----- Original Message -----
From: Ridzwani Lidam
---------- Forwarded message ---------- From: Jamiah Suseno <[EMAIL PROTECTED]> JERNIH JIWA WALAU TERCABAR
SAHABAT Anas bin Malik meriwayatkan kisahnya bersama Rasulullah saw yang menginsafkan. Muncul seorang Badwi (kaum berpindah-randah di gurun dan lazimnya agak keras tingkah lakunya) dari arah belakang dan terus menarik jubah Rasulullah. Anas berkata: 'Aku terpandang bekas merah di leher Rasulullah dek kuatnya tarikan tadi.' Badwi itu berkata: 'Wahai Muhammad, beri aku sebahagian daripada kekayaan Allah yang ada di tanganmu.' Rasulullah kemudian menoleh kepada Anas, sambil tersenyum meminta sahabatnya memberi Badwi itu wang. Sebagai insan kamil (terbaik), akhlak Rasulullah seindah Al-Quran. Beliau tidak pernah membalas keburukan orang dengan keburukan. Walaupun dihina, baginda tidak cepat marah atau sakit hati, tetapi mendoakan kebaikan penghinanya. Inilah suri teladan yang harus diikuti oleh umat Islam, walaupun amat berat iaitu berlapang dada, sanggup tersenyum dan berfikiran jernih walaupun pada detik sukar. Kini dengan kehidupan moden, ramai daripada kita sering sukar berlapang dada, sukar senyum walaupun ia satu sedekah. Bahkan sukar kita berfikiran jernih untuk mengatasi masalah. Sebaliknya, hati kita sering dijerut ketakutan, iri hati dan pelbagai perasaan negatif. Rasulullah saw mengingatkan umatnya bahawa dalam diri insan ada seketul daging. Baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh, begitu juga sebaliknya. Daging itu disebut hati. Para saintis berkata ada semacam daging kecil di sebalik perut. Ia mempunyai pelbagai saraf yang dapat mengawal pencernaan makanan, aliran darah dan hormon serta resa (mood) seseorang. Ia sering disebut gut. Kita berfikiran buruk atau negatif mungkin kerana:
Malah, pelbagai faktor lain boleh dideretkan. Namun, Rasulullah saw mengajar kita betapa semua ini boleh dikikis atau dikeluarkan sebagai sampah atau kotoran. Bagaimana caranya?
====================================================================================================================================
'Nay, seek (Allah's) help with patient perseverance and prayer: it is indeed hard, except to those who bring a lowly spirit,' Al Baqarah ayat 45 Wassalam p/s: Archive posting & articles can be found at http://groups.yahoo.com/group/Renungan_Iktibar/ Jazzak Allahu Khairan ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] YAHOO! GROUPS LINKS
__________________________________________________ |