Assalamu'alaikum wr wb,

Koreksi, Imam Syafi'i, Imam Hanafi, dan Imam Hambali
adalah ulama fiqih. Mereka sama sekali tidak pernah
mengajar tasawuf:

> Diantara ulamak2 sufi  yang telah dikecam oleh kawan
> mereka sendiri, 
> dituduh kafir, syirik, ekstrim,berbau syiah, zindiq,
> menentang 
> pemerintah, pembawa bidaah, Hinduism, fahaman Parsi
> Kuno,dituduh 
> membawa unsur2 falsafah yang kurang sihat dan lain2
> ialah Imam Syafei,
> Imam Hanafi, Imam Hambali

--- Hangga <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> -----Original Message-----
> From: [EMAIL PROTECTED]
> [mailto:[EMAIL PROTECTED] 
> On Behalf Of grad it
> Sent: 06 Juli 2005 8:56
> To: [EMAIL PROTECTED];
> [EMAIL PROTECTED]; 
> [EMAIL PROTECTED];
> [EMAIL PROTECTED]
> Subject: [sufi-islam] INILAH RENTETAN SEJARAH
> 
> Bismillahirrahmanirrahim
> 
> Sejarah selalunya berulang.Dan seterusnya akan
> berulang. Pengalaman 
> manusia pada sesuatu abad, akan dirasai juga oleh
> manusia pada abad 
> seterusnya. Demikian juga dengan generasi yang akan
> datang, akan turut 
> mengalami apa yang dialami oleh manusia
> sebelumnya.Demikianlah 
> sunahtulah. Bahawa bermula, berkembang, membangun,
> menurun dan 
> jatuhnya sesuatu kaum adalah berpunca dan bersebab.
> Dan kalau punca 
> dan sebab yang sama berlaku pada satu generasi  yang
> bangun pada abad  
> mana sekali pun, nescaya nasib yang sama akan
> dirasai oleh generasi 
> yang berikutnya.
> 
> Sebab jatuh bangunnya sesuatu bangsa adalah mengikut
> kaedah atau 
> presedur yang tertentu. Yang mana kalau prosedur
> yang sama diikuti 
> oleh sesuatu bangsa lain, nescaya sejarah yang lalu
> berulang untuk 
> bangsa yang terkemudian itu.
> 
> Demikianlah yang sedang berlaku kini, sebenarnya
> telah beberapa kali 
> berlaku dalam sejarah oleh generasi2 sebelumnya yang
> berlainan bangsa 
> dan keturunan mereka.
> 
> Diantara ulamak2 sufi  yang telah dikecam oleh kawan
> mereka sendiri, 
> dituduh kafir, syirik, ekstrim,berbau syiah, zindiq,
> menentang 
> pemerintah, pembawa bidaah, Hinduism, fahaman Parsi
> Kuno,dituduh 
> membawa unsur2 falsafah yang kurang sihat dan lain2
> ialah Imam Syafei,
> Imam Hanafi, Imam Hambali,Junaid Al Baghdadi,Abu
> Hassan Al Syaari, 
> Syeikh Abdul Qadir Al Jalani, Yazid Bustami,Imam
> Ghazali, Ibnu Arabi, 
> Al Hallaj, Syeikh Nuri, Imam Syarani, Imam Haramain,
>  Imam Qusyairi 
> dan lain2 lagi.
> 
> Penentang2 mereka ini termasuklah ulamak2 yakni
> ulamak2 lahir atau 
> ulamak rasmi. Yang mana mereka ini tidak mendalami
> ilmu tasawuf, 
> kesufian dan kerohanian. Namun sejarah juga
> mencatatkan bahawa 
> golongan ulamak2 itu bukan keseorangan.Mereka juga
> disokong oleh 
> rakyat jelata dan ulamak2 yang lain. Ulamak2 besar
> yang menjadi 
> penyokong pada Ulamak2 Sufi dalam sejarah perjuangan
> mereka ialah  
> Imam Sayuti, Imam Ibnu Hajar, Al Haitami,Imam
> Nawawi, Syeikh Zakaria 
> Ansari, Syeikh Syahabudin  Assahrawardi, Syeikh
> Fakhrudin Ar Radzi,
> Syeikh Yafei,Al Firuzabidi, Sirajudin Al Bulqini,
> Syeikh Taqiyuddin  
> As Subki dan lain2.
> 
> Mereka ini bukan sebarang ulamak,Ilmu mereka ada
> yang bertaraf 
> mujtahid dan ada yang bertaraf mujadid. Kitab
> karangan mereka banyak 
> dan ada yang tersimpan hingga sekarang. Untuk bahan
> rujukan masyarakat 
> terkemudian. Mereka ini dikenali sebagai ahli ilmi
> lahir dan ilmu 
> batinnya.
> 
> Mengapa terjadi pertentangan2 antara ulamak dengan
> ulamak? Sepatutnya 
> ulamak sesama ulamak berbaik antara satu sama lain ,
> supaya masyarakat 
> tidak  bergolak dan berpecah disebabkan oleh mereka.
>  Dengan membaca 
> sejarah silam, kita akan dapat menjawab dengan
> sebaik-baiknya.
> 
> Peristiwa penentangan antara ulamak lahir atau
> ulamak rasmi terhadap 
> ulama2 sufi  adalah berpunca kerana adanya perbezaan
> yang besar antara 
> mereka . Ulamak2 lahir atau ulamak rasmi mendapat
> ilmu dan pendidikan 
> yang lebih bersifat `aqliah'. Hasil pengajian begini
> membolehkan 
> sebahagian dari mereka mendapat jawatan rasmi dalam
> kerajaan atau 
> pemerintah dengan imbuhan gaji dalam jumlah yang
> tertentu. Ilmu mereka 
> dilahirkan atas tugas2 rasmi tadi, terutamanya untuk
> menyelesaikan 
> masalah lahiriah masyarakat.  Seperti nikah kahwin,
> perbalahan, kes 
> jenayah dan lain2. 
> 
> Ulamak rasmi disebabkan oleh bekerja dengan
> pemerintah, maka mereka 
> mempunyai kuasa dari segi undang2  untuk menghukum 
> sekiranya pada 
> pandangan mereka seseorang individu  muslim atau
> sesuatu jemaah 
> didapati bersalah.
> 
> Sebaliknya ulamak2 sufi ialah orang yang mendapat
> ilmu dan pendidikan 
> lahir dan batin, iaitu pengajian Tasawuf. Pengajian
> tasawuf lebih 
> merupakan pengajian dalaman yakni masalah jiwa
> manusia.(Tapi aspek  
> lahir yakni syariat, tamadun dan kemajuan Islam
> tidak diabaikan)  
> Penekanan yang dibuat ialah bertujuan membersihkan
> hati dari godaan 
> nafsu dan syaitan dengan kekuatan iman dan taqwa.
> 
> Biasanya sebahagian kelompok ini mengambil tareqat
> sebagai satu cara 
> yang membantu membersihkan  hati serta mendekatkan
> diri insan pada 
> Illahi. Pengajian sufi tidak bermaksud  bekerja
> untuk makan gaji, 
> tetapi lebih mendorong manusia untuk lebih tegas dan
> gigih 
> melaksanakan perintah Allah dan sunnah Rasulullah
> saw.Hati mereka 
> sangat sensitif dengan Allah. Iaitu terlalu takut
> dengan dosa. Mereka 
> sentiasa merindui Allah.
> 
> Hasil dari usaha2 membersihkan hati, maka golongan
> sufi mempunyai 
> kemampuan berkorban dan berjuang yang jauh berbeza
> dengan apa yang 
> dibuat oleh ulamak lahir atau ulamak
> rasmi.Kesungguhan mereka banyak 
> mengaut simpati dari orang ramai, sehingga
> masyarakat banyak merujuk 
> masalah pada mereka malah berjuang bersama2 mereka.
> Sikap tegas mereka 
> bukan sahaja pada diri,keluarga dan kelompok mereka,
> tetapi juga tegas 
> terhadap pemerintah serta ulamak2 rasmi yang
> kebanyakkannya mengampu 
> pemerintah dan meringan-ringankan hukum-hukum Allah.
> 
> Diantara pejuang2 sufi ini ada juga yang berjuang
> menentang penjajah.
> Di Libya misalnya, golongan tareqat Sanusiah
> merupakan golongan yang 
> kuat menentang penjajah Itali. Di Rusia golongan
> Sufi yang kuat 
> menentang pehak Komunis Rusia. Seperti Ulamak Syamil
> dari Taskent, 
> Rusia adalah penganut tareqat Naqsyabandiah. Begitu
> juga di China. 
> DiAfrika golongan yang menyebarkan  Islam kesana
> ialah ulamak sufi 
> bertareqat Samaniah. Di Indonesia pulak terkenal
> dengan wali Songo 
> yang sangat gigih berdakwah  dan kuat melawan musuh
> serta melawan 
> pengaruh Hindu.Manakala dipesisiran pantai Sumatra,
> sekitar 100 tahun 
> dahulu, usaha2 menegakkan Islam disana dibuat oleh
> kumpulan Syeikh 
> Abdul Wahab Rokan yang mengamalkan tariqat
> Naqsyanbandiah. Mereka 
> berjaya membangunkan sekolah, kampung sendiri, este,
> rumah anak yatim 
> dan mempunyai percetakan sendiri. Mereka juga
> menghantar wakil ke 
> muktamar Islam luar negeri dan dapat mendidik raja
> negeri Langkat.
> 
> Di Malaysia sendiri kumpulan sufi  yang pernah
> muncul golongan yang 
> disegani dan ramai pengikut  ialah Tok Kenali
> bertareqat Ahmadiah,Tuan 
> haji Husin di Kedah, Tuan Syeikh Said di Negeri
> Sembilan bertareqat 
> Ahmadiah, Tokku Paloh diTerenganu dan Tuan Habib Noh
> di Singapura. Dan 
> sudah menjadi menjadi tradisi setiap kumpulan sufi
> itu ditentang oleh 
> ulamak2 rasmi atau ulamak lahir.
> 
> Pertentangan ini disebabkan oleh beberapa faktor:
> Diantaranya
> 
> 1.    Sikap tegas ulamak2 sufi terhadap hukum Allah
> dan sunnah 
> Rasulullah. Ulamak sufi  berani menasihati
> pemerintah serta menegur 
> ulamak2 rasmi yang cuai dan mempermainkan hukum
> Allah dan ini sudah 
> tentu menimbulkan rasa tidak senang hati pada ulamak
> rasmi. Bila 
> seseorang tidak senang hati dengan seorang yang
> lain, maka lahirlah 
> tindakan dan sikap yang negatif terhadap orang yang
> tidakdisenanginya 
> itu.  Demikian halnya ulama-ulama rasmi, mereka
> tidak senang hati 
> dengan ulamak-ulamak sufi.
> 
> Menggunakan kuasa dan keupayaan yang ada, maka
> dicarilah salah silap 
> ulama-ulama sufi untuk membolehkan mereka itu
> ditekan dan dihukum. 
> Paling tidak ulamak2 rasmi itu berusaha untuk
> membesarkan perkara2 
> kecil supaya dari situ blehlah ulama2 sufi dituduh
> sesat,zindiq,
> bid'ah, ada unsur2 Hindu dan lain2.
> 
> 2. Perbezaan yang ketara antara ulama2 rasmi dengan
> ulamak2 sufi ialah 
> dari segi pengamalan kerohanian. Sejarah hidup
> ulamak2 sufi banyak 
> memaparkan tentang karamah, kasyaf, yaqazah, yakni
> mereka diberi Allah 
> perkara2 luar biasa seperti dapat melihat perkara2
> ghaib, berjumpa 
> dengan Rasulullah secara jaga, dapat ilmu laduni dan
> lain2. Dengan 
> ilmu laduni ulama2 sufi memberi tafsiran yang
> berbeza dengan ulama 
> lahir atau rasmi tentang sesuatu ayat Al-Quran dan
> Hadis.Hingga dengan 
> pengalaman2nya begini , diri mereka dikatakan
> sebagai wali Allah, 
> sebab hanya pada wali Allah, Allah kurniakan
> keluarbiasaan itu.Tetapi 
> hal ini tidak pernah berlaku pada ulama rasmi atau
> lahir. Dan jarang 
> kita mendengar ulama-ulama rasmi disebut sebagai
> wali Allah.
> 
> Keadaan inilah yang mencetuskan perang mulut dan
> krisis antara dua 
> kelompok ulama itu tadi.Yang sejarahnya sambung
> menyambung antara satu 
> kegenarasi ke genarasi yang seterusnya sehinggalah
> kehari ini.
> 
> Ekoran dari itu  maka timbullah tuduh menuduh .
> Biasanya ulama2 lahir 
> atau rasmi yang menuduh  ulama2 sufi membawa bid'ah.
> Dalam setengah 
> hal, tuduhan itu melarat-larat sampai keperingkat
> mengkafirkan.Syirik,
> zindiq,karut,jahil,hinduism dan lain2 adalah gelaran
> biasa yang 
> ditujukan kepada ulama sufi. Bila sampai pada tahap
> ini,biasanya ulama 
> sufi akan dihukum atau diburu oleh ulamak2 rasmi
> dengan kuasa yang ada 
> pada tangan mereka.
> 
> 3.  Ulama2 sufi (kerohanian) sangat memelihara
> hukum-hakam Allah,
> banyak beribadah dan banyakn mempertahankan sunnah.
> Tahajud dan 
> menghidupkan amalan malam dengan sembahyang pada
> mereka adalah tradisi 
> dan kehidupan seharian mereka penuh dengan
> kesederhanaan. Akhlak, 
> pengorbanan dan perjuangan mereka menyakinkan orang
> ramai. Sebab itu 
> mereka mempunyai pengikut dan simpati yang ramai.
> Pengikut taat dan 
> para simpati hormat. Maka ulamak2 sufi menjadi
> tempat rujuk hukum dan 
> fatwa serta tempat orang ramai meminta nasihat.
> 
> Sebaliknya oleh kerana ulamak rasmi tidak mempunyai
> pengikut serta 
> para simpati, bahkan kurang dihormati oleh
> masyarakat, maka timbullah 
> rasa dengki dan rasa tersinggung serta tercabar
> dalam diri mereka 
> terhadap ulamak2 sufi. Hal ini akan membuat mereka
> mencari salah, 
> menuduh fanatik, taksub,mencari kepentingan diri dan
> lain2 lagi. Dari 
> situ bermacam2 kemungkinan buruk boleh berlaku pada
> ulama sufi 
> lantaran mereka tidak mempunyai kuasa.
> 
> 4. Ulamak2 sufi dituduh sesat dan zindiq ialah
> kerana ucapan2 mereka 
> yang disalah tafsirkan oelh ulama2 rasmi atau
> ulamak2 lahir.Hal ini 
> berlaku kerana perasaan hati mereka terhadap Allah
> tidak sama. Ulama2 
> sufi sangat asyik dengan Allah. Hati mereka penuh
> dengan rasa cinta 
> dan rindu pada Allah hingga ada yang mabuk
> cinta(fana) . Sebaliknya 
> ulama2 lahir atau rasmi sering putus hubungan dengan
> Allah, kerana 
> cinta pada dunia. Rasa cinta dan rindu pada Allah
> tidak bertempat 
> dalam hati mereka. Dalam keadaan hati yang berbeza,
> tentulah ulamak 
> lahir atau rasmi tidak dapat memahami ucapan2 yang
> kadang2 terkeluar 
> dari hati yang fana dengan Allah.
> 
> Orang yang menanggung cinta dan rindu yang mendalam
> mempunyai bahasa2 
> indah yang simbolik terhadap yang dicintai. Seperti
> `buah hati ku', 
> `jantung hati ku' dan sebagainya.Demikian contoh2
> ucapan pemujaan dari 
> seseorang kepada orang yang dicintainya. Biasanya
> ucapan begini lahir 
> pada waktu hati terlalu asyik dan mabuk rindu yang
> mendalam.
> 
> Begitulah juga dengan ulamak2 sufi yang sedang asyik
> `isyqun' dengan 
> Allah swt. Ucapan –ucapan yang berbentuk melatah,
> `syattah' yang lahir 
> dari hati yang fana yang mana bahasa lidah tidak
> dapat mentafsirkan 
> bahasa hati, bukanlah bermaksud mensyirikkan Allah
> atau merupa-rupakan 
> Allah. Tetapi membawa maksud yang tersirat yang
> menunjukkan rasa 
> pemujaan yang agung terhadap kekasihnya iaitu Allah
> swt.Hal2 begini 
> dijadikan sebab oleh ulamak2 rasmi untuk
> mensyirikkan dan menuduh 
> zindiq kepada Ahlullah itu.Katanya membawa fahaman
> `hulul' atau 
> `wahdatul wujud'. Hingga kerana itu mereka menghukum
> ulama2 sufi itu 
> tadi. Diantara yang kena hukum ialah Al-Hallaj dan
> Ibnu Arabi.
> 
> Kalau kita tidak emosional, kita akan nampak dengan
> jelas bahawa 
> tuduhan2 itu sebenarnya bukanlah dituju kepada
> ajaran atau keyakinan 
> yang dibawa, tetapi lebih kepada peribadi orang2nya(
> tuduhan berbentuk 
> peribadi) Ajaran2 dan keyakinan itu dijadikan
> sebagai alasan sahaja. 
> Hal ini jauh bezanya dengan tuduhan yang betul2
> ditujukan kepada 
> ajaran yang salah, tanpa rasa sentimen pada
> orang2nya.
> 
> Satu soal kecil yang sepatutnya boleh diselesaikan
> dengan mudah atau 
> mungkin boleh dimaafkan sahaja, telah dijadikan
> begitu besar sampai 
> ketahap haram mengharam dan tekan menekan. Ini tentu
> kerana ada ` 
> perkara lain' yang tidak kena.  Bukannnya kerana
> soal kecil itu tadi 
> tetapi sebab lain. Apakah sebab itu? Mengapa hal
> begini mesti berlaku? 
> Dan dimana titik penyelesaian yang sebenar? Dan bila
> perdamaia akan 
> tercapai? Saya pulangkan pada pertimbangan
> saudara-saudari sekalian 
> untuk menjawabnya. Wallahualam.
> 
> Hasil Nukilan
> 
> ~Sheikh Ashaari Muhammad~
> 
> Sumber dari
> http://www.groups.yahoo.com/group/sibermelayu
> 
> 
> 
> 


Tertarik masalah Ekonomi? Mari bergabung ke milis Ekonomi Nasional
Kirim email ke: [EMAIL PROTECTED]

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Ajaklah teman dan saudara anda bergabung ke milis Media Dakwah.
Kirim email ke: [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/media-dakwah/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke