Cheers 
Sent via BlackBerry® 9700

-----Original Message-----
From: ApOgEE <jerung...@gmail.com>
Sender: osdcmy-list@googlegroups.com
Date: Mon, 28 Feb 2011 13:08:48 
To: <osdcmy-list@googlegroups.com>
Reply-To: osdcmy-list@googlegroups.com
Subject: Re: [osdcmy] Re: My1OS sapu duit gomen

OFF TOPIC...

Mulanya, aku malas nak campur apa kau orang bebel-bebelkan kat sini...
Namun, makin lama aku tengok, dah makin menjadi-jadi la pulak... rileks la
kawan-kawan.
Tolong berhemah dan tak perlulah nak mulakan flame-war kat sini... Lama-lama
nanti orang naik menyampah...

Kalau kita nak berniaga, kena peribadi baik, hati baik, mulut baik...
barulah ramai pelanggan nak tengok barang kita...
Kalau kita nak berkawan, juga kena peribadi baik, hati baik, mulut baik...
barulah ramai orang nak kawan dengan kita...

Memang benar "jangan menilai buku berdasarkan kulitnya sahaja"... tapi
hakikatnya, memang orang menilai buku dari kulitnya...
Kalau kita mulut busuk, suka sindir, caci, hina orang lain, lama-kelamaan
orang lain yang takde kena mengena pun jadi
tak suka kita pada pandangan pertama...

Aku fikir, ada lebih baik kita beri nasihat dengan cara lebih berhemah dan
tidak menuding secara terus kepada sesuatu pihak.
Misalnya, jika kita lihat beberapa orang dikalangan kita kurang pengetahuan
berkaitan GNU/GPL, maka kita tulislah artikel
pasal GNU/GPL mengikut pengetahuan kita, dalam bahasa kita... Jika kita
lihat ada dikalangan kita yang tak tahu pasal repository, kita
tulislah artikel pasal repository... Jika kita lihat ada dikalangan kita
yang tak tahu pasal dpkg/apt-get/yum/rpm/pkgtool/pkg_add, kita
tulislah artikel pasal perkara tersebut... Jika kita lihat ada dikalangan
kita tak tahu pasal perkara yang kita tahu, tulislah sahaja
artikel korang, kongsikannya dalam mailing list ini ... kami sangat
mengalu-alukannya... kalau ianya tak menjadi ilmu
pada pihak yang kita sasarkan, mungkin ianya jadi ilmu pada pihak lain yang
lebih memerlukan.

Nak jual distro ke, astro ke, bistro ke, kenalah tunjukkan atau buktikan
barang yang kita nak jual tu sesuatu yang baik dan berfaedah
kepada pembeli... oleh itu, kita bolehlah tulis sedikit sebanyak perihal
barang yang kita nak jual dan jawab dengan baik kemusykilan
bakal pembeli... baru mereka tak salah faham

Nak sebarkan khabar orang menyapu ke, melompat ke, meniarap ke, tolonglah
pastikan khabar itu benar dan sebaiknya tidak
menyakiti hati mana-mana pihak yang sensitif dengan isu tersebut. Bayangkan
jika ada orang tuduh kita secara melulu dengan
tuduhan yang tidak benar dan menyakitkan hati, adakah kita senang hati?...
begitu juga mereka yang dituduh tu, mereka juga ada hati
dan perasaan...

Akhir kata, aku ni bukan siapa-siapa pun kat mailing list ni. Aku hanyalah
salah seorang pembaca tegar mailing list ini. Aku tak memihak
kepada sesiapa yang mungkin kelihatan bertelagah disini. Hanya
berpesan-pesan untuk renungan kawan-kawan yang dihormati sekalian.

Sekian, terima kasih


-- 
Best Wishes,

M. Fauzilkamil Zainuddin
----------------------------------------------------
ApOgEE a.k.a JeRuNgKuN
----------------------------------------------------
https://edge.launchpad.net/~apogee - ApOgEE on LaunchPad
http://artofapogee.blogspot.com - Art Of ApOgEE
http://coderstalk.blogspot.com - Coder's Talk
----------------------------------------------------

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

MOSC2011 http://fb.me/mosc2011

MOSC Survey 2011 Awareness Of OSS Certification
http://survey.mosc.my/mosc-survey-2011-awareness-oss-cert

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

MOSC2011 http://fb.me/mosc2011

MOSC Survey 2011 Awareness Of OSS Certification
http://survey.mosc.my/mosc-survey-2011-awareness-oss-cert

Kirim email ke