SAYA merupakan antara penduduk yang kerap menggunakan Jalan Persekutuan Lama 
sejauh lapan kilometer dari tempat tinggal di Felda Sungai Tekam ke Simpang 
Jengka Lapan.

Laluan berkenaan amat penting kerana ia satu-satunya jalan raya yang digunakan 
penduduk Felda Sungai Tekam, Felda Tekam Utara, Pusat Perkhidmatan Pertanian 
Tun Razak (PPPTR) Tekam dan Gugusan Felda Kota Gelanggi untuk ke bandar 
Jerantut melalui Simpang Jengka Lapan.

Apa yang menimbulkan tanda tanya adalah status projek jalan berkenaan dari 
PPPTR Tekam ke Simpang Jengka Lapan yang masih terbengkalai.

Saya difahamkan sudah dua kali tender dikeluarkan dan pihak berkenaan melantik 
kontraktor menyiapkan laluan berkenaan tetapi mereka gagal menyempurnakannya 
yang sudah memasuki empat tahun tetap ditakuk lama.

Senario kegagalan menyiapkan projek itu boleh dilihat dengan jelas menerusi 
spesifikasi jajaran yang bengkang-bengkok, berlopak dan sistem perparitan tidak 
sempurna sehingga berlaku takungan air setiap kali hujan lebat.

Kelemahan itu juga ketara dilihat di kiri kanan jalan yang diletakkan 
pembentung konkrit besar sehingga mengganggu pergerakan kenderaan dan 
keselamatan pemandu termasuk motosikal terutama ketika berselisih dengan 
kenderaan besar seperti lori treler.

Persoalannya, bilakah projek itu dapat disiapkan sedangkan kerajaan negeri 
sering menguarkan jalan terbabit akan dinaik taraf untuk kemudahan rakyat dan 
jalan alternatif kedua antara Pahang Timur dengan kawasan Pahang Barat. 

Kelewatan menyiapkan projek itu sudah tentu mencalarkan imej kerajaan negeri 
sekali gus merencatkan usaha pembangunan sektor pertanian dan pelancongan.

Ini kerana laluan dari tanah rancangan Felda ke Simpang Jengka Lapan sering 
digunakan untuk membawa hasil kilang ke Lembah Klang dan kemudahan penduduk 
berbelanja di bandar Jerantut. 

Kelewatan menyiapkan projek jalan raya antara Sungai Tekam ke Simpang Jengka 
Lapan juga menjejaskan pelawat yang mahu berkunjung ke ke Tekam Plantation 
Resorts, institusi penyelidikan sawit iaitu Felda Agricultural Services Sdn. 
Bhd., (FASSB) yang menjadi tumpuan penyelidik seluruh dunia.

Kemudahan itu amat penting untuk memacu pembangunan ekonomi dan sosial penduduk 
kawasan tersebut selain kita khuatir jika penangguhan projek berskala besar itu 
memberi impak terhadap keyakinan rakyat khususnya mengganggu agenda kerajaan 
Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya akan datang.

AHMAD DIMAN Felda Sungai Tekam, Jerantut

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_01.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to