Maksiat berleluasa di Kolej Lagenda 
18 Okt 2011 
 
Saya pernah memasuki ke kawasan asrama untuk menghantar saudara saya pulang ke 
situ dan berasa amat terkejut apabila melihat anak-anak muda, lelaki mahupun 
perempuan bebas untuk keluar masuk ke dalam rumah orang lain terutamanya rumah 
yang berlainan jantina. 
 
Malahan saya juga diberitahu bahawa terdapat pelajar lelaki yang bermalam 
bersama, tinggal bersama pelajar perempuan ataupun sebaliknya  tanpa sebarang 
ikatan yang sah.
 
Oleh kerana tiada sekatan atau larangan, ramai yang makin berani melakukannya. 
Ramai juga yang mengambil langkah untuk tidak ambil peduli dan malas untuk 
masuk campur seterusnya mendiamkan diri. 
 
Pihak keselamatan hanya menjaga dan bertugas di hadapan pintu pagar sahaja. 
Sepatutnya hostel lelaki dan perempuan perlu di asingkan dan dipagar bagi 
mengelakkan kejadian maksiat seperti ini berlaku dan perlu ada kawalan yang 
tegas kerana negara ini merupakan negara yang berlandaskan syariat Islam.
 
Saya amat terkilan dengan pihak pengurusan Kolej Lagenda kerana boleh terlepas 
pandang akan perkara ini dan menganggap perkara sebegini amat remeh. 
 
Saya juga berharap selepas ini jabatan agama akan mengambil tindakan sepatutnya 
bagi mengekang masalah ini seperti melakukan rondaan dan spot-check di 
rumah-rumah pelajar ini. 
 
Saya juga hairan kenapa ibu bapa pelajar tidak mengendahkan perkara ini. Semoga 
tindakan lanjut di lakukan secepat mungkin oleh pihak pengurusan kolej dan juga 
jabatan agama Islam.
 
sekian.
By: anonymous
 
Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/maksiat-berleluasa-di-kolej-lagenda 

Kirim email ke