Seremban 25 Mac 2013 – Kereta Pesuruhjaya PAS Negeri
Sembilan YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani yang juga merupakan ADUN Paroi telah
disabotaj semasa program ceramah umum Pakatan Rakyat di DUN Paroi dalam
Parlimen Rembau yang diadakan di Taman Seri Pagi , Senawang pada hari Ahad 24 
Mac
2013.
 
Dengan tidak membuat tuduhan kepada mana-mana pihak, YB Taufek
berharap penyokong Pakatan Rakyat dapat bersabar dan berdoa agar mereka yang
melakukan kerja sabotaj terdapat keretanya diberi petunjuk dan hidayat.
 
Berikut apa yang ditulis oleh YB Taufek dalam facebooknya 
(www.facebook.com/hjtaufek) : “AlhamduliLlah...itulah
ucapan hati, bila tengok kereta diguris dengan besi oleh pihak yang tak
bertanggungjawap. Semalam ceramah di Taman Seri Pagi mendapat sambutan yang
baik dari masyarakat setempat. Saya doakan anak-anak muda yang terlibat
mendapat petunjuk dari Allah supaya terbuka hati untuk dengar penjelasan
kedua-dua pihak dan buat penilaian demi masa depan agama, bangsa dan negara”.
 
Menurut Sdr Hassan Tamby yang merupakan Setiausaha Badan
Perhubungan PAS Negeri Sembilan , Dewan Undangan Negeri Sembilan akan terbubar
dengan sendirinya pada 26 Mac 2013. Ini bermakna mulai esok semua wakil rakyat
di Negeri Sembilan tidak akan lagi menerima elaun (gaji) sebagai wakil rakyat.
 
Sdr Hassan turut berkata kepada mereka yang ingin menyumbang
khususnya kepada ahli PAS untuk kelangsungan aktiviti Pusat Khidmat PAS DUN
Paroi atau untuk menyumbang untuk membaiki kerosakan kereta YB Taufek yang
disabotaj bolehlah disalurkan ke ke akaun Bank Islam Msia Bhd (BIMB), Nama akaun
: PAS Dun Paroi , No akaun : 05012010063902.
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942
 
Gambar kereta Hj Taufek yang disabotaj di 
http://pasns.blogspot.com/2013/03/kereta-adun-paroi-pesuruhjaya-pas.html 

Kirim email ke