KOTA BHARU - Kerajaan berpuashati dengan tindakan susulan yang dilakukan oleh 
para usahawan China yang telah menandatangi persefahaman untuk melabur di 
negeri ini November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia Negeri, 
Haji Zulkifli Mamat berkata beberapa pertemuan susulan dan lawatan balas telah 
dilakukan selepas MOU di tandatangani. 

“Kami yakin usaha menarik pelabur dari China ini akan berjaya berdasarkan 
sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Kerajaan negara terbabit sendiri”. 

“Pelabur terbabit telah datang meninjau lokasi di Temangan Machang januari lalu 
dan menyatakan persetujuan untuk melombong biji timah di situ,” tegas Zulkifli. 

Zulkifli berkata demikian ketika menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh 
Dato’Annuar Musa (BN-Kok Lanas) berkaitan kemampuan syarikat terbabit. 

Menurut Zulkifli, Kerajaan akan berikan hak melombong kepada syarikat terbabit 
diatas tanah seluas 1000 ekar di Temangan. 

“Syarikat terbabit juga dapat memenuhi lima syarat utama yang ditetapkan oleh 
Kerajaan termasuklah akan memberi peluang kerja kepada rakyat tempatan,” 
ujarnya.//Sumber UPKN





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to