Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w pernah ditanya:
Puasa apakah yang lebih baik selain dari puasa pada bulan Ramadan? Baginda menjawab: Puasa pada bulan Syaaban untuk mengagungkan bulan Ramadan. Kemudian baginda ditanya: Sedekah apakah yang lebih baik? Baginda menjawab: Sedekah pada bulan Ramadan.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Penjelasan bahawa puasa yang lebih baik selain dari puasa pada bulan Ramadan adalah puasa bulan Syaaban untuk mengagungkan bulan Ramadan.
2- Kelebihan bulan Ramadan dan persediaan untuk menyambutnya dengan berpuasa pada bulan Syaaban.
3- Galakan supaya bersedekah terutamanya pada bulan Ramadan kerana ganjaran pahala amalan yang dikerjakan pada bulan tersebut akan digandakan.

'the truth is out there'

Oleh :TuKuN
myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid

Kirim email ke