Pesuruhjaya PAS
Negeri Melaka, Adly Zahari mendesak agar dana Palestin sebanyak RM680,747.00
yang dipungut pada tahun 2009 oleh kerajaan Melaka diserahkan sepenuhnya kepada
rakyat Palestin dengan segera. 
 
"PAS Melaka
kesal dengan tindakan kerajaan Melaka yang sehingga kini masih gagal meyerahkan
dana berjumlah RM680,747 yang dipungut pada tahun 2009 kepada Palestin".
 
"Kita mendesak kerajaan negeri supaya meyerahkan dana
tersebut dengan segera, perbuatan mereka menyimpan dana ini selama 3 tahun
adalah perbuatan khianat" ujar Adly dalam blog peribadinya,
 
Adly berkata laporan Ketua Audit Negara mendapati sejumlah
RM680,747.00 telah berjaya dikumpulkan hasil dari sumbangan Jabatan/Agensi
kerajaan dan orang awam.
 
"Namun laporan itu mendapati bahawa wang tersebut tidak
disalurkan kepada rakyat Palestin sehingga April 2011"
 
"Saya berharap Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam
memberi penjelasan terperinci terhadap perkara ini yang dikira amat memalukan
negeri dan negara kita.
 
Menurutnya Ketua Menteri mesti menjelaskan bila wang
tersebut diserahkan kepada Rakyat Palestin kerana sehingga kini kita tidak
mendapat maklumat sahih tentang perkara itu.
 
"Sekiranya wang itu telah disalurkan, kenapa ia
mengambil masa yang sebegitu lama"? soal Adly.
 
Adly berkata
penjelasan Ketua Menteri adalah dituntut kerana ia melibatkan sumbangan orang
ramai.
 
Sumber 
http://mutaligat.blogspot.com/2012/12/wang-derma-palestin-tidak-diserahkan.html

Kirim email ke