KOTA DARULNAIM - Wabak demam kepialu yang menyerang negeri Kelantan awal tahun 
lalu telah menimbulkan pelbagai reaksi kepada banyak pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Haji 
Takiyuddin Hassan, menjelaskan bilangan kes demam kepialu dari 2 Januari hingga 
23 Mei 2005 bagi seluruh jajahan di kelantan adalah sebanyak 698 kes dengan 667 
kes dari minggu ke 14 hingga minggu ke 20.

“kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 
dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah mengambil tindakan yang sewajarnya 
bagi mengurangkan kes demam kepialu.

“Antaranya menyiasat semua kes yang dilaporkan, semua pesakit yang mempunyai 
gejala demam kepialu akan dimasukkan ke dalam wad untuk mendapat rawatan lanjut.

“Semua pengendali makanan diberi suntikan pelalian secara percuma, 
mempertingkatkan usaha pendidikan kesihatan di kawasan yang menjadi tumpuan 
orang ramai seperti tempat awam, sekolah, masjid, membaikpulih tandas dan 
system bekalan air, mengadakan dan mengadakan pemeriksaan premis makanan secara 
besar-besaran, katanya ketika menjawab soalan Haji Zakaria Yaacob 
(PAS-Kemuning) pada persidangan DUN di sini hari ini.

Ketika menjawab soalan tambahan dari Haji Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah), 
beliau menyatakan antara punca utama tersebarnya wabak demam kepialu ini adalah 
disebabakan oleh bawaan makanan dan air yang tercemar.

Katanya tahap kebersihan rakyat Kelantan yang rendah, sistem pembuangan sampah 
dan sisa pepejal yang tidak sempurna, sistem kumbahan yang kurang memuaskan dan 
pengendali makanan yang tidak mempunyai latihan khusus mengenai cara penyediaan 
makanan yang betul turut menyumbang kepada kes ini.

“Wabak ini juga berlaku disebabkan oleh banjir besar yang melanda negeri 
Kelantan akhir 2004 yang telah menyebabkan berlakunya limpahan tandas 
melibatkan hiliran Sungai Kelantan, Kota Bharu, Tumpat dan Bachok, musim 
kemarau yang berpanjangan juga keadaan makanan dan minuman yang tercemar.

“Laporan mendapati bahawa wabak dibawa oleh seorang peniaga cendol dari 
Thailand yang berniaga di tapak Expo Kebudayaan Mac lalu tetapi beliau 
menghilangkan diri sebelum sempat ujian makmal di keluarkan.

“walaupun wabak ini semakin berkurangan, namun pihak Kerajaan akan berterusan 
mengadakan kempen kesedaran terutamanya kepada peniaga, pengguna, pelajar 
sekolah dan juga orang awam,”ujarnya.

Menjawab soalan tambahan Haji Mohd Shukri Ab. Rahman (PAS-Kadok), Haji 
Takiyudin mengakui wabak ini mendatangkan kesan sampingan kepada Kerajaan 
negeri terutamanya dari segi sektor pelancongan yang mencatatkan penurunan 
tetapi jumlah pelancong semakin bertambah selepas Kelantan disahkan selamat 
dari wabak tersebut.

“Malah Kerajaan negeri menggalakkan orang ramai supaya tidak menggunakan sumber 
air perigi,mereka disaran mendapatkan bekalan air bersih yang dibekalkan oleh 
Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB),”jelasnya. (RAZILA-ny)//Sumber UPKN





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke