KOTA BHARU: Seorang peniaga ditahan polis ketika cuba menghalang 
kerja meroboh rumah kedai dua tingkat yang dibina secara haram, oleh 
kakitangan Majlis Daerah Tumpat (MDT), kelmarin.

Lelaki berusia 52 tahun itu, ditahan kira-kira jam 10 pagi apabila 
berbaring di kawasan kerja meroboh bangunan serta enggan mengalihkan 
kenderaannya walaupun sudah diarah berbuat demikian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Hamzah 
Yonos, berkata lelaki terbabit tidak berpuas hati terhadap MDT 
merobohkan rumah kedainya yang sudah 90 peratus siap dibina. 

"Kita difahamkan lelaki itu membina rumah kedai terbabit tanpa 
kebenaran MDT. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun 
Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan 
pekerjaan dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara tiga bulan atau 
denda RM1,000 atau kedua-duanya," katanya ketika dihubungi di sini, 
semalam.

Jurucakap MDT ketika dihubungi berkata, sebelum meroboh bangunan itu, 
pihaknya sudah mengeluarkan beberapa notis kepada peniaga terbabit 
tetapi tidak diendahkan.

"Sebelum ini. MDT sudah menerima banyak aduan daripada orang ramai 
berhubung pembinaan rumah kedai itu yang dibina tanpa mematuhi 
peraturan MDT.

"Hasil siasatan, kita dapati ia juga tidak mematuhi arahan Jabatan 
Kerjaraya (JKR) apabila dibina hampir dengan jalan raya. Pemiliknya 
sudah dikompaun beberapa kali kerana tidak mematuhi peraturan tetapi 
masih berdegil. Berikutan itu, kita mengambil tindakan merobohnya," 
katanya.//BH 7 Mac








 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke