Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Lihatlah kepada orang yang berada di bawah kamu (keadaan hidupnya yang kurang bernasib baik berbanding dengan kamu) dan janganlah kamu melihat kepada orang yang berada di atas kamu (keadaan hidupnya lebih bernasib baik daripada kamu) kerana tindakan sedemikian adalah lebih baik bagi kamu supaya kamu tidak memandang rendah terhadap nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Galakan supaya umat Islam melihat kepada orang yang berada lebih rendah daripadanya dalam masalah keduniaan agar dia dapat bersyukur di atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah dan bersabar dengan keadaannya.
2- Galakan supaya melihat kepada orang yang berada lebih tinggi dalam masalah keagamaan untuk menambahkan ketaatan dan melakukan ibadat dengan lebih banyak lagi.

'the truth is out there'

Oleh :TuKuN
myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid

Kirim email ke