Mungkin ramai yang tidak setuju dan merasa pelik, kenapa Malaysia perlu 
meneruskan program menghantar angkasawan ke angkasa lepas. Ianya penting untuk 
memajukan industri angkasa lepas dan aero angkasa negara ini. Saya dimaklumkan 
terdapat alternatif lain di mana kos misi ini hanyalah di antara 0.5% hingga 1% 
daripada misi ISS.

Kalau program ISS mungkin memerlukan RM 100 Juta untuk menghantar angkasawan 
kedua negara ke angkasa lepas,  alternatif lain hanya memerlukan antara RM 0.5 
juta ke RM 1 juta sahaja.

Adakah kenyataan ini main-main ? Tidak. Sila cari sendiri bagaimana kita boleh 
menghantar angkasawan dengan cara yang murah. Kalau tak tahu, tanya mereka yang 
berkecimpung di bidang aero angkasa, atau sila buat search di internet , kata 
kuncinya ialah Virgin Galactic.


Harian Metro 18 Okt 2010 
Program Angkasawan Kedua Negara tangguh

KUCHING: Program Angkasawan Kedua Negara terpaksa ditangguhkan kerana tumpuan 
utama peruntukan kewangan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) adalah 
untuk 12 projek di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang sedang 
dilaksanakan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, 
peruntukan spesifik tidak diberikan untuk program terbabit dalam RMK10, namun 
ia tetap diteruskan sebaik kerajaan berpuas hati dengan pencapaian semua 
sasaran di bawah NKRA.

“Kini fokus kerajaan untuk memastikan kejayaan NKRA yang antara lain bertujuan 
merapatkan jurang di antara wilayah, kesejahteraan masyarakat dan membangunkan 
ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi. “Jika dalam lima tahun ini ekonomi 
negara bertambah baik, diharapkan program Angkasawan Kedua Negara diteruskan 
kerana kerajaan tidak berhasrat membatalkannya,” katanya pada sidang akhbar 
selepas majlis Promosi Karnival Malaysia Inovatif 2010 di Tebingan Kuching di 
sini, semalam. Kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 
sebelum ini merancang menghantar angkasawan kedua Malaysia antara 2010 atau 
2011 dan antara nama disebut adalah Mejar Dr Faiz Khaleed.

Selain itu, katanya, program dan aktiviti mengenai angkasa lepas terutamanya di 
kalangan pelajar masih berjalan dengan sokongan berterusan kementerian kerana 
ia penting bagi mencambahkan minat di kalangan orang ramai termasuk memastikan 
minat terhadap bidang ini tidak hilang.

“Malah, pada Karnival Malaysia Inovatif ini kami akan menganjurkan Larian 
Angkasawan-Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, di mana pemenangnya 
berpeluang menyertai program latihan angkasawan di Amerika Syarikat atau 
Rusia,” katanya.


Sementara itu, katanya, Karnival Malaysia Inovatif 2010 diadakan bagi memupuk 
budaya kreativiti dan inovasi di kalangan rakyat khususnya di negeri Sarawak, 
seperti dilakukan di beberapa zon di seluruh negara termasuk di Kota Kinabalu; 
Zon Timur, Zon Tengah, Zon Utara dan Selatan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20101018013040/Article/index_html 

Utusan Malaysia 19 Apr 2010 
Nasib Program Angkasawan Malaysia kedua

PROGRAM Angkasawan Malaysia iaitu misi untuk menghantar rakyat Malaysia pertama 
ke angkasa lepas tidak pernah sunyi menerima kritikan dan teguran sehingga ke 
hari ini walaupun Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah berjaya 
melaksanakan amanah tersebut dengan cemerlang sekali. 

Teguran lebih banyak berkisar kepada soal pembaziran wang dan masa kerana 
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Negara 
(Angkasa) dituduh tidak menumpukan kepada soal pokok apabila berhadapan dengan 
isu sains angkasa. 

Belum sempat Parlimen bersidang hujung April ini, isu sensitif itu telah mula 
kembali menjadi panas. Persidangan Parlimen kali ini dijangka membangkitkan isu 
pelaksanaan program tersebut bukan sahaja kerana ramai ahli Yang Berhormat (YB) 
muka baru, tetapi apa yang lebih penting adalah MOSTI juga diterajui oleh 
menteri baru. 

Jangkaan bergolaknya isu angkasawan ini timbul kerana minggu lepas Datuk Dr. 
Maximus Johnity Ongkili membuat kenyataan bahawa kajian mengenai Program 
Angkasawan Malaysia sedang dilaksanakan untuk menilai kembali buruk baik 
pelaksanaan program tersebut.

Memang benar kos penyertaan Dr. Sheikh Muszaphar ke Stesen Angkasa Lepas 
Antarabangsa (ISS) tidak melibatkan wang rakyat secara langsung kerana dibiayai 
melalui program timbal balas pembelian pesawat pejuang Sukhoi SU-30, tetapi kos 
sampingan telah menelan belanja yang bukan sedikit. 

Ada juga yang membuat teguran bahawa MOSTI yang terlalu memberi tumpuan kepada 
Program Angkasawan, telah lalai dalam tanggungjawab memajukan lagi penyelidikan 
berkaitan dengan sains angkasa. 

Tetapi apabila Dr. Sheikh Muszaphar sendiri yang membuat teguran dengan saranan 
supaya dihentikan buat sementara waktu misi penghantaran angkasawan kedua, 
kenyataan sedemikian rupa sudah tentu akan menarik perhatian orang ramai. 

Ramai yang sudah tentu akan tertanya-tanya adakah kerana misi angkasawan 
pertama kurang berjaya mencapai objektif yang disasarkan, membuatkan beliau 
meragui keberkesanan menghantar angkasawan kedua, adalah tidak jauh dari 
kebenaran. Malah Dr. Maximus sendiri telah memberi reaksi dengan menyatakan 
kerajaan akan menimbang saranan angkasawan pertama Malaysia itu.

Begitu ironis sekali apabila angkasawan pertama Malaysia membuat cadangan 
supaya kerajaan perlu kembali semula kepada usaha memberi perhatian pada 
pendidikan bidang angkasa dan menggemblengkan usaha menarik minat golongan 
muda. 

Ironis kerana jika diteliti tafsiran kenyataan tersebut ia membawa maksud 
objektif utama Program Angkasawan Malaysia telah gagal dicapai. Lebih menarik 
lagi apabila beliau berhujah dengan kos penghantaran angkasawan kedua yang akan 
menelan belanja RM100 juta, adalah lebih berbaloi wang sebanyak itu 
dibelanjakan terhadap aktiviti akar umbi sains angkasa. 

Isu penghantaran angkasawan ke angkasa adalah satu perkara yang agak sensitif 
kerana ia melibatkan perbelanjaan yang begitu besar tidak kira bagi negara yang 
sudah maju ke hadapan dalam bidang sains angkasa seperti Amerika Syarikat dan 
Rusia ataupun kepada negara yang baru berjinak dalam bidang ini seperti 
Malaysia dan Korea Selatan. 

Ia juga sukar dipertahankan kerana manfaat yang diterima adalah begitu tersirat 
dan kebiasaannya tidak boleh dinyatakan secara kuantitatif. 

Vietnam adalah negara Asia pertama yang memiliki angkasawan pada tahun 1980 di 
atas ihsan keakraban negara tersebut dengan Rusia (Soviet Union pada ketika 
itu). 

Tetapi oleh kerana tiada tindakan susulan, Vietnam tidak banyak menerima faedah 
daripada misi tersebut. Walaupun negara tersebut memiliki angkasawan Asia 
pertama, faktor tersebut langsung tidak memajukan aktiviti sains angkasa 
Vietnam.

Korea Selatan pula adalah negara Asia kesembilan dan terbaru yang mempunyai 
seorang angkasawan. Yi So-Yeon dijangka kembali ke Bumi pada hari ini (19 
April) setelah berada di ISS selama 10 hari. 

Seoul telah bekerja keras untuk mendapatkan tempat di dalam kapal Soyuz dan 
membayar AS$20 juta (RM62.8 juta) kepada Rusia. Mengapakah Korea Selatan yang 
dianggap lebih maju berbanding Malaysia dalam bidang sains angkasa sanggup 
mengeluarkan wang yang sebegitu banyak, sudah tentu ia menarik perhatian. 

Seperti Malaysia, harapan Korea Selatan adalah untuk menyemarakkan lagi 
semangat anak muda mereka tentang kebolehan menerajui bidang sains angkasa. 
Malah proses pemilihan calon angkasawan jauh lebih hebat kerana jika 11,275 
rakyat Malaysia yang mengambil bahagian, Korea Selatan pula menyaksikan 36,000 
yang mencuba nasib. 

Malah So-Yeon menaruh harapan kejayaan angkasawan Korea Selatan dapat 
menyatukan rakyat kedua-dua Korea yang terpisah akibat perbezaan ideologi 
politik pemimpin mereka. Begitu hebatnya kesan Program Angkasawan Korea 
Selatan. 

Peluang dan kesempatan yang timbul dari program timbal balas Sukhoi SU-30 
sepatutnya digunakan sepenuh-penuhnya dan tidak terhenti setakat angkasawan 
pertama sahaja. Elemen manusia di angkasa adalah begitu unik sekali kerana 
kesan yang bakal diterima tiada sempadan. Dr. Sheikh Muszaphar sudah pasti 
dapat mengesahkan fenomena tersebut. 

Britain umpamanya telah merasai kesan ekoran dari dasar sains angkasa mereka 
yang tidak menitik beratkan penglibatan manusia dalam aktiviti penerokaan 
angkasa. 

Walaupun Agensi Angkasa Eropah (ESA) mempunyai program angkasawan, Britain 
tidak bersama konsortium ESA kerana polisi sains angkasa mereka melarang 
penglibatan sedemikian rupa. 

Dasar yang digubal lebih dari dua dekad lepas telah mula memberi kesan kerana 
pada ketika ini program angkasawan NASA adalah begitu terhad sementara tempat 
dalam Soyuz habis ditempah. Rakyat Britain yang menjadi angkasawan, seperti 
Piers Sellers terpaksa bernaung di bawah bendera 'Stars and Stripes' AS dan 
bukannya 'Union Jack' Great Britain. 

Jika Malaysia mempunyai peluang menghantar angkasawan kedua dan terpaksa 
mengeluarkan perbelanjaan sehingga RM100 juta, wang yang dilaburkan itu adalah 
berbaloi kerana faedah yang diterima tiada nilainya. 

Cuma perlu dipastikan angkasawan kedua tersebut perlu berada di ISS pada jangka 
masa yang lebih lama kerana 10 hari seperti yang dialami oleh Dr. Sheikh 
Muszaphar hanya mampu memberi ruang yang terhad untuk melaksanakan uji kaji 
saintifik.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.comyahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke