SEREMBAN 28 Julai 2011 : Penderitaan seorang peneroka dari Felda Palong 9 sejak 
13 April tahun lalu berakhir  apabila Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk 
Zulkifli Bakar memutuskan saman pemula yang dikemukakan oleh Felda untuk 
menyingkirkan seorang peneroka Che Hashim Che Long ditolak dengan kos sebanyak 
RM5,000.

Menurut peguam T. Kumar yang juga Naib Ketua Keadilan Jempol yang mewakili Che 
Hashim, alasan Felda untuk menyingkirkan Che Hashim ialah kerana anak Che 
Hashim telah mencederakan Pengurus Felda Palong 9 dalam satu pertengkaran di 
dalam kebun Che Hashim berhubung penjualan hasil getah di kebun tersebut.

“Justeru itu Felda menguatkuasakan perintah tersebut dimahkamah.Walau 
bagaimanapun hakim memutuskan untuk menolak saman pemula dengan kos RM5,000 
atas alasan perintah yang dikeluarkan untuk menyingkir Che Hashim tidak 
mematuhi seksyen 22 Akta GSA 1960 dan Felda tidak boleh menggunakan Aku Janji 
sebagai asas pengusiran.

“Selain daripada itu Felda juga gagal mengemukakan notis kepada defendan (Che 
Hashim) sebelum perintah pengusiran dikeluarkan dan ini menafikan hak-hak 
defendan di bawah prinsip Undang-Undang Semulajadi”, kata Kumar yang juga 
Timbalan Setiausaha Agung Keadilan.

Sementara itu suasana hiba menyelubungi di luar mahkamah selepas hakim 
mengumumkan keputusan tersebut apabila Che Hashim yang tidak dapat menahan 
perasaan beliau apabila menangis secara terbuka dan memeluk isteri beliau 
Mazilah Mahat dan sahabat yang datang menyokong beliau. Beberapa sahabat Che 
Hashim juga kelihatan tidak mampu menahan kesedihan dan kelihatan turut 
menangis dan sebak.

Apabila ditemui Suara Keadilan, Che Hashim berkata sebenarnya penderitaan 
beliau bermula sejak Oktober 2000 apabila pengurusan Felda Palong 9 enggan 
menerima hasil getah beliau dan pada ketika itu sendiri pengurusan Felda cuba 
mengusir beliau atas alasan beliau tidak menetap di Felda Palong 9.

“Tetapi sebenarnya saya bekerja di luar Felda dan berulang alik ke rumah di 
Felda Palong 9 dan pada awal 2007 barulah mereka (Felda) menerima balik hasil 
saya.

“Selepas itu sedia maklum pada 13 April tahun lalu, Felda mengeluarkan perintah 
mengusir dan saya melalui kesukaran hidup dan trauma yang amat sangat kerana 
tindakan Felda ini. Alhamdullillah penderitaan saya dan isteri bersama 
anak-anak kami berkahir pada hari ini. Saya amat berterima kasih kepada barisan 
peguam yang mempertahankan hak saya pada hari ini”, kata Che Hashim sambil 
mengesat air mata.

http://www.keadilandaily.com/?p=17721 

Laporan kes ini yang tersiar pada 12 Mei 2010 di pautan berikut 
http://pasns.blogspot.com/2011/07/kisah-menyayat-hari-peneroka-felda-di.html 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke