Mutu perkhidmatan KTM sangat teruk 
18 Okt 2011 
 
Saya ingin menarik perhatian pihak Aduan Rakyat berkenaan dengan perkhidmatan 
KTM yang semakin teruk hari demi hari. Selepas seseorang membuat aduan, 
perkhidmatan KTM dilihat mengalami perubahan namun setelah beberapa ketika, 
kami dapati perkhidmatan semakin tidak memuaskan hati ramai pihak.
 
Tren pada waktu pagi dan petang di mana waktu orang ramai bertumpu kepada KTM 
selalu ditunda dan menyebabkan orang semakin bersesak akibat menunggu. Hal ini 
telah mengakibatkan orang akan berusaha masuk ke dalam tren apabila tren sampai 
dan berlakulah pertengkaran dan orang ramai berhimpit dalam keadaan paling 
sesak. 
 
Keadaan ini menyulitkan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan ini pada 
setiap hari.
 
Saya pernah melihat seorang warga negara asing hanya menggelengkan kepala 
apabila melihat keadaan ini dan sempat mengambil gambar, mungkin untuk 
menunjukkan kepada warga negara lain.
 
Saya wakil suara rakyat yang lain merayu pihak bertanggungjawab agar segera 
membuat tindakan susulan dan memperbaiki mutu perkhidmatan KTM. Bagaimana untuk 
kita mempromosi perkhidmatan awam negara kita sedangkan mutu perkhidmatan masih 
dikategorikan sebagai teruk?
 
Terima kasih kepada pihak yang prihatin. Sekian.
 
By: nad
 
Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/mutu-perkhidmatan-ktm-sangat-teruk 

Reply via email to