Keputusan cemerlang PNGK 4.0 lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi kini tidak 
lagi menjamin tempat di IPTA. Akhirnya kerajaan menempatkan mereka ini di IPTS. 
Kenapa pengambilan ke IPTA semakin berkurangan, adakah untuk menguntungkan IPTS 
dan PTPTN?
 
Kerajaan Taja 600 Pelajar Ikuti Pengajian Perubatan, Pergigian & Farmasi Di 
IPTS 
31 Julai 2012 
 
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menaja 600 pelajar aliran sains meneruskan 
pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di institusi pengajian 
tinggi swasta (IPTS), kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled 
Nordin.
 
Katanya mereka merupakan pelajar yang gagal mendapat tempat untuk meneruskan 
pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 
2012/2013.
 
Mohamed Khaled berkata kesemuanya adalah pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran 
Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Asasi yang memperoleh Purata Nilai Gred 
Kumulatif (PNGK) 4.0 dan memilih tiga bidang pengajian itu sebagai pilihan 
utama di IPTA, tetapi gagal mendapat tempat.
 
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/7/31/mstar_berita/20120731220134&sec=mstar_berita
 
 
Julai 17, 2012 - Mohamed Khaled berkata, tempat yang ditawarkan di IPTA di 
seluruh negara untuk kemasukan sesi 2012/2013 bagi peringkat ijazah pertama 
berkurangan pada tahun ini.
 
Tahun ini, sebanyak 63,467 calon STPM/Matrikulasi/Asasi memohon menyambung 
pengajian di peringkat ijazah pertama.
 
"Setelah proses pemilihan sebanyak 38,549 daripada calon yang layak ditawarkan 
tempat di 20 IPTA," katanya lagi.
 
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/7/17/mstar_berita/20120717194148&sec=mstar_berita
  
 
20 Ogos 2012 – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan 
pinjaman RM4 bilion untuk 206,938 penuntut yang layak pada tahun ini.
 
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pinjaman 
itu diharap tidak disalahgunakan penerima dan dibelanja sepenuhnya untuk 
menampung kos pengajian mereka.
 
Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, seramai 41,267 orang akan diambil 
memasuki IPTA bagi sesi 2011/2012 bermula September ini.
 
http://khalednordin.com/?p=1204 

Kirim email ke