Sampah sarap berupa batang-batang kayu memenuhi Sungai Rajang sejak semalam. 
Ratusan ribu padu balak dan sisa kayu yang kini memenuhi sepanjang 50 kilometer 
Sungai Rejang di Sarawak. Kejadian ini adalah kali ketiga berlaku. Timbunan 
sampah kayu dan balak menyekat laluan pengangkutan di sungai.

Kejadian yang terjadi pada 7th Oct 2010 di sungai rejang hanya merupakan 
gambaran kecil kepada apa yang boleh berlaku jika keadaan tidak dikawal.  Lagi 
laporan bergambar di 
http://jos010.blogspot.com/2010/10/inikah-erti-pembangunan.html  dan di 
http://www.youtube.com/watch?v=9zi8eDj2Sxk&feature=related 

Sungai Rejang tercemar tahap gaban
SIBU, 8 Okt (Bernama) — Sampah sarap berupa batang-batang kayu memenuhi Sungai 
Rajang sejak semalam.

Menurut Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Seri Wong Soon 
Koh, perkara tersebut mungkin berpunca daripada kerja-kerja pembukaan tanah dan 
aktiviti pembalakan, tanah runtuh dan hakisan yang dibantu dengan hujan lebat 
yang menyebabkan banjir dan menghayutkan kayu-kayu tersebut.

“Empangan Bakun turut menangguhkan latihan membendung pengairannya yang 
dijadual minggu ini ekoran hujan lebat dan tindakan tersebut bukan penyebab 
kepada keadaan batang-batang memenuhi Sungai Rajang,” katanya.

Beliau berkata Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Lembaga Sungai 
Sarawak sedang mengkaji punca fenomena itu di kawasan pedalaman Balleh di 
Bahagian Kapit.

Penduduk Sibu hari ini terkejut melihat banyak batang-batang kayu hanyut di 
dalam Sungai Rajang yang melalui hadapan bandar berkenaan, sehinggakan 
perkhidmatan bot penumpang ke Kanowit, Song dan Kapit tergendala atau 
dibatalkan. – BERNAMA

http://sarawakupdate.com/home/berita/sungai-rejang-tercemar-tahap-gaban/ 

Bencana Sungai Rejang Akibat Ketamakan Pemimpin BN Sarawak  
Suara Keadilan

BINTULU 12 Okt - Ratusan ribu padu balak dan sisa kayu yang kini memenuhi 
sepanjang 50 kilometer Sungai Rejang di Sarawak adalah akibat ketamakan 
pimpinan Barisan Nasional yang secara sistematik merompak hasil perhutanan di 
negeri itu sejak hampir 50 tahun.

Lebih menyedihkan punca bencana alam ini dipercayai disebabkan oleh pembalakan 
secara besar-besaran di kawasan seluas Singapura bagi projek hidrolektrik Bakun 
oleh syarikat pembalakan yang menjadi kroni dan mempunyai hubungan rapat dengan 
pimpinan BN Sarawak di bawah Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.

Menurut seorang penulis blog, Calvin Jemarang yang mengendali blog 
www.bintulu.org , tragedi dahsyat yang menimpa sistem ekologi sungai serta alam 
sekitar di sungai terpanjang dan terbesar di Sarawak itu berlaku bagi kali 
ketiga.

"Saya pertikaikan kenyataan Ketua Menteri yang mengatakan kejadian ini adalah 
yang pertama kali berlaku di Sarawak. Bagaimanapun Menteri Pembangunan Tanah, 
Datuk Seri Dr James Masing dilaporkan dalam media sebagai berkata kejadian ini 
adalah kali ketiga  berlaku. Pertama adalah pada tahun 2008 di Nangga (Kuala) 
Sg Gat dan Tutoh Apoh pada tahun lepas.

"Kejadian di Sungai Rejang ini adalah yang terburuk dan membuktikan dengan 
jelas kegagalan pengurusan hutan di Sarawak yang dikaitkan dengan ketamakan 
seorang pemimpin itu Tan Sri Taib Mahmud," kata Calvin kepada Suara Keadilan.

Calvin berkata timbunan sampah kayu dan balak yang menyekat laluan pengangkutan 
di sungai seluas satu kilometer itu telah memberi kesan amat mendalam ke atas 
ratusan ribu rakyat negeri itu yang bergantung hidup kepada Sungai Rejang.

"Kehidupan penduduk disepanjang sungai ini terganggu kerana aktiviti harian 
mencari rezeki, perniagaan dan pengangkutan terhenti sama sekali. Bot-bot 
ekspres tidak langsung boleh melalui jalan air menyebabkan ribuan penduduk 
terkandas dan anak-anak tidak boleh ke sekolah. Bekalan makanan dan 
penghantaran barangan dan logistik juga tidak beroperasi sama sekali.

"Ratusan ribu ikan yang berharga seperti empurau, kelah dan patin juga musnah 
disebabkan kemusnahan habitat mereka hasil penurunan tahap oksigen di dalam 
air," jelas beliau lagi.

Kematian ribuan ikan empurau yang mencapai harga sehingga RM800 sekilo telah 
menjejaskan pendapatan nelayan tempatan.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Pusat, Datuk Dr Tan Kee 
Kwong, Ketua Menteri Sarawak perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap 
malapetaka yang menimpa Sungai Rejang.

"Beliau pergi ke Universiti Oxford beberapa bulan lalu dan diberi gelaran 'Bapa 
Alam Sekitar Sarawak' tetapi lihat apa yang berlaku di bawah pentadbirannya.

"Keadaan ini amat menyedihkan dan saya menyeru rakyat Sarawak supaya berfikir 
secara mendalam apa yang sedang berlaku demi masa depan anak-anak. Buatlah 
keputusan yang terbaik bagi Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang," 
tegas Dr Tan yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi. 

http://suara-keadilan.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=148:bencana-sungai-rejang-akibat-ketamakan-pemimpin-bn-sarawak&catid=2:terkini&Itemid=2
 

Friday October 8, 2010
River disaster hits Sarawak

SIBU: A major environmental disaster is unfolding in the state, as kilometre 
after kilometre of logs and wood debris flow down the Rajang.

It was believed that heavy rain in the upper reaches of Balleh River – a 
tributary of the Rajang – had caused landslides at log ponds of a major timber 
camp and brought down the logs and wood debris.

Kapit businessman Tay Hock Joo, who telephoned The Star in Sibu yesterday 
evening, said nobody in Kapit had ever seen such an occurrence before.

He said the residents first noticed the debris at about 1pm.
 
Environmental catastrophe: Tonnes of logs and wood debris drifting down the 
mighty Rajang River near Kapit Thursday, temporarily trapping a ferry and its 
passengers.
 
River transport was cut off when logs and debris started filling the entire 
width of the river by 4pm.

At 7.30pm, the debris was reported to have reached Song and was expected to hit 
Sibu early in the morning.

Sibu residents are worried by the extent of damage the logs and wood debris 
would cause to their properties such as jetties and boats.

“We are also worried whether the foundation of the Durin and Lanang bridges are 
strong enough to withstand the pressure,” said Sibu resident Simon Ting.

Meanwhile, several government officials said the authorities were unprepared 
for such an incident as it had never happened before and they also did not have 
the capacity to stop the wood from flowing downstream towards Sibu.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/8/nation/7186693&sec=nation 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.comyahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke