Mini Seminar
Jana Wang Dengan Menulis
27 November 2010
9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
BilikTraining.Com, 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, Kuala
Lumpur


Tahun 2011 bakal menjelma tidak berapa lama lagi. Adakah azam tahun 2010
sudah dilangsaikan ataupun masih ada yang tertangguh. Tentu ada yang 
sudah mula mencongak azam tahun baru tahun 2011. Ada yang ingin 
memulakan bisnes sendiri, ada yang ingin memasuki alam kerjaya baru, 
alam keibubapaan, alam rumah tangga dan banyak lagi. Akademi Penulis 
menyediakan ruang untuk mereka yang mempunyai azam baru bagi menjadi 
seorang penulis buku bestseller namun masih belum atau tidak mengetahui 
apa yang ada di sebalik dunia penulisan dan penerbitan. Mini Seminar 
Jana Wang Dengan Menulis adalah jawapannya.

Dunia penulisan buku adalah dunia penuh misteri. Banyak pandangan kabur 
dan salah tersebar menyebabkan masyarakat dengan dunia ilmu ini. 
Fitnah-fitnah dunia buku yang tersebar ini memberikan bersepsi buruk 
hingga ramai yang tidak tahu sebenarnya di sebalik semua ini ada satu 
dunia sepenuhnya berbeza. Dunia yang penuh permata dan emas.

Tahun ini syarikat Kumpulan PTS membelanjakan RM 1.8 juta untuk membayar
royalti kepada keseluruhan pengarang yang bukunya terjual pada tahun 
2009. Ada penerima yang menerima royalti 6 angka. Ini suatu perkara yang
menakjubkan. Dahulunya orang menyangka dunia penulisan ini suatu dunia 
membosankan, tidak seksi, kurang menarik, dunia orang akademik dan 
sebagainya. Namun sekarang tidak lagi. Ia dunia yang berbeza sepenuhnya.

Mini seminar ini membongkar segala pandangan salah mengenai dunia 
penulisan. Menebas segala lalang untuk membuka jalan yang terang 
benderang bagi memudahkan semua menjumpai apa yang tersembunyi di 
sebaliknya.

Ia akan dibentangkan oleh pakar dunia penulisan buku Tuan Fauzul Na'im 
Ishak. Seorang yang berpengalaman selama 10 tahun dalam dunia penulisan 
buku. Bermula sebagai seorang editor cum jurujual bahagian utara PTS 
Publications & Distributors Sdn. Bhd.. Membangunkan judul-judul buku 
baru, menjelajah seluruh pelosok semenanjung Malaysia. Bertemu para 
pekedai, melatih para pengarang dan sekarang menjadi pengurus besar 
penerbitan salah sebuah syarikat penerbitan tersohor Malaysia.

Segala pengalaman beliau menghasilkan dan menerbitkan karya-karya 
bestseller akan dibongkar dalam MINI SEMINAR JANA WANG DENGAN MENULIS 
ini.

APA PENGISIAN & TENTATIF?

Mini seminar ini akan membongkar 3 perkara yang penting diketahui oleh
para pengarang dan bakal pengarang:


9.00 hingga 10.00 pagi : MODUL PERTAMA: Apakah Mitos-mitos Dunia
Penulisan Buku

Masyarakat Malaysia sering didengarkan pelbagai berita dan info yang 
negatif mengenai dunia penulisan buku. Info-info ini memberikan gambaran
yang salah mengenai dunia penulisan dan penerbitan buku. Di sini kita 
akan membongkar fahaman-fahaman ini dan memberikan penjelasan yang
sebenar mengenai dunia penulisan dan penerbitan buku.

10.00 hingga 11.00 pagi: MODUL KEDUA: Bagaimana Memilih Bidang Penulisan

Ramai yang sering bertanya buku apakah yang patut saya tulis, genre buku
apa yang laku dalam pasaran, bolehkah saya menulis dalam bidang lain 
dan banyak lagi. Dalam sesi ini, jurulatih akan mendedahkan 5 langkah 
penemuan dalam diri. Bagaimana untuk menjadikan apa yang sudah ada dalam
diri kita dan diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Dalam diri ada u.

11.30 pagi hingga 12.30 petang: MODUL KETIGA: Dari Mana Datangnya Wang
Dalam Dunia Penulisan

Dunia penulisan dan penerbitan buku ini banyak 'emas' dan 'harta 
karun'nya. Harta secara langsung dan secara tidak langsung. Ramai 
pengarang yang sudah mendapatkan manafaat daripada dunia penulisan dan 
penerbitan buku ini. Kita dedahkan semuanya dalam sesi ini.

BERAPAKAH PELABURAN?

Untuk mendapatkan semua perkara di atas para peserta hanya perlu melabur
sebanyak RM 100 SAHAJA. Ya hanya RM 100 sahaja, yuran seminar termurah 
pernah ditawarkan oleh Akademi Penulis. Namun ia hanya terhad untuk 28 
orang peserta sahaja. Pusat Latihan Akademi Penulis @ BilikTraining.Com 
hanya mampu mengisi seramai ini sahaja.

BAGAIMANA MEMBUAT PEMBAYARAN?

Bayaran RM100 boleh dibuat ke akaun berikut:

CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB)
Nama Pada Akaun: Akademi Penulis Sdn. Bhd.
No. Akaun: 14340000472103

Bank Islam Berhad (BIMB)
Nama Pada Akaun: The Next Store
No. Akaun: 12113010039294

Maybank Berhad (MBB)
Nama Pada Akaun: The Next Store
No. Akaun: 512204816142

Bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya 10 hari sebelum program bermula. 
Selepas membuat pembayaran, mohon fakskan ke 03 4149 3560 slip 
pembayaran untuk tujuan rekod kami.

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan, boleh terus email ke lati...@akademipenulis.com 
ataupun 0341492560 ataupun talian 0122477167 (Puan Syafawati) ataupun 
0175260580 (Shahril) ataupun 03-4149 2560 (Ofis). Pihak kami menantikan 
kedatangan Puan ke program kami nanti.

Boleh juga daftarkan diri secara online di
http://bit.ly/seminarjanawang27november
<http://bit.ly/seminarjanawang27november>

Bertindak sekarang! Mungkin program ini akan mengubah diri dan kehidupan
Tuan Puan.

Reply via email to