kadang2 masalh utama govt nak support OSSnie rase dari segi support n
training.kat terengganu xpasti lak camne.tp kalo ade company yg wat
training or leh wat configuration ntuk each negeri kan best.huhuhhu

2011/4/2 Harisfazillah Jamel <linuxmalay...@gmail.com>:
> Selain SUK Perak, dalam pengetahuan saya yang menggunakan OSS secara
> aktif adalah SUK Pahang, Terengganu dan Kelantan.
>
> Kerajaan negeri Sabah turut aktif dengan penggunaan OSS.
>
>>
>> Sesiapa di sini dari bahagian IT SUK Perak?saya dapati jabatan ini
>> sangat aktif menggunakan perisian sumber terbuka. Dari desktop
>> hinggalah ke server. Mungkin SUK lain yang belum memulakan perjuangan
>> dapat mengikut jejak pahlawan perak ini.
>>
>
>
> 2011/4/1 Hasanuddin Abu Bakar <bizkut...@gmail.com>:
>> On 1 Apr 2011, at 00:32, Harisfazillah Jamel <linuxmalay...@gmail.com> wrote:
>>
>>> Assalamualaikum dan salam sejahtera,
>>>
>>> Komuniti OSS perlu wujud dikalangan kakitangan kerajaan dalam
>>> menjayakan OSS dalam kerajaan Malaysia.
>>>
>>> Kita sedia maklum sedia wujud perkembangan Open source software (OSS)
>>> yang positif dalam kerajaan kita. Ia usaha pihak kerajaan sendiri
>>> dalam menjayakannya. Kewujudan polisi sumber terbuka itu sendiri dan
>>> pelaksanaan projek OSCC MAMPU adalah bukti usaha kerajaan.
>>>
>>> Perkembangan ini boleh dipantaskan lagi dengan melaksanakan cara OSS
>>> itu sendiri berkembang. OSS wujud kerana komuniti. Usaha kerajaan
>>> perlu diperkukuhkan lagi agar OSS dalam kerajaan Malaysia dapat
>>> bergerak dengan sendiri dan mampu berdikari.
>>>
>>> Dengan wujudnya komuniti OSS dikalangan pegawai-pegawai kerajaan,
>>> diharapkan dengan komuniti ini akan sedia wujud kerja sama antara
>>> agensi-agensi kerajaan dalam memberikan sokongan dan bertukar ilmu dan
>>> pengetahuan. Tidak lagi perlu risau, hilangnya kepakaran apabila
>>> pegawai bertukar ke agensi lain, kerana masalah masih boleh
>>> dikongsikan dalam komuniti.
>>>
>>> Komuniti boleh wujud dalam bentuk maya. Dalam forum dan senarai email
>>> yang bersesuaian. OSCC MAMPU boleh mainkan peranan dalam menyediakan
>>> kemudahan ini.
>>>
>>> Komuniti ini perlu wujud dalam minat yang tersendiri. Jangan bataskan
>>> ia dengan agensi-agensi. Luaskan ia dengan minat. Sebagai contoh,
>>> wujudnya komuniti yang minat kepada Ubuntu atau Python. Komuniti ini
>>> juga boleh berkerjasama dengan komuniti OSS yang sedia wujud diluar
>>> kerajaan.
>>>
>>> Sekian, terima kasih.
>>>
>>> Harisfazillah Jamel
>
> --
> To unsubscribe from and detail about this group 
> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>
> MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://portal.mosc.my/
>

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://portal.mosc.my/

Kirim email ke