Wa'alaikumussalam,

Terima kasih atas maklumbalas En. Haris. InsyaAllah bila sampai
masanya nanti, kami akan buat jemputan untuk wakil OSDC.my hadir dalam
mesyuarat POSIC. Maaf sebab tak dapat nak sertakan sekali dokumen
POSIC kat mailing list ni, tapi saya ada emelkan kepada Cik
Khairunnajah.

Sebenarnya, sebahagian daripada cadangan En. Haris tu memang ada dalam
cadangan aktiviti POSIC 2011 (atau 2012) bergantung kepada bila
jawatankuasa ni akan dirasmikan dan aktiviti-aktiviti tersebut dapat
dimulakan. Ada program kerjasama dengan UPSI untuk melatih murid-murid
SK Sena menghasilkan animasi 3D dan pembinaan permainan komputer
(belum confirm dalam bahasa apa, mungkin python). Satu lagi ialah
cadangan untuk menerbitkan bahan-bahan pengisian pakej Edubuntu yang
sesuai dengan sukatan sekolah-sekolah Malaysia. Yang ni memerlukan
khidmat bantu komuniti.

Segala maklumbalas dan cadangan lain sangat dialu-alukan. Terima
kasih.

On Jan 31, 12:17 am, Harisfazillah Jamel <linuxmalay...@gmail.com>
wrote:
> Assalamualaikum dan salam sejahtera,
>
> Secara umum saya menyokong usaha POSIC. Saya mencadangkan dimasukkan
> sesi atau bengkel untuk memperkenalkan pembangunan perisian. Contohnya
> mendedahkan pelajar kepada python, PHP, Ruby dan pelbagai lagi bahasa
> aturcara.
>
> Penyertaan dalam projek terjemahan juga boleh mendedahkan kepada cara
> pembangunan melalui sumber terbuka.
>
> Wassalam.
>
> Harisfazillah Jamel
>
> 2011/1/26 Harisfazillah Jamel <linuxmalay...@gmail.com>:
>
> > Assalamualaikum dan salam sejahtera,
>
> > Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah atas usaha rakan-rakan komuniti
> > OSS ini. Insya Allah saya akan berikan maklum balas.
>
> > 2011/1/26 Ahmad Ferdaus Abd Razak <fer1...@gmail.com>:
> >> Salam hormat kepada semua,
>
> >> Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Sekolah Kebangsaan Sena (SK
> >> Sena) kini sedang dalam proses untuk menubuhkan Jawatankuasa Inisiatif
> >> Sumber Terbuka Perlis (Perlis Open Source Initiative Committee,
> >> POSIC), satu jawatankuasa yang akan menjalankan program-program
> >> promosi dan latihan perisian sumber terbuka di peringkat negeri.

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

MOSC2011 http://fb.me/mosc2011

MOSC Survey 2011 Awareness Of OSS Certification
http://survey.mosc.my/mosc-survey-2011-awareness-oss-cert

Kirim email ke