Semalam apabila saya membeli beberapa
keperluan untuk membuat tiang gol untuk kegunaan remaja setempat saya
berborak seketika dengan seorang lelaki Melayu yang bertugas sebagai
Tonto merangkap Pengawal Keselamatan yang sedang menjaga kedai judi
internet di sebelah kedai berkenaan.

Saya tanya pada lelaki tadi, jaga kedai
ni ke, dia macam keberatan nak jawab. Saya kata pada dia serbuan
semata-mata tak akan dapat selesaikan masalah kedai judi internet
yang tumbuh macam cendawan ini. Pokoknya ialah diri sendiri, buatlah
beberapa banyak serbuan sekali pun, ianya akan tumbuh semula macam
cendawan, kerana semua pihak terlibat dalam judi internet ini.

Lelaki tadi dalam keberatan bersetuju
bahawa ianya berbalik kepada hati, kepada iman. Malangnya
penguatkuasa kita, polis kita, orang Melayu kita jarang diterapkan
dengan iman, sebelum mula kerja tidak ramai ketua jabatan
mengingatkan anak buah supaya menjaga solat, tidak mengambil rasuah,
tidak menyalah guna kuasa dan sebagainya.

Justeru itu dalam usaha untuk
membanteras judi internet ini apa kata kita tambah pendekatan baru di
samping serbuan. Apa kata dalam tempoh sebulan pihak polis, pihak
penguatkuasa PBT, pihak Majlis Agama pergi ke pusat-pusat judi ini
bawa risalah keburukan judi dan beri ceramah dan kaunseling kepada
pengunjung kedai judi internet ini. Katakan kepada mereka, mereka
tidak akan kaya dengan judi, tidak akan bawa ketenangan dengan judi.
Baliklah rumah jaga anak bini, dah tua nanti siapa nak jaga? Pergilah
masjid selalu, dalam kubur nanti siapa nak jaga?

Berilah kebebasan kepada khatib untuk
menyediakan teks khutbah mereka sendiri, kerana hanya khatib setempat
yang tahu apa masalah di sekeliling mereka. Masalah sekeliling mereka
ialah ramai lelaki abai tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan
bermain judi, tapi teks khutbah cerita pasal kebaikan mengurangkan
gula dalam minuman.

Reply via email to