masalah macam ni biasanya bukan pada database, tetapi pada cara sistem
tersebut diprogramkan.

bila program mula-mula direka, biasanya orang tak ambik kisah dengan jumlah
pengguna, dan macam mana sistem tersebut perlu membaca data.

sebagai contoh, kalau asalnya programkan untuk negeri Perak, bila query
sekolah, sistem akan baca semua sekolah yang ada di Perak.

masih ok lagi sebab sekolah kat perak berapa banyak la sangat. ada 10
daerah, katakan dalam satu daerah ada 20 buah sekolah menengah, sistem akan
senaraikan 200 sekolah.

tapi bila sistem yang sama digunakan diseluruh malaysia, dan sistem perlu
menyenaraikan semua sekolah dimalaysia. berapa banyak tu? mengikut portal
MOE, ada 2,248 . banyak tu.

isu yang sama berlaku bila senaraikan nama pelajar. ada 2,344,891 murid
sekolah menengah di malaysia

jadi, isu kat sini bukan database. isu kat sini macam mana data dibaca dan
ditulis. dan juga macam mana data disusun.

tukar kepada oracle pun nanti, hasilnya sama juga,


2011/3/13 cikgu ayob <ayob.alham...@gmail.com>

> link web :
>
> http://diari.mypendidik.net/?p=552#more-552
>
> SisPA akan beralih engine ke Oracle ! Yep… nie le kisahnya apabila
> Group Budak SisPA kena ngadap NKRA di Putrajaya minggu lepas.
> Perubahan nie terpaksa dilakukan setelah menjalankan Strees Test
> terhadap Dbase SisPA yang digunapakai sekarang.
>
> Time Spent [ms] Error apabila klik user mencecah 200+ ke atas di
> bahagian Edit Markah Pelajar. Huhu… jangan le marah bang. Aku tahu,
> ramai Penyelaras Peperiksaan Peringkat Sekolah hangin semacam je bila
> terpaksa tunggu 8-10 jam masa submit markah untuk 1 kelas hehe…!!
>
> Apa boleh buat, SisPA asalnya untuk Perak, kini dah nak digunapakai di
> Peringkat Kebangsaan. Mak aih… lagi le power engine nak kena pakai.
> Jadi untuk atasi masalah yang ada, pihak KPM telah memperuntukkan
> Oracle sebagai Pangkalan Data khas buat SisPA. Desas desus dalam 4
> juta jugak peruntukan yang disediakan untuk Oracle tu. Entah…
> Wallahualam..!!
>
> link ke sispa : http://saps.moe.gov.my/
>
> Ini berkaitan dengan memasukkan markah secara online ....untuk ujian
> rasmi dan peperiksaan di sekolah. Selain itu, untuk mendapatkan
> analisis markah untuk kehendak pejabat pelajaran daerah dan jabatan
> pelajaran negeri. Untuk setakat ini, sispa diuji untuk negeri perak
> sahaja.
> Itupun..dah cukup mengecewakan..
>
> Mohon...kawan2 mencadangkan...apa yang terbaik untuk menyelesaikan
> masalah ini..
>
> Terima..kasih..
>
> --
> To unsubscribe from and detail about this group
> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>
> MOSC2011 http://fb.me/mosc2011
>
> MOSC Survey 2011 Awareness Of OSS Certification
> http://survey.mosc.my/mosc-survey-2011-awareness-oss-cert
>



-- 
Sharuzzaman Ahmat Raslan

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

MOSC2011 http://fb.me/mosc2011

Kirim email ke