa yang berlaku di Britain adalah suatu rancangan jahat golongan bukan Islam untuk mencemarkan nama Islam sekaligus membangkitkan kebencian orang-orang bukan Islam kepada umat Islam.

Tadi kita cerita di Britain dengan perancangan jahat golongan yahudi dan nasara. Sekarang kita tengok pula proxy mereka yang ada di tanahair kita sendiri. Mereka menggunakan ISA sebagai senjata untuk menghadapi apa yang dipanggil sebagai “golongan pelampau Islam”. Contohnya, mari kita lihat rintihan seorang pelajar yang sedang ditahan di bawah sistem kejam tersebut. Tulisan beliau telah disiarkan melalui peguamnya. Kisah beliau bermula apabila start belajar di Pakistan, dan ditangkap oleh agensi perisikan pusat Amerika (CIA) dan dibawa terbang ke suatu lokasi yang tidak diketahui dalam keadaan mata ditutup. Kemudiannya selepas enam bulan, beliau dibebaskan dan dihantar kembali ke M`sia. Diingatnya ini mungkin titik permulaan untuk merasai kebebasan, tetapi rupa-rupanya tanpa sebab yang munasabah dia ditahan semula sebaik menjijakkan kaki ke M`sia. Dia ditahan di bawah ISA selama dua tahun. Selepas tamat tempoh dua tahun, dia ingat mungkin dibebaskan tetapi rupa-rupanya tidak juga, malah dilanjutkan lagi selama dua tahun atas sebab yang dia sendiri tak tahu apa yang telah dia lakukan. Dalam rintihannya itu, dia mengatakan bahwa apa yang ada di M`sia lebih teruk dari apa yang dilakukan oleh Amerika. Ini yang kita tak faham tuan-tuan. Kenapakah benda begini berlaku kepada seorang pelajar hanya semata-mata kerana dia belajar di Pakistan ka?…Adakah dia boleh menjejaskan keselamatan negara?…Tidak terbukti pun. Sedangkan orang yang jelas terbukti boleh menjejaskan keselamatan negara, tidak pula ditangkap. Sapa lagi tuan-tuan kalau bukan ayah pin si murtad tu. Sehingga saat ana tulis ini, dia masih belum ditangkap. Persoalan yang dipertikaikan ialah apabila pihak berkuasa mengatakan bahwa mereka hanya tangkap pengikut ayah pin dulu sebab nak himpun maklumat tentang ketua mereka itu. Heran kita tuan-tuan dengan statement macam tu. Pernah tak kita dengar polis buat press conference kata, “Kami tangkap anak-anak buah perompak ni dulu untuk himpun maklumat tentang ketua perompak.”?…Pernah tak tuan-tuan dengar macam tu?…Mana ada. Menurut ust Jailani yang berpengalaman dalam situasi macam ni, beliau kata bahwa sepanjang penglibatannya dalam kes-kes jenayah seperti dadah, bunuh dan sebagainya, kalau polis nak tangkap, depa akan tangkap semua dulu kemudian baru cari bukti. Polis tangkap dulu orang yang disyaki, kemudian bawa ke mahkamah untuk minta direman di bawah reman proceeding section 117 kanun keseksaan. Apabila peguambela tanya, “Kenapa ditahan sampai 14 hari?”, misalannya. Selalunya alasan polis, depa bagitau untuk nak kumpul bukti. Nampak tak tuan-tuan apa yang cuba ana nak bagitau?…Jadi persoalannya sekarang, kenapa dalam kes dadah, suspek boleh ditahan dulu?…Begitu juga dalam kes bunuh, kes rogol, kes curi dan sebagainya. Kenapa dalam kes-kes yang kita mention tadi, boleh ditangkap dulu suspek kemudian baru cari bukti; sedangkan kes murtad ayah pin, dia jadi terbalik pula?…Kenapa ayah pin masih dibiarkan, siap boleh diinterview lagi oleh pihak akhbar?…Bila kita tanya polis, “Awat tak tangkap lagi si murtad tu?”…Polis kata, “Itu di bawah kuasa kerajaan negeri.”…Kemudian bila kita tanya pula kat kerajaan negeri, exco kerajaan negeri T`ganu kata, “Oh, itu bukan kuasa kerajaan negeri. Ia di bawah kuasa polis.”…Last sekali bila tanya kat menteri, menteri kata, “Dua-dua tu ada kuasa.”…Tak pening ka macam tu tuan-tuan?…Depa dok main acilot dengan kita. Bukannya apa tuan-tuan, sebenarnya depa (baca: kerajaan bn t`ganu) tidak ada kesungguhan nak settlekan perkara ni, walaupun kita semua sedia-maklum bahwa undang-undang tidak menyebelahi pihak yang mendakwa dalam kes murtad.

Menurut ust Jailani, dalam masalah murtad, mahkamah syariah negeri P.Pinang patut diberi pujian. Bila terima maklumat ada orang nak isytihar keluar dari agama Islam untuk masuk agama lain, orang yang berjawatan tinggi di mahkamah syariah akan cuba melengah-lengahkan proses kemurtadan si pemohon tersebut. Ini saja jalan yang kita ada tuan-tuan sebab undang-undang yang ada memang tidak menyebelahi kita. Bila si pemohon datang, pelbagai alasan yang diberi untuk menyusahkan dia. Ini saja jalan untuk menghalang dari jadi murtad, walaupun sebenarnya si pemohon tu dah murtad. Cerita murtad ni, kalau hang niat nak murtad, kira murtad dah la tu walaupun belum register. Cumanya yang ana nak bagitau ialah bagaimana usaha kita untuk menghalang daripada perkara macam ini merebak. Kita tak mau proses pertukaran agama dipermudahkan. So, bagi orang yang ada kuasa, gunakanlah kuasa anda setakat mana kemampuan anda untuk menghalang fenomena ini dari terus berlaku.

Berbalik kepada isu ayah pin tadi. Tuan-tuan percaya tak sejak ayah pin declare murtad pada tahun 1998 sehinggalah sekarang, pihak pemerintah kata tak cukup maklumat lagi?….Ana tak percaya tuan-tuan. Pada tahun 2001 sewaktu Pas memerintah T`ganu, ayah pin dah pun dipenjarakan dan pengikut-pengikutnya telah diberi kaunseling. Waktu itu dilihat seolah-olah mereka dah bertaubat, tetapi rupa-rupanya tobat sambal belacan. Bila Pas jatuh, Bn naik, mereka kembali aktif. Dah dipenjara pun, boleh kata tak cukup maklumat lagi ka?…Yang hairannya, pelajar yang dibubuh dalam ISA tu depa kata cukup maklumat untuk dia ditahan. Tapi bila kita tanya, “Awat tak charge pelajar tu di mahkamah kalau hangpa kata cukup maklumat?”…Depa pun kelencong kata, “Pasai tak cukup bukti.”….Nampak tak tuan-tuan, alaaah macam cerita Joe Fernandez dulu la tuan-tuan. Ingat tak Tun Dr Mahathir kata apa bila ditanya kenapa orang yang disyaki tu ditahan di bawah ISA, tidak dicharge di mahkamah di bawah section 302 kerana kesalahan sengaja membunuh?…Dr Mahathir jawab, “Kerana tidak ada bukti.”…Tak ke pelik macam tu tuan-tuan?…Inilah dia masalah yang ada dalam masyarakat kita hari ini, yang memerlukan renungan dari setiap lapisan masyarakat yang ada dalam negara kita.

Bila sebut pasai “masalah”, memang negara kita menghadapi banyak masalah sekarang ni tuan-tuan. Statistik pengangguran semakin meningkat. Ramai orang yang takdak kerja hari ini tuan-tuan. Sedangkan yang rakus menghimpun kekayaan, hanya 1-2 golongan sahaja. Dalam kes AP (Access Permit) baru-baru ni, kita boleh lihat dari jumlah AP yang berpuluh ribu tu, semua nama-nama hat ada “datuk” saja yang dapat. Kesemua mereka merupakan wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua bahagian dalam umno. Tu dia tuan-tuan. Ana tak payah sebutlah nama-nama depa pasai hangpa semua dah tau. Dalam paper dah terpampang nama-nama depa. So no wonder lah, dalam PR tahun lalu, ramai pakat berebut nak jadi calon. Pasai ini rupanya. Sampai ada sorang Ketua Menteri sakit terketaq-ketaq pun, tak sanggup nak lepaskan jawatan lagi. Pasai nilah rupanya. Ini yang jadi masalahnya tuan-tuan, apabila jawatan politik sudah dianggap sebagai tempat untuk mendapat kemewahan dan kesenangan. Bukannya apa tuan-tuan, kita bukan dengki tengok orang Islam lain kaya, tetapi yang menjadi persoalannya ialah kenapa tidak diagihkan AP tu dengan sama rata?…Orang lain pun nak peluang jadi kaya juga. Tapi kalau muka macam kita nak pi minta AP, tuan-tuan ingat boleh dapat ka?…Takdak aih! Elok sua muka kat pejabat, orang dah halau pasai kita ni sapa. Fenomena macam inilah yang kita tak mau. ]

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke