Kita akan bantu.

Kalau tak betul, kita balun!  ;-)


Regards


2010/12/27 simpleLinux <2fz...@gmail.com>

> Benar kata saudara. tapi cukuplah buat sementara... mari kita membantu
> dalam My1OS... katanya nak mewujudkan satu komuniti dimana otai2 boleh
> berforum :)
>
> 2010/12/27 Maulvi Bakar <mau...@maulvi.net>
>
>> Betul, Source Code hanyalah kepada pembeli dan GNU GPL kata, penerima
>> Source Code itu berhak berbuat apa saja dengannya, termasuklah memberikannya
>> kepada orang lain samada dalam bentuk asal atau sebaliknya.
>>
>> Rasanya, sebab inilah Redhat publish terus Source Code mereka di
>> http://ftp.redhat.com dan sesiapa pun boleh download.
>>
>> Kalau nak tanya SuSE Linux Enterprise Server, mereka memang hanya bagi
>> pada pelanggan mereka sahaja.
>>
>> http://dag.wieers.com/blog/why-is-there-no-open-source-sles
>>
>>
>> Regards
>>
>>
>>
>> 2010/12/27 Haris bin Ali <ha...@qedx.com>
>>
>>> > mesti ada sumber, dan saudara WAJIB memberi sumber [source
>>> code/changes]
>>> > kepada sesiapapun yang meminta
>>>
>>> Setahu saya ini tidak benar. Source code hanya perlu diberi kepada
>>> pembeli. Tetapi pembeli mesti mempunyai kebenaran untuk distribute
>>> source code itu sendiri.
>>>
>>>
>>> http://www.gnu.org/licenses/gpl-faq.html#DoesTheGPLRequireAvailabilityToPublic
>>>
>>> //ha...@qedx.com
>>>
>>>
>>> 2010/12/27 simpleLinux <2fz...@gmail.com>:
>>> > Tidak, kami tidak sesekali bermusuh dengan sesiapapun. Kami juga
>>> mendapat
>>> > kata sepakat oleh seluruh subscriber mailinglist OSDC dan OWASP iaitu
>>> ingin
>>> > berjumpa dengan my1os developers.
>>> >
>>> > Kami juga ingin mengetahui, adakah my1os mempunyai sumber? Sekiranya
>>> projek
>>> > my1os tidak mempunyai sumber [source code] projek ini boleh disaman
>>> oleh GNU
>>> > General Public Licence
>>> >
>>> > “…. and charge them if you wish” My1OS memang layak untuk dijual,
>>> tetapi
>>> > syaratnya
>>> >
>>> > “When we speak of free software, we are referring to freedom, not
>>> >
>>> > price. Our General Public Licenses are designed to make sure that you
>>> >
>>> > have the freedom to distribute copies of free software (and charge for
>>> >
>>> > them if you wish), that you receive source code or can get it if you
>>> >
>>> > want it, that you can change the software or use pieces of it in new
>>> >
>>> > free programs, and that you know you can do these things.”
>>> >
>>> > mesti ada sumber, dan saudara WAJIB memberi sumber [source
>>> code/changes]
>>> > kepada sesiapapun yang meminta
>>> >
>>> > 2010/12/27 simpleLinux <2fz...@gmail.com>
>>> >>
>>> >> Assalamualaikum w.b.t,
>>> >>
>>> >> Kehadapan saudara Fariz Luqman,
>>> >>
>>> >> Pertama sekali saya memohon maaf atas kelewatan membalas email saudara
>>> >> kerana kesibukan masa.Diharap saudara dapat menerima seadanya.
>>> >>
>>> >> Berkenaan dengan pertanyaan saudara, izinkan saya menjelaskan sedikit
>>> >> sebanyak projek kami iaitu my1os.
>>> >>
>>> >> Pertama sekali kami bukanlah ingin menjadi musuh/rival kepada mana
>>> mana OS
>>> >> yang sedia ada baik diluar negara mahupun didalam negara Malaysia.
>>> Kami
>>> >> ingin sekali melihat kerjasama yang boleh dihasilkan antara satu sama
>>> lain
>>> >> demi mencapai objektif Kerajaan Malaysia iaitu Inovasi,Kreatif serta
>>> >> memacu pembangunan negara.
>>> >>
>>> >> Didalam kami membangunkan sistem operasi ini, kami tidak sama sekali
>>> >> dengan niat untuk melanggar mana mana peraturan lesen mahupun amalan
>>> lesen
>>> >> yang dikeluarkan oleh GNU iaitu GPL (General Public License) samada
>>> ianya
>>> >> versi 1,2 mahupun 3. Kami ingin sekali mencuba menceburkan diri dengan
>>> >> mengambil model contoh kami iaitu syarikat antarabangsa yang terkemuka
>>> >> didalam bidang sumber terbuka ini iaitu Red Hat.
>>> >>
>>> >> Ya kami akui bahawa kami mengenakan caj bayaran serendah RM 111.00
>>> bagi
>>> >> mendapatkan perisian sistem operasi kami iaitu my1os, tetapi ianya
>>> >> bukanlah berbentuk lesen sama sekali. Ianya hanyalah melayakkan
>>> seseorang
>>> >> pengguna yang bersetuju sepenuhnya menggunakan perisian sistem operasi
>>> >> kami mendapatkan khidmat bantuan sokongan (support services) seperti
>>> mana
>>> >> model perniagaan Red Hat. Izinkan saya sebagai pembangun utama sistem
>>> >> operasi my1os untuk memetik kata kata Richard Stallman iaitu Founder
>>> GNU
>>> >> "free is in freedom, not free as in free beer" melalui filem
>>> dokumentari
>>> >> Revolution OS 2001 .
>>> >>
>>> >> Melalui filem dokumentari tersebut beliau menekankan prinsip berkongsi
>>> >> maklumat sesama sendiri dan seluruh dunia serta menggalakkan bagaimana
>>> >> boleh berniaga melalui sistem sumber terbuka. Dan diakhir filem
>>> >> dokumentari tersebut, ditunjukkan dimana saham Red Hat dibuka secara
>>> >> rasminya pada 19hb Ogos 1999 melalui IPO (Initial Public Offering)
>>> >> sehingga bernilai 3 Billion USD dan rentetan dari inisiatif yang
>>> dimulakan
>>> >> oleh Red Hat, VA Linux System mengikuti jejaknya dan berjaya.
>>> >>
>>> >> Disini bukanlah maksud saya menerangkan secara panjang lebar kenapa
>>> kami
>>> >> memilih business model Red Hat. Akan tetapi saya percaya bahawa
>>> saudara
>>> >> juga pembangun sistem operasi juga iaitu simpleLinux yang saya
>>> meletakkan
>>> >> harapan tinggi untuk bersama sama berjaya dibidang yang saudara ceburi
>>> dan
>>> >> ingin sekali melihat saudara dapat mengembangkannya hingga ke tahap
>>> yang
>>> >> lebih tinggi.
>>> >>
>>> >> Kami pembangun sistem operasi my1os juga sentiasa melihat perkembangan
>>> ini
>>> >> secara positif dimana kami bernaung dibawah Kementerian Antarabangsa
>>> dan
>>> >> Industri (MITI) didalam program keusahawanan mereka serta kami
>>> bernaung
>>> >> dibawah Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Adapun begitu kami melihat
>>> >> perkembangan menjual khidmat sokongan bantuan (support services) tidak
>>> >> melanggar mana mana klausa yang telah ditetapkan oleh GPL serta lesen
>>> >> lesen yang berkenaan. Jika kami terlepas pandang, diharap saudara
>>> dapat
>>> >> memperbetulkan kami supaya dapat dimanfaatkan bersama sama.
>>> >>
>>> >> Memetik kata kata En. Kahar Kamarudin di Facebook my1os, langkah
>>> seribu
>>> >> bermula dengan langkah yang satu dan sudah tentunya jika tidak
>>> dimulakan
>>> >> dengan langkah yang satu maka tidak akan tercapai langkah yang seribu.
>>> >> Banyak lagi perkara yang kami perlu perbaiki dari masa ke semasa
>>> sistem
>>> >> operasi my1os samada dari segi teknikal mahupun dari segi
>>> pentadbirannya.
>>> >> Adapun begitu kami bersedia dengan beraninya melangkah kehadapan.
>>> >>
>>> >> Sudah tentunya saudara tertanya kenapa kami tidak memberikan secara
>>> >> percuma kerana sumber kod yang kami terima adalah sumber terbuka serta
>>> >> lesennya adalah untuk semua. Ya memang kami tidak menetapkan sebarang
>>> >> syarat untuk menerima sumber kod kami, malah saudara boleh mengubahnya
>>> >> tanpa sebarang permasalahan kerana ianya telah tertakluk dibawah lesen
>>> GPL
>>> >> serta lain lain lesen yang berkaitan. Akan tetapi kami menampung kos
>>> yang
>>> >> tinggi untuk mengedarkannya serta kami bukanlah memberikan semata mata
>>> >> CD/DVD/USB malah kami memberikannya didalam bentuk starter pack yang
>>> >> berisi dengan key-chain serta lain lain goodies yang difikir sesuai.
>>> Ini
>>> >> tidak termasuk kos permulaan bagi support center kami serta talian
>>> >> berkenaan dengan support services, malah kos untuk menampung operasi
>>> >> pelayan kami.
>>> >>
>>> >> Projek sistem operasi my1os bukanlah semata mata mencari keuntungan
>>> >> sahaja. Kami bekerjasama dengan IPTA serta IPTS dalam program CSR
>>> >> (Corporate Social Responsibility) kami. Malah kami menawarkan peluang
>>> >> pekerjaan kepada lepasan graduan yang difikir sesuai untuk diserapkan
>>> >> kedalam projek sistem operasi kami. Pihak kami sentiasa in-line dengan
>>> >> hasrat Kerajaan Malaysia dimana menghasilkan produk inovasi dan
>>> menekankan
>>> >> kreativiti.
>>> >>
>>> >> Jika saudara tertanya adakah kami menggunakan sumber kod
>>> Ubuntu/Debian,
>>> >> jawapannya, benar kami menggunakan sumber kod Ubuntu/Debian didalam
>>> >> membangunkan sistem operasi kami. Dan seperti yang saya terangkan
>>> diatas,
>>> >> kami sentiasa mematuhi lesen GPL serta lesen lesen berkaitan. Jika
>>> dilihat
>>> >> dari perspektif yang lain, jika saudara menggunakan kernel linux versi
>>> >> 2.6.x, ianya tidak berbeza dengan versi kernel linux yang kami
>>> gunakan.
>>> >> Akan tetapi jika dibandingkan dengan Red Hat dan lain lain distro yang
>>> >> sedia ada. Saudara dan saya sendiri tidak berbeza dengan mereka,
>>> kerana
>>> >> mereka juga menggunakan kernel linux versi 2.6.x kerana ianya datang
>>> dari
>>> >> satu sumber iaitu laman web kernel.org .
>>> >>
>>> >> Lebih mudah jika dapat dilihat sebegini, Red Hat jika di USA, perisa
>>> >> pizza/hamburger, akan tetapi kami/kita berperisa sambal petai, budu
>>> dan
>>> >> seterusnya.
>>> >>
>>> >> Akan tetapi bukanlah mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan jika tidak
>>> >> menempuh kepayahan. Kami sentiasa berfikiran positif terhadap sebarang
>>> >> komen/cadangan/kritikan/cemuhan samada di mailing list mahupun di
>>> forum
>>> >> dimana sekalipun. Kami tidak berkecil hati jika ada terdiri dari
>>> bangsa
>>> >> Melayu sendiri sekalipun mencemuh ataupun memberi pandangan negatif
>>> >> terhadap kami. Kami terdiri daripada 100% bumiputera melayu yang
>>> >> membangunkan sistem operasi ini tanpa apa apa yang perlu
>>> diselindungkan.
>>> >> Kami juga mengambil iktibar dari sistem operasi terdahulu seperti
>>> Ketupat
>>> >> Linux, Embun dan lain lain. Penghormatan untuk mereka yang gugur dalam
>>> >> perjuangan sumber terbuka. Dengan izin, "where they fall is where WE
>>> >> continue their fight" . Dimana mereka gugur disitulah kami, pembangun
>>> >> sistem operasi my1os akan menyambung perjuangan mereka.
>>> >>
>>> >> Kami juga tidak memasang niat jahat terhadap mana mana sistem operasi
>>> yang
>>> >> lain seperti saudara dengan simpleLinux, saudara saya mambang/Oshiri
>>> >> dengan OshiriX dan lain lain lagi. Kami menyanjung penuh dan
>>> menghargai
>>> >> usaha saudara sekelian didalam memperjuangkan sistem operasi sumber
>>> >> terbuka.
>>> >>
>>> >> Diharap penjelasan ini dapat sedikit sebanyak memperjelaskan keraguan
>>> >> saudara berkenaan dengan projek sistem operasi my1os. Kami bukanlah
>>> >> berunsurkan politik, kami hanya patriotik kepada Malaysia.
>>> >>
>>> >>
>>> >> Sekian, terima kasih
>>> >>
>>> >> --
>>> >> Fariz Luqman
>>> >> The Chairman of SimpleLinux
>>> >> Visit: http://www.simplelinux.tk
>>> >> Fb: http://facebook.com/simpleLinux
>>> >>
>>> >> "There IS a Malaysian Linux Distro"
>>> >> ---
>>> >> Facebook: facebook.com/farizluqman
>>> >>
>>> >>
>>> >
>>> >
>>> >
>>> > --
>>> > Fariz Luqman
>>> > The Chairman of SimpleLinux
>>> > Visit: http://www.simplelinux.tk
>>> > Fb: http://facebook.com/simpleLinux
>>> >
>>> > "There IS a Malaysian Linux Distro"
>>> > ---
>>> > Facebook: facebook.com/farizluqman
>>> >
>>> >
>>> > --
>>> > To unsubscribe from and detail about this group
>>> > http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>> >
>>>
>>> --
>>> To unsubscribe from and detail about this group
>>> http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>>
>>
>>  --
>> To unsubscribe from and detail about this group
>> http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>
>
>
>
> --
> *Fariz Luqman*
> The Chairman of SimpleLinux
> Visit: http://www.simplelinux.tk
> Fb: http://facebook.com/simpleLinux
>
> "There IS a Malaysian Linux Distro"
>
> ---
> Facebook: facebook.com/farizluqman
>
>
>  --
> To unsubscribe from and detail about this group
> http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

Kirim email ke