Dasar pengajian tinggi negara semakin hilang arah tuju. Dulu kerjaya 
juruterbang boleh menjamin kejayaan, kini bukan sahaja tidak terjamin kerjaya, 
malahan dibeban dengan hutang pengajian samada dari PTPTN atau lain-lain 
institusi pembiayaan. Tema, logo dan lagu sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 
membuktikan hala tuju kepimpinan dan pembangunan negara semakin bercelaru.
 
Atasi juruterbang menganggur
1 Ogos 2012 
 
KAMI ibu bapa kepada graduan juruterbang komersial persendirian yang masih 
menganggur pada ketika ini, ingin membuat sedikit teguran kepada pihak yang 
berkenaan mengenai punca permasalahan ini. Kami juga ingin mencadangkan langkah 
yang boleh diambil untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan mereka.
 
Masyarakat sudah jelas mengenai betapa kroniknya tahap pengangguran juruterbang 
pada ketika ini. Hampir setiap minggu ada sahaja berita atau artikel mengenai 
juruterbang menganggur. Tetapi bagaimanakah permasalahan ini berpunca?
 
Ini adalah kerana munculnya lambakan sekolah penerbangan yang tumbuh bagaikan 
cendawan selepas hujan. Sejak tahun 2005, sekolah penerbangan berkenaan telah 
menghasilkan ribuan juruterbang muda yang telah melebihi permintaan syarikat 
penerbangan.
 
IBU BAPA PRIHATIN
Puchong, Selangor
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20120801/fo_02/Atasi-juruterbang-menganggur
 
 
Pengambilan pelatih wajib kelulusan DCA
6 Julai 2012 
 
Berkuat kuasa serta-merta, semua sekolah penerbangan perlu mendapat kelulusan 
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebelum mengambil pelatih juruterbang baru bagi 
membendung masalah juruterbang menganggur. Ia susulan pendedahan eksklusif BH 
Selasa lalu, mengenai kira-kira 1,000 juruterbang muda yang memiliki lesen 
juruterbang komersial (CPL) gagal mendapat pekerjaan dalam industri penerbangan 
negara. Mereka yang mengeluarkan lebih RM200,000 untuk mendapatkan lesen itu, 
kini terpaksa bekerja sambilan termasuk di kilang, pasar raya dan restoran 
makanan segera bagi menampung kos sara hidup serta membayar pinjaman.
http://www.bharian.com.my/articles/PengambilanpelatihwajibkelulusanDCA/Article/ 
 
 
Pilot training 
 
For those who dream of becoming an airline pilot or commercial helicopter 
pilot, the minimum qualification for pilot training is SPM or O-level or 
equivalent, with five credits that must include Mathematics, English, and a 
Science subject. This allows to offer the Diploma in Aviation (Pilot Training) 
course. For this, students can apply to PTPTN to secure a loan of up to 
RM35,000.
http://www.thesundaily.my/news/387204  
 
Pemegang ijazah boleh mohon jawatan SPM
Jul 3 2012   
 
Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang 
berkuatkuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam 
perkhidmatan awam. Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang 
memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang 
berkelayakan SPM. 
http://www.malaysiakini.com/news/202526 
 
CUEPACS tidak setuju dua dasar baru SPA
 
2 Julai 2012 - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam 
(CUEPACS) tidak bersetuju dengan dua dasar baru yang diperkenalkan Suruhanjaya 
Perkhidmatan Awam (SPA) dalam usaha meningkatkan peluang permohonan jawatan ke 
sektor awam. Sekiranya calon memiliki ijazah tersebut menerima tawaran yang 
setimpal dengan kelayakan, sudah tentu dia akan meninggalkan jawatan SPM yang 
dimiliki.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm
 

Kirim email ke