Nampaknya hospital-hospital di Malaysia ini bukan lagi tempat yang paling 
selamat. Apatah lagi yang menyebabkan ianya tidak selamat lagi ialah 
pengawal-pengawal keselamatan. Apa agaknye komen Awang Selamat ?

PENGAWAL KESELAMATAN HOSPITAL TUMBUK PERUT WANITA HAMIL
Berita Harian
2010/11/30

MUAR: Seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Pakar Sultanah 
Fatimah (HPSF) dekat sini, ditahan polis selepas seorang wanita mendakwa suspek 
menumbuknya dalam lif hospital ketika dibawa menggunakan kerusi roda untuk 
mendapatkan rawatan sakit bersalin, awal pagi kelmarin. 

Wanita berusia 26 tahun itu dibawa suaminya ke hospital berkenaan sebelum 
pengawal keselamatan terbabit membantu menolak kerusi roda untuk membawa mangsa 
ke wad bersalin, sementara menunggu suami mangsa meletakkan kereta di tempat 
yang dikhaskan untuk pelawat. 

Bagaimanapun ketika menolak kerusi roda itu, suspek dikatakan menumbuk perut 
mangsa berulang kali sebelum mangsa dihantar ke wad bersalin. Pemangku Ketua 
Polis Daerah, Superintendan Lee Choon Guan, mengesahkan kejadian itu dan 
berkata pihaknya menerima laporan polis daripada suami mangsa yang berusia 33 
tahun mengenai dakwaan berkenaan. 

Katanya, siasatan awal mendapati suspek berusia 40-an itu bertindak menumbuk 
perut mangsa berulang kali ketika dalam perjalanan untuk dibawa ke wad bersalin 
ketika suami mangsa tiada. 

“Suami mangsa yang dimaklumkan mengenai kejadian itu membuat laporan polis dan 
susulan itu polis menahan suspek untuk siasatan lanjut,” katanya. 

Katanya, suspek akan dirujuk ke Wad Psikiatri HPSF kerana dipercayai menghadapi 
masalah mental.  

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pengawalkeselamatanhospitaltumbukperutwanitahamil/Article
 


PENGAWAL KESELAMATAN DITUDUH BUNUH DUA RAKAN SEKERJA DI HOSPITAL KLANG
2010/09/08 
KLANG: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Magistret Klang hari 
ini kerana dituduh membunuh dua rakan sekerjanya di Hospital Tengku Ampuan 
Rahimah di sini bulan lalu.
Abdul Aziz Miew Yong, 36, yang berasal dari Sabah dituduh membunuh P 
Mailvaganam, 47, pada 27 Ogos 2010 di perkarangan meletak kereta hospital 
kerajaan itu pada jam 5.45 pagi.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PengawalkeselamatandituduhbunuhduarakansekerjadiHospitalKlang/Article/index_html
 

2 PENGAWAL KESELAMATAN MATI DITEMBAK
KLANG 27 Ogos 2010 - Hanya kerana menegur rakan yang tidur semasa bertugas, dua 
pengawal keselamatan mati ditembak dengan senapang di tempat letak kereta 
kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, awal pagi ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0828&pg=mh_02.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&y=2010
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.comyahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke