KOTA BHARU: Sebanyak 42 sekolah kebangsaan di negeri ini dipilih 
menyertai Program Intelek Asuhan Rohani (Pintar) kendalian Agensi 
Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sepanjang tahun ini.

Program yang dilancarkan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri 
(JPN) dan Polis itu membabitkan pendedahan mengenai bahaya kegiatan 
penyalahgunaan kepada murid tahap dua.

Timbalan Pengarah AADK Kelantan, Ibrahim Abdul Ghani, berkata 
menerusi program itu, murid dapat mempunyai maklumat asas mengenai 
dadah yang menjadi musuh utama negara ketika ini.

Katanya, menerusi program itu, AADK dengan kerjasama polis akan 
memberi ceramah mengenai bahaya dadah kepada murid dengan pergi 
sekolah yang dipilih mengikut giliran supaya semua murid mempunyai 
pengetahuan mengenai gejala dadah.

Selain murid, beliau berkata, warga pendidik juga akan diberi 
pendedahan berhubung undang-undang mengenai dadah. 

"Menerusi pelbagai kegiatan ini, kita harap penyalahgunaan dadah 
dapat dibanteras," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran 
Pintar peringkat negeri di SK Kota, di sini, semalam. 

Pada majlis itu, Ibrahim turut menyerahkan poster antidadah kepada 
Guru Besar SK Kota, Mohd Razali Ismail.

Ibrahim berkata, menerusi program itu, kanak-kanak akan mendapat 
maklumat mengenai kesan mereka yang terbabit dengan penyalahgunaan 
dadah.

"Kita harap mereka akan menjauhi dadah selepas memahami apa yang 
disampaikan menerusi program ini," katanya.//BH 7 Mac







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to