BARU-BARU ini saya terlihat di kaca televisyen iklan mengenai hak bukan perokok 
bagi ekspresi ketidakselesaan dengan perokok. Pengalaman tiga kali diserang 
‘samseng perokok’ menyebabkan saya pesimis dengan iklan itu. 

Suami saya pernah menegur perokok yang merokok bersebelahan meja ketika 
menikmati hidangan di sebuah restoran kerana anak kami menghidap asma. 
Malangnya, kami dimarahi dengan suara yang tinggi.  Kejadian serupa berlaku 
ketika berada di premis makanan sebuah pusat beli-belah apabila perokok di 
sebelah meja kami ingin menyalakan rokok. Walaupun bersedia memadamkan api 
rokok, kami diminta berpindah ke meja lain. 
Lebih mengecewakan, isteri perokok berkenaan yang memakai pakaian seragam 
Kementerian Kesihatan langsung tidak menunjukkan sokongan kepada permintaan 
kami sedangkan peraturan larangan merokok dalam premis adalah jelas. 

Saya dan keluarga pernah ditempelak hanya kerana menegur perokok dan saya 
benar-benar terkesan dengan pengalaman itu. 

Mengapakah saya perlu bertolak ansur dengan perokok dan bukan sebaliknya? 
Dianggarkan kira-kira 3 juta perokok berbanding 27 juta penduduk Malaysia. 
Tetapi mengapakah 27 juta penduduk yang tidak merokok perlu bertolak ansur 
dengan hanya 3 juta perokok? Dengan nisbah 1 perokok kepada 9 bukan perokok, 
sepatutnya perokok yang malu untuk merokok dan lebih prihatin dalam kalangan 
bukan perokok. 

Terimalah teguran dengan terbuka dan jangan mudah melenting. Padamkan rokok 
atau berpindah ke tempat lain yang dibenarkan merokok. Mengapa 10 orang bukan 
perokok perlu menahan nafas kerana kebebalan seorang perokok yang boleh 
mengancam nyawa pesakit mengalami komplikasi sistem pernafasan. 

Saya berpendapat perokok bertambah berani kerana tiada ketegasan daripada pihak 
berkuasa menangani perokok dan pemilik premis yang tidak memastikan 
undang-undang dipatuhi. Malah, perokok pula enggan bertolak ansur. 

Pihak berkuasa perlu mempunyai pendirian tegas dan bukan terumbang-ambing 
seperti lalang jika serius ingin menangani isu ini. Buatlah kaji selidik berapa 
ramai terpaksa bertolak ansur terhadap perokok bertahun lamanya dalam bangunan 
dan tempat awam. 

Undang-undang hanya tinggal tulisan tanpa tindakan menguatkuasakannya. Jika 
perlu undang-undang digubal bagi mengenakan tindakan sama terhadap pemilik 
bangunan yang membiarkan perokok berleluasa. 

Sudah tiba masanya bukan perokok bangkit mempertahankan hak untuk mendapatkan 
udara bersih serta bebas di semua tempat. Pihak berkuasa bertanggungjawab untuk 
menjadikan ia kenyataan. 

1RAKYAT, 
Seremban.

Berita Harian 2010/11/30




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.comyahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke