Kes begini begitu banyak berlaku di seluruh N.Sembilan dari Gemencheh, Kuala 
Pilah, Senawang, Seremban, di mana orang Melayu tak tahu malu untuk berjudi di 
kedai judi “halal” kerana berlesen. Penguatkuasaan begitu lemah di N.Sembilan, 
itu sebab orang Melayu lagi tak malu bawa anak berjudi secara terbuka.

Apa ke tidak Laporan Ketua Audit Negara untuk Negeri Sembilan tahun 2009 
menyatakan perbelanjaan untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2009 
hanya RM5.96 Juta sedangkan pada tahun 2008 ialah RM12.59 Juta, iaitu turun 
RM6.63 Juta atau turun sebanyak 52.7%.  Sepatutnya wang Jabatan Agama diguna 
sepenuhnya untuk menambah bilangan penguatkuasa dengan gaji yang lumayan , 
kerana masalah sosial semakin parah sekarang. Fakta Ketua Audit Negara di 
http://amkns.blogspot.com/2010/11/masjid-baru-jelebu-tertangguh-20-tahun.html 
 

Anak teman bapa beli nombor ekor
Kosmo 15 Nov 2010 


SEORANG lelaki (dua dari kiri) yang membawa anak lelakinya untuk membeli nombor 
ekor ditahan dalam satu serbuan di Bahau kelmarin. 

-------------------------------

BAHAU – Seorang bapa sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak 
tetapi lain pula cerita seorang kaki judi di sini yang membawa anaknya ketika 
membeli nombor ekor.

Tabiat buruk bapa berusia 40-an tersebut terbongkar apabila dia ditahan Jabatan 
Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bersama sekumpulan 16 lelaki 
beragama Islam dan seorang wanita di sebuah premis judi di sini kelmarin.

Kesemua mereka yang berumur antara 30 hingga 60 tahun itu ditahan dalam satu 
operasi bersepadu yang dijalankan oleh Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS, Majlis 
Keselamatan Negeri dan polis.

Penyelaras Operasi JHEAINS, Mohd. Zol Sidek berkata, lelaki berkenaan membawa 
bersamanya anak lelaki yang baru berusia lima tahun ketika ditangkap membeli 
nombor ekor.

“Anggota penguat kuasa terkejut selepas mendapati salah seorang lelaki yang 
ditahan membawa anak lelakinya berusia lima tahun ke premis berkenaan.

“Lelaki tersebut pada mula cuba memberi alasan hanya berjumpa kawan tetapi 
selepas disiasat dia mengaku membawa anaknya untuk membeli nombor ekor,” 
katanya di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm
 

Bapa bawa anak berjudi antara 18 ditahan JHEAINS
Utusan Malaysia 15 Nov 2010 

JEMPOL 14 Nov. - Tugas seorang bapa adalah mendidik anak agar menjadi insan 
yang berguna.

Namun apa berlaku di Bahau semalam, menyedihkan apabila seorang insan bergelar 
bapa sanggup membawa anak lelakinya yang baru berusia lima tahun ke premis 
perjudian untuk membeli nombor ekor.

Tabiat buruk bapa berusia 40-an itu terbongkar selepas dia dan 16 lelaki lain 
serta seorang wanita ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan 
(JHEAINS) kerana berjudi.

Penyelaras JHEAINS, Mohd. Zol Sidek memberitahu, dalam serbuan pukul 2.30 
petang itu, tujuh buah premis menjual nombor ekor diserbu.

Jelas beliau, seramai 17 lelaki dan seorang wanita beragama Islam berusia dalam 
lingkungan 30 hingga 60-an ditahan kerana berada di dalam premis judi.

"Anggota kita juga terkejut selepas mendapati salah seorang lelaki yang ditahan 
membawa anak lelakinya berusia lima tahun ke dalam premis berkenaan.

"Lelaki itu mulanya cuba memberi alasan hanya berjumpa rakan tetapi selepas 
disoal siasat, dia mengaku membawa anaknya membeli nombor ekor," katanya di 
sini semalam.

Mohd. Zol memberitahu, kesemua yang ditahan itu termasuk kanak-kanak terbabit 
dibawa ke Balai Polis Bahau untuk disoal siasat sebelum dibebaskan dengan 
jaminan.

"Lebih menyedihkan kanak-kanak itu turut menangis apabila melihat bapanya 
ditangkap dan dibawa ke balai polis.

"Kita sangat sedih kerana sebagai bapa, lelaki itu seharusnya menunjukkan 
contoh yang baik kepada anaknya dan bukannya membawa kanak-kanak terbabit ke 
premis judi," ujarnya.

Mohd. Zol menjelaskan, pihaknya turut menahan seorang lelaki yang juga penjaga 
salah sebuah premis judi tersebut kerana cuba menghalang pihak berkuasa 
menjalankan tugas.

Katanya, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 79 Enakmen Jenayah 
Syariah 2003 kerana berjudi dan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun 
atau kedua-duanya sekali.

"Penjaga premis judi itu pula ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan 
kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

"Jika sabit kesalahan, dia boleh di penjara tidak kurang dua tahun atau denda 
RM10,000 atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_05.htm
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.comyahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke