doa untuk angkasawan
Oleh  Sazarina Shahrim

KUALA LUMPUR:  Kedua-dua angkasawan negara tidak dibenarkan bersentuh dengan 
individu lain walaupun untuk bersalam sehingga berlepas menaiki pesawat Soyuz 
ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober ini bagi memastikan 
kesihatan mereka tidak terjejas.  Mereka juga tidak dibenarkan keluar dari 
tempat penginapan di Hotel Cosmonaut, Baikonour, Kazakhstan, sejak dikuarantin 
bermula Jumat lalu. 
      Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jaamaluddin Jarjis, 
berkata hanya pihak tertentu saja yang akan dapat bertemu dengan mereka karena 
pergerakan mereka dikawal ketat demi keselamatan dan kesehatan. "Kedua-dua 
mereka  kini menjalani latihan intensif terakhir secara tertutup. Angkasawan 
kita dilatih mengendalikan Soyuz apabila berlaku kecemasan dan kini di 
peringkat akhir latihan menjalankan eksperimen sains.
       "Mereka juga peringkat akhir menjalani latihan fisiologi danmental bagi 
memastikan mereka cepat menysuaikan diri sejurus tiba di ISS seperti pada waktu 
tidur dan makan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.   Jamaluddin 
berkata, angkasawan negara dijangka akan menerima amanat daripada Yang 
di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin; Perdana Menteri, Datuk Seri 
Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 
apabila tiba di ISS.
        Beliau berkata, pihaknya juga memohon semua Jabatan Agama Islam Negeri 
untuk mengadakan Khutbah Jumat dan solat hajat untuk angkasawan negara.  Beliau 
juga mengadakan sidang akhbar setiap hari bagi memberi maklumat terkini 
perkembangan angkasawan negara.  Seorang daripada dua calon angkasawan negara, 
Dr Sheikh Muszaphar atau Dr Faiz Khaleed dijangka berlepas dari Boikonour 
Cosmodrome di Kazakhstan menaki pesawat Soyuz ke ISS pada 10 Oktober ini. 
BERITA HARIAN, Khamis  4 Oktober 2007

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke