Share
Email
Earn
FacebookTwitterGoogle+Lockerz GrabDeliciousDiggGoogle 
BookmarksMySpaceStumbleUponRedditMessengerVodpodYahoo 
BookmarksBeboMister-WongWordPressGoogle ReaderOrkutXINGEvernoteNetvibes 
ShareStrandsPosterousBusiness ExchangeArtoTipdSmakNewsPlurkAIMYahoo 
MessengerIdenti.caMozillacaBlogger PostTypePad 
PostBox.netPinterestNetlogTechnorati 
FavoritesCiteULikeJumptagsHemidemiFunPInstapaperPhoneFavsXerpiNetvouzWinkDiigoBibSonomyBlogMarksTailrankStartAidKledyKhabbrMeneameYoolinkBookmarks.frTechnotizieNewsVineMultiplyFriendFeedPlaxo
 PulsePingSquidooProtopage 
BookmarksBlinklistFavesYiGGWebnewsSegnaloPushaYouMobSlashdotFarkAllvoicesJamespotImera
 
BrazilTwiddlaLinkaGoGounalogHuggDiglogNowPublicTumblrLiveJournalCurrentHelloTxtSpurlYampleOneviewLinkatopiaSimpyLinkedInBuddyMarksAsk.com
 MyStuffViadeoMapleWistsConnoteaBackflipMyLinkVaultSiteJotSphinnDZoneCare2 
NewsHyvesSphereBitty BrowserGabbrSymbaloo FeedsTagzaFolkdNewsTrustAmazon Wish 
ListPrintFriendlyRead It
 LaterTuentiEmailRediff MyPage
Google GmailYahoo MailHotmailAOL MailAny email    
By Lockerz
MENZIARAH MAKAM-MAKAM ATAU KUBUR-KUBUR.
Apakala Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) sudah berasa hatinya lapang dan tenteram 
memasuki cara kehidupan yang baharu itu, tegasnya menjalan­kan cara kehidupan 
ahli-ahli Hakikat maka hatinya mulalah suka hendak mengembara dan menjelajah 
untuk menziarah makam para Rasul-rasul, Nabi­nabi, Wali-wali, dan orang-orang 
yang salih di-negeri Syam, Mesir, Baghdad, Baitul-Makdis dan lain-lain tempat 
lagi pada tiap-tiap tahun selepas men­gerjakan ‘ibadat Haji.
Setengah daripada makam-makam atau kubur-kubur yang telah di­ziarah oleh Syeikh 
Suhaimi itu ialah makam Nabi Ibrahim, Nabi Ya’kub, Nabi Musa, Nabi Yusuf, Nabi 
Lut, Nabi Salih, dan lain-lain Nabi lagi. Dan makam sahabat-sahabat Rasulullah 
s.a.w. juga telah diziarah olehnya ter­masuk makam-makam mereka yang di-negeri 
Syam, dan makam Sahabat Abu Aiyub AI-Ansari di-KotaIstanbul, dan lain-lain 
lagi. Dan ia juga telah menziarah makam Sidi Abdul Qadir Jailani, Sidi Yazid 
Bustami, Sidi Qasim Junaid Al-Baghdadi, Imam Abu Hanifah, dan lain-lainnya. Dan 
juga di­Baghdad ia telah menziarah banyak makam-makam Ahlil-Bait (iaitu 
makam-makam keluarga Rasulullah s.a.w.)
Dan di-Syam ia telah menziarah makam Imam Al-Ghazzali, dan di­Mesir pula ia 
telah menziarah makam Imam Asy-Syafi’i dan makam Syeikh Abul- Hasan Asy- 
Syazali dan makam Saiyidina Husain dan lain-lainnya dari keluarga Rasulullah 
s.a.w. dan makam Wali-wali dan orang-orang salih yang ada di-negeri Mesir itu.
Adapun ziarahnya ke-makam Rasulullah s.a.w. dan para sahabat­sahabat di-Madinah 
Al-Munauwarah itu maka boleh dikatakan ia telah melakukannya setiap tahun.
IKHTIARNYA UNTUK KESELAMATAN.
Adapun kelakuan dan keadaan Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) didalam masa ia 
mengembara itu ialah memakai pakaian cara orang-orang Darwisy atau cara Badwi 
(iaitu orang Arab desa). Dan pula wang yang dibawa olehnya untuk bekalan itu 
ditaruhkan didalam kasutnya yang sudah lama dan buruk, dan kemudian dilapiskan 
dengan kulit lalu dijahit. Maka sebabnya dibuat begitu ialah supaya wang itu 
terpelihara daripada kena samun atau kena curi oleh penyamun-penyamun atau 
pencuri-pencuri yang memang banyak ada ditempat-tempat yang sepi disana. Dengan 
ikhtiar yang secara ini, Alhamdulillah, Syeikh Suhaimi telah dikumiakan 
keselamatan: hartanya tidak pernah kena rompak atau kena curi.
Kelakuannya yang sedemikian itu menunjukkan elok tadbirnya dan cukup ikhtiarnya 
yang memang disuruh oleh ajaran Syari’at IsIam, dan sa­yugia dijadikan tauladan 
oleh kita sekalian.
Kemudian, apabila Syeikh Suahimi tiba disesuatu tempat atau bandar, dan disitu 
ia perlu menggunakan wang maka ia asingkan dirinya daripada orang lain lalu 
ditetasnya jahitan kasut tadi, dan setelah itu dibetulkan dandijahitnya semula 
kasut itu. Jika ia masuk kedalam sesebuah mesjid atau makam maka ia letakkan 
sahaja kasut tadi ditempat yang biasa tetapi ter­asing sedikit, ialah supaya 
tiada orang boleh menyangka bahawa kasutnya itu luarbiasa.
KEJADIAN-KEJADIAN YANG GANJIL ATAU LUARBIASA.
Sanya, diantara keiadian-kejadian dan perkara-perkara yang dialami oleh Syeikh 
Suhaimi (hafizah-UIIah) ketika ia mengembara itu banyak yang aneh dan 
luarbiasa, tetapi didalam Manakib ini akan dinyatakan hanya apa-apa yang saya 
ingat dan yang saya rasa perlu sahaja, seperti berikut ini:
Pada suatu masa Syeikh Suhaimi sudah berasa penat didalam per­jalanannya, oleh 
kerana ia sudah berjalan sangat jauh, dan masa itu pula sudah masuk waktu 
Maghrib, padahal ia belum berjumpa kampung atau desa, lalu iapun berikhtiarlah 
mencari tempat untuk berlindung pada malam itu. Didalam mencari-cari itu iapun 
berjumpalah suatu lobang yang seperti gua rupanya, bahkan ada air pula 
didalamnya, lalu Syeikh Suhaimi pun masuk­lah kesitu dan berhenti untuk berihat 
dan bermalam didalamnya. Tetapi setelah kira-kira satu jam lamanya tiba-tiba 
datanglah seorang ketempat itu, dan Syeikh Suhaimi dapat melihatnya 
menoleh-noleh dan menjenguk-jenguk disekelilingnya, dan setelah itu iapun 
masuklah kedalam gua tadi sambil me­manggil-manggil: “Hai Muhammad, bangunlah. 
Tuan dipersilakan ke-rumah saya. Tuan sekarang jadi tetamu saya.”
Syeikh Suhaimi telah berasa hairan dan terperanjat kerana ada orang 
memanggilnya pada waktu malam ditempat yang begitu sunyi dan jauh dari­pada 
orang, tetapi sesudah kuat pendapatnya bahawa orang itu memang hendak 
mencarinya dan bersungguh-sungguh mengajaknya ke-rumahnya untuk berihat disana 
pada malam itu, maka ia telah menerimalah ajakan itu, lalu mereka pun 
berjalanlah bersama-sama menuju ke-rumah orang itu. Tetapi tidak sampai 
beberapa minit sahaja tiba-tiba mereka sudah pun tiba di­rumah itu didalam 
sebuah desa. Hal ini juga menghairankan Syeikh Suhaimi kerana waktu siang tadi 
desa itu tidak kelihatan sejauh mata memandang, dan menurut agakan Syeikh 
suhaimi sendiri bahawa walau berjalan didalam masa dua jam pun belum tentu 
boleh sampai ke-desa itu daripada gua tadi.

Kirim email ke