Salam~ Ingin berkongsi berita yang saya akan bermusafir ke Karachi, Pakistan selama seminggu untuk beberapa matlamat:(1) melaksanakan sekurang-kurangnya 18 telaga yang diwakafkan di tempat-tempat strategik di sana (kawasan bekas banjir, kawasan kontang, kawasan di mana air terpaksa dibeli oleh orang miskin kerana 'ceti' mempunyai telaga dll).(2) melihat-lihat peluang ber'network' dengan orang sana di dalam pelbagai hal.(3) bertemu dengan konsular Malaysia di Karachi untuk tujuan public relation. Sebenarnya saya tidaklah mahu ke sana terlalu lama, namun apakan daya, tiket tak ada yang available mengikut kehendak saya. Sebenarnya kalau 5 hari saya rasa sudah cukup, tapi adalah hikmahnya tu nanti, insyaALlah ameen. Disebabkan saya hanya ke sana hanya untuk melaksanakan program konstruksi telaga, tentunya saya akan ada banyak masa untuk kerja-kerja lain. Silap saya kerana fokus ke telaga sahaja, maka selama seminggu itu kerja saya buat telaga ajelah... :-) Trip saya ke Pakistan ini dibiayai oleh sebahagiannya kos pengurusan telaga tersebut. Budget is very tight sebab lama kat sana. Oleh itu, bagi pihak ACT Malaysia, kami ingin bertanya kepada yang mampu sudikah kiranya anda berkongsi saham kerja-kerja kebajikan ini dengan menaja:(1) Tambang pesawat: RM 2,100(2) Penginapan: est. RM 1,500 (most likely kurang, sebab saya minta tinggal di ofis mereka sahaja pada hari ke 2 dan seterusnya. but we never know their actual plan until sampai sana).(3) Makan-minum dan transportation. Make it dalam RM 1,000.Tidaklah kami mengharapkan sahabat-sahabat untuk meng'cover' yang besar-besar tu. Maybe a portion pun ok, insyaAllah bolehlah mengurangkan beban kami. Potensi Cost over-run. Sebab ini pertama kali saya ke sana, saya akan expect banyak perubahan dari apa yang dirancangkan. Ini perkara biasa kerja-kerja macam ni. Kita faham lain, depa faham kot lain. Tapi kadang-kadang ada yang realistik juga. Contohnya, dalam pembinaan telaga. Munkin sahaja kosnya akan 'over-run' sebab kalau mengikut cerita dari mereka, di sesetengah tempat, kita kena buat water tank (tangki air) juga, so kenalah tambah kos. Itulah sebabnya saya minta bantuan dari NGO-NGO lain agar dapat membantu dengan menggunakan dana sumbangan dari masyarakat untuk contohnya membuat 'tangki air' dan sebagainya. Tentunya credit tersebut tidak akan ACT Malaysia 'kemut' dan tentulah nama donor yang dihighlightkan dan pihak kami di belakang sahaja. Yang paling penting, ada orang yang diberi bantuan. Allah Maha Kaya dan Maha Mengasihani. Hasbunallahu Wani'kmal wakiil. Kalau sesiapa pun di dalam dunia ni nak menghalang sesuatu, tanpa izin Allah ianya tidak akan terhalang. Begitu juga kalau sesiapa pun di dalam dunia ini ingin melakukan sesuatu, tanpa izin Allah ianya tidak akan terjadi. Seperti biasa saya akan pergi seorang diri sahaja. Saya dah biasa. Memang akan terasa kesunyiannya apabila di sana selama seminggu. Itulah sebabnya saya tercari-cari aktiviti supaya menyibukkan diri. Tiada sesiapa yang akan menghantar ke airport kecuali isteri. Munkin nak pegang banner bila bergambar pun susah sebab sorang aje... :-). Risiko ke Karachi tetap ada. Keselamatan dan kesihatan adalah yang paling penting. Tidak perlulah saya ulas isu ini di Karachi kerana berita tentang keadaan di sana memang sudah diketahui umum. Di sana nanti saya akan bergabung dengan NGO Karachi Team. Ini adalah pasukan orang-orang yang professional yang prihatin. Saya dirujuk kepada kumpulan ini oleh sahabat saya Fazrul. Jazakumullahukhairaan kathiira Fazrul. Group ni muda, energetic, tak sombong, tak prejudis, dan mudah berurusan. Alhamdulillah. Kepada sahabat-sahabat yang mengenali saya, doakan segalanya lancar, selamat pergi dan pulang dan dijaga Allah SWT keluarga saya selama saya bemusafir, ameen. Wasaalam~.
Dato' Hj. Mustafa Kamal bin Mohd Zaini (hp: 019-2149345) President, ACT Malaysia www.actmalaysia.org.my PROJEK-PROJEK 1431 HIJRAH iniProjek Al-B.I.R. (Bantuan Iftar Ramadan) http://al-bir3.blogspot.comLaporan tahun lalu 1430 Hijrah: http://al-bir2.blogspot.com/Projek QURBAN FOR HUMANITY & SOLIDARITY (QHS) 1431 Hijrah.http://qurbanact.blogspot.com/ Akaun Bank: AKSI CEPAT TANGGAP (M) BERHAD. Maybank: 562142713126 l Untuk projek sumur, layari blog www.sumuract.blogspot.com