On 1 Apr 2011, at 00:32, Harisfazillah Jamel <linuxmalay...@gmail.com> wrote:

> Assalamualaikum dan salam sejahtera,
>
> Komuniti OSS perlu wujud dikalangan kakitangan kerajaan dalam
> menjayakan OSS dalam kerajaan Malaysia.
>
> Kita sedia maklum sedia wujud perkembangan Open source software (OSS)
> yang positif dalam kerajaan kita. Ia usaha pihak kerajaan sendiri
> dalam menjayakannya. Kewujudan polisi sumber terbuka itu sendiri dan
> pelaksanaan projek OSCC MAMPU adalah bukti usaha kerajaan.
>
> Perkembangan ini boleh dipantaskan lagi dengan melaksanakan cara OSS
> itu sendiri berkembang. OSS wujud kerana komuniti. Usaha kerajaan
> perlu diperkukuhkan lagi agar OSS dalam kerajaan Malaysia dapat
> bergerak dengan sendiri dan mampu berdikari.
>
> Dengan wujudnya komuniti OSS dikalangan pegawai-pegawai kerajaan,
> diharapkan dengan komuniti ini akan sedia wujud kerja sama antara
> agensi-agensi kerajaan dalam memberikan sokongan dan bertukar ilmu dan
> pengetahuan. Tidak lagi perlu risau, hilangnya kepakaran apabila
> pegawai bertukar ke agensi lain, kerana masalah masih boleh
> dikongsikan dalam komuniti.
>
> Komuniti boleh wujud dalam bentuk maya. Dalam forum dan senarai email
> yang bersesuaian. OSCC MAMPU boleh mainkan peranan dalam menyediakan
> kemudahan ini.
>
> Komuniti ini perlu wujud dalam minat yang tersendiri. Jangan bataskan
> ia dengan agensi-agensi. Luaskan ia dengan minat. Sebagai contoh,
> wujudnya komuniti yang minat kepada Ubuntu atau Python. Komuniti ini
> juga boleh berkerjasama dengan komuniti OSS yang sedia wujud diluar
> kerajaan.
>
> Sekian, terima kasih.
>
> Harisfazillah Jamel
>
> --
> To unsubscribe from and detail about this group 
> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>
> MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://portal.mosc.my/

Sesiapa di sini dari bahagian IT SUK Perak?saya dapati jabatan ini
sangat aktif menggunakan perisian sumber terbuka. Dari desktop
hinggalah ke server. Mungkin SUK lain yang belum memulakan perjuangan
dapat mengikut jejak pahlawan perak ini.

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://portal.mosc.my/

Kirim email ke