JOHOR BAHRU 28 Julai 2011 : Impian 100 keluarga sekitar Taman Nusa Indah di 
sini untuk menggunakan surau baru menjelang kedatangan Ramadan minggu depan, 
tidak kesampaian apabila projek pembinaan rumah ibadat itu berdepan masalah 
kewangan dan masih kekurangan RM200,000 untuk disiapkan. 

Setakat ini surau berkenaan hanya siap kira-kira 40 peratus selepas dibangunkan 
dengan kos RM80,000 hasil sumbangan masyarakat tempatan, selepas usaha memohon 
pembiayaan pihak luar dipandang sepi, sejak pembinaan dimulakan dua tahun lalu. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau Taman Nusa Indah, Ghazali Mohamad, 
berkata langkah membina sendiri surau itu diambil penduduk yang mendiami taman 
berkenaan bagi mengurangkan kos kerana kontraktor menganggarkan kira-kira RM1 
juta. 

"Justeru jawatankuasa penduduk sepakat untuk membina surau ini sendiri secara 
gotong-royong membabitkan penduduk, terutama hujung minggu selain menggajikan 
dua pekerja asing bagi menyiapkannya mengikut masa ditetapkan berpandukan pelan 
reka bentuknya. 

"Setakat ini kita sudah memohon peruntukan beberapa pihak termasuk Majlis Agama 
Islam Negeri Johor tetapi kami tidak menerima sebarang maklum balas positif 
sehingga menyebabkan bangunan surau 4 yang sepatutnya siap pada Jun lalu, gagal 
disiapkan," katanya. 

Ghazali berkata, pembinaan surau itu menjadi satu keperluan yang mendesak 
berikutan faktor pertambahan penduduk, selain keadaan rumah kedai yang 
dijadikan surau sementara ketika ini tidak sesuai digunakan sebagai ruang 
menunaikan solat tarawih. 

"Keperluan mendesak ini diharap dapat dipenuhi berikutan setakat ini kegiatan 
keagamaan hanya dapat dilaksanakan di tingkat atas sebuah unit kedai yang 
dijadikan sebagai surau sementara oleh pemiliknya sejak enam tahun lalu," 
katanya. 

Sementara itu, Mohd Faiz berkata, pihaknya berharap pemimpin korporat sudi 
tampil membantu menyiapkan surau berkenaan. 

"Lokasi surau sementara ketika didapati tidak bersesuaian kerana berdekatan 
dengan kedai makanan bukan Islam, selain ruangnya yang sempit serta tidak mampu 
menampung pertambahan jemaah ketika Ramadan," katanya. 

Pekerja swasta, Mohd Khairudin Abdan, 42, berkata projek surau itu wajar diberi 
perhatian kerana penduduk perlu menumpang beribadat di kawasan taman lain 
meskipun perumahan itu antara kawasan yang terawal dibuka kira-kira enam tahun 
lalu. 

Orang ramai atau sektor korporat yang ingin menderma bagi membiayai pembinaan 
surau itu boleh menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau Taman Nusa 
Indah, Ghazali Mohamad menerusi telefon 019-7238939 atau Bendahari Surau 
(07-2385132) selain boleh dibuat terus menerusi akaun Maybank Islamic atas nama 
'JKP Surau Taman Nusa Indah' kepada akaun 551614000447.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ImpiansurauRamadanterkubur/Article 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke